Selasa, 20 September 2011

MAMPU KE KALAU PAS NAK BUAT

VS


Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan beliau menegaskan bahawa PAS tidak akan menyokong mana-mana pihak dalam usaha untuk menukar Jalur Gemilang sekiranya PR memerintah.

Kenyataan ini di buat dalam akhbar rasmi PAS (harakah) serta terkandung dalam laman blog beliau.

Bercanggah dengan kenyataan Manoharan (ADUN Kota Alam Shah) baru-baru ini dalam laman Facebook beliau yang mandapat tentangan ramai dengan kenyataan beliau tersebut.

Adakah PAS mampu untuk mempertahankan Jalur Gemilang sekiranya PR menang pada PRU13 nanti hanya dengan kerusi minoriti di Parlimen berbanding dengan PKR serta DAP.

Kenyataan yang diberi oleh Ketua Penerangan PAS pusat ini hanyalah bersifat sementara, dan jika PR memerintah sudah pastinya mereka akan akur serta tunduk kepada undi majoriti di parlimen.

Bagaimanakah caranya nanti PAS akan mempertahankan kedaulatan Jalur Gemilang yang telah dipertahankan oleh rakyat Malaysia keseluruhannya. Adakah nanti PAS mampu untuk berperang dengan DAP serta PKR dalam mempertahankan Jalur Gemilang?

Walaupun Manoharan telah mengeluarkan kenyataan mohon maaf dalam laman tweeter baru-baru ini, tidak bermakna apa yang diucapkan itu adalah ikhlas kerana bukan semua rakyat Malaysia mempunyai akaun laman sosial tersebut, sangkakala merasakan kenyataan tersebut hanyalah bersifat meleskan batuk di tangga dan tidak mempunyai apa-apa makna.

Tuan Ibrahim juga menyatakan bahawa pendirian PR adalah untuk menukar kerajaan tetapi bukan bendera kerana bendera negara Malaysia tidak bersalah atau berdosa.

Jika kita melihat dari pelbagai sudut, PR telah menukar beberapa manifesto kerajaan dan paling terbaru adalah negara berkebajikan, jika kita perhatikan di beberapa buah negeri di Malaysia yang berada di bawah kerajaan PR, segala apa yang di perkongsikan oleh mereka sentiasa bercanggah dan ini melihatkan bahawa kerajaan PR di beberapa buah negeri adalah sangat tidak stabil.

Sangkakala ambil contoh disini dalam kerajaan PR di Selangor, EXCO agama (Datuk Hassan Ali) mengarahkan supaya semua kedai serbaneka 24 jam tidak menjual arak, tetapi arahan ini disanggah oleh Ahli dewan Undangan Negeri yang tidak mempunyai Portfolio sebagai EXCO dan arahan ini berkubur hingga sekarang, begitu juga dengan tindakan JAIS yang menyerbu ke sebuah Gereja Methodist di Damansara, pelbagai tohmahan telah dilemparkan ke atas JAIS serta Datuk Hasan Ali, tohmahan ini dilemparkan oleh DAP serta PAS, sedangkan UMNO dan BN memberi sokongan 100% keatas serbuan ini demi untuk memartabatkan agama islam di Selangor.

Kepada rakyat-rakyat di seluruh tanah air, marilah kita sama-sama mempertahankan apa yang ada pada kita pada hari ini demi untuk menjadi pusaka tinggalan kita kepada anak cucu kita nanti.

Tiada ulasan: