Ahad, 18 September 2011

DARI DULU PAS MEMANG MEMALUKAN NEGARA


Sejak dari awal  lagi pemerintahan PAS di Kelantan memberi aib kepada negeri tersebut.

Ini terbukti apabila ramai dikalangan anak gadis dari negeri cik siti wan kembang tersebut terjerumus dalam aktiviti yang kurang menyihatkan.

Kenyataan ini dibuat setelah Nik Aziz selaku Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS menyatakan kekesalan beliau setelah mendapati negeri itu mempunyai pengidap HIV dan AIDS paling tinggi diantara negeri-negeri lain di Malaysia.

Nampaknya PAS gagal untuk melaksanakan ajaran Islam di Negeri di bawah pentadbiran yang telah hampir lebih dari 20 tahun.

Dari kajian yang dibuat oleh Majlis AIDS Malaysia, seramai 462 orang telah dijangkiti penyakit tersebut dan menyebabkan 88 kematian. Angka ini terlalu tinggi berbanding negeri-negeri dibawah pentadbiran BN.

Nik Aziz mengakui bahawa kemungkinan rakyat di negeri itu berhibur di negara jiran hingga membuatkan mereka dijangkiti virus HIV seterusnya menghidapi AIDS.

Negeri yang di beri jolonkan serambi mekah ini jelas menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan PAS dalam mentadbir negeri. Tmabahan pula PAS sendiri yang mengiktiraf bahawa negeri itu adalah serambi mekah berikutan banyak pondok dan pusat pengajian agama islam terdapat di negeri itu.

Lepas ni kita boleh tukar dari jolokan serambi mekah untuk negeri  Kelantan kepada serambi Hospital berikutan terlalu ramai pesakit AIDS di negeri itu.

Sangkakala ingin memberi nasihat kepada pucuk pimpinan PAS supaya lebihkan fokus dalam menangani isu AIDS ini daripada isu-isu lain, bak kata pepatah 1jari menunjuk orang 3 jari menunjuk diri, lumpur belakang orang kita perkatakan, najis di tapak tangan buat tak reti.

PAS perlu bertaubat!!!!!

Tiada ulasan: