Jumaat, 22 Februari 2013

PAS TIDAK MENGIKUT KEHENDAK AKAR UMBI


Walaupun 11 kawasan DUN dalam negeri Kedah mendesak supaya Ustaz Azizan mengundurkan diri dan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar di negeri tersebut namun PAS pusat tetap mahu meletakkan beliau sebagai calon dalam pilihanraya akan datang dan mengikut kata presiden PAS masalah kesihatan Azizan tidak mejadikan halangan untuk beliau menjadi ADUN.

Yang menjadi masalahnya ialah akar umbi sudah tidak menerima kehadiran Azizan didalam kepimpinan di negeri itu.

Azizan dikatakan gagal menyelesaikan masalah masalah yang berlaku sepanjang beliau menjadi Mnteri Besar dan ini telah membangkitkan kemarahan ahli ahli parti tersebut dan seterusnya melakukan desakan supaya beliau berundur.

Dengan kenyataan Hadi Awang yang mengatakan bahawa Azizan masih lagi disenaraikan sebagai calon pada pilihanraya nanti, jelas menunjukkan bahawa PAS tidak akan mendengar pendapat dari akar umbi yang mana majoritinya sudah menolak kehadiran Azizan.

Jadi PAS juga boleh dilabel sebagai parti diktator yang hanya dimonopoli oleh kepimpinan dan apa juga pandangan serta cadangan dari akar umbi akan ditolak ketepi demi untuk memuaskan nafsu mereka untuk menjadi pemimpin.



Khamis, 21 Februari 2013

NEGARA ISLAM SUDAH HILANG DARI MINDA PEMIMPIN PAS

Mungkin kerana terlalu mengharapkan untuk mendapat tempat sekiranya pakatan memenangi pilihanraya umum, maka PAS secara drastiknya sudah menukar agenda perjuangan mereka.

Jika dulu negara Islam menjadi perjuangan hakiki, namun kini ianya hanyalah mimpi yang hilang bila mata terbuka sedar dari tidur.

PAS sudah tidak lagi memperjuangkan negara Islam dan kini negara berkebajikan pula dijadikan sebagai tema perjuangan.

Adakah para pengikut PAS tidak dapat melihat segala kejadian ini? Atau mereka sengaja membutakan mata mereka dengan perlakuan para pemimpin PAS yang tamkkan kuasa dan gilakan jawatan?

Semua itu sepatutnya dilihat oleh ahli ahli PAS yang telah lama bersama sama parti tersebut, kerana disatu masa dulu sebelum mereka bergabung dengan DAP dan PKR seluruh ahli ditekankan dengan perjuangan untuk mewujudkan negara Islam.

tetapi setelah mereka bergabung, perjuangan itu terus ditukar dan mungkin ada ahli ahli PAS yang sudah lama didalam PAS menerima satu kejutan budaya yang amat dahsyat.

Negara berkebajikan telah lama wujud di Malaysia dan ianya telah dilakukan oleh kepimpinan Barisan Nasional sejak dari dulu lagi.

Jadi negara berkebajikan bagaimana yang hendak diperjuangkan oleh PAS kini? Segala kebajikan rakyat telah diberikan oleh Barisan Nasional kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

Jadi adakah negara berkebajikan PAS juga akan luput dari minda mereka sama seperti negara Islam yang diperjuangkan dahulu?




KEYAKINAN ANWAR UNTUK MENUTUP RISAU

Anwar Ibrahim terlalu yakin nampaknya bahawa pakatan pembangkang akan memenangi undian dalam pilihanraya akan datang, tapi kenapa beliau begitu yakin?

Mneurut apa yang dikatakan oleh beliau didalam portal Malaysiakini hari ini, beliau mengatakan bahawa peralihan kuasa berjalan lancar, dan beliau mengambil pendekatan dengan kerjasama yang diberikan oleh anggota Polis dalam beberapa porgram yang dianjurkan oleh pakatan pembangkang.

Mudah sungguh Anwar buat andaian, hanya dengan kerjasama pihak polis maka mereka akan menjadi kerajaan, tapi adakah beliau sedar bahawa majoriti anggota polis adalah Melayu Islam dan mereka ini juga sebenarnya pantang apabila ada orang yang cuba merosakkan agama Islam itu sendiri?

Mungkin yang itu Anwar tidak sedar dan merasa selesa, ataupun kekalahan kepada pembangkang telah dilihat oleh Anwar dan dengan mengeluarkan kenyataan yang berbentuk keyakinan hanya untuk memberi semangat kepada para pengikut pakatan pembangkang.

Apa yang terjadi sebenarnya ialah, ramai dikalangan pengikut mereka ini sudah mula sedar dengan sikap rakus Anwar untuk menjadi Perdana Menteri dan beliau telah menunjukkan akan melakukan apa sahaja demi mencapai cita cita tersebut.


NIK AZIZ HINA GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH


Kesian pulak Sangkakala mengenangkan nasib ahli PAS dan pembangkang yang menerima BR1M baru baru ini apabila mereka dianggap sebagai binatang oleh Nik Aziz Nik Mat yang juga merupakan Mursyidul Am PAS.

Sangkakala melihat bahawa kenyataan Nik Aziz ini yang sebenarnya ialah apabila beliau melihat begitu ramai ahli PAS yang menerima bantuan kerajaan tersebut.

Walaupun ada pemimpin pembangkang yang mengatakan bahawa ahli mereka perlu mengambil wang tersebut, namun bagi Nik Aziz ianya adalah satu tamparan hebat buat pembangkang.

Semasa penbentangan oleh Perdana Menteri bahawa kerajaan akan memberikan bantuan tersebut kepada rakyat berpendapatan RM 3000 dan kebawah, Anwar Ibrahim telah mengatakan bahawa kerajaan akan bankrap dan selepas itu beliau mengatakan bahawa sekiranya pakatan mengambil alih kerajaan pada PRU 13 nanti, maka kerajaan Pakatan akan memberikan bantuan serupa kepada rakyat berpendapatan RM 4000 kebawah.

Bukankah itu semua bercanggah? Tapi kali ini amat mengecewakan sekali apabila Nik Aziz sanggup mengatakan bahawa penerima BR1M itu seumpama dengan binatang, adakah golongan ini begitu hina dimata Nik Aziz?

Kerajaan telah menetapkan bahawa BR1M mungkin akan dinaikkan sebanyak RM 1000 bagi setiap penerima sekiranya Barisan Nasional terus diberi mandat untuk memerintah negara dan mungkin kerana itu juga Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut kerana beliau tahu bahawa setiap janji kerajaan itu adalah benar dan tidak pernah dimungkiri.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KARPAL BENGANG DENGAN WAN AZIZAH

Pengerusi DAP, Karpal Singh kali ini sudah pasti merasa marah yang teramat sangat terhadap Dr Wan Azizah kerana mengeluarkan kenyataan bahawa PKR Pusat menyokong dan akan terus mempercayai Chua Jui Meng sebagai pengerusi PKR Johor.


Ini berikutan dengan pertelingkahan diantara Pengerusi PKR dan DAP negeri itu yang berebutkan kerusi hingga membuatkan Karpal tampil menempelak Jui Meng seterusnya meminta parti itu menjalankan siasatan terhadap bekas Menteri kesihatan tersebut.

Jui Meng pula tampil dengan mengatakan bahawa beliau kecewa dengan kenyataan Karpal tersebut kerana Karpal dilihat seolah olah tidak yakin dengan keahlian MCA yang beliau telah tinggalkan hampir 4 tahun dahulu.

Namun Jui Meng boleh menarik nafas lega kini apabila Presiden PKR sendiri mengeluarkan kenyataan menyokong beliau dan seterusnya sudah pastilah akan membuatkan Karpal merasa kurang selesa.

Itulah pertelingkahan demi pertelingkahan yang berlaku didalam pakatan pembangkang dan perkara sebegini tidak akan pernah berakhir kerana semua pemimpin didalam Pakatan lebih tamakkan kuasa daripada membela nasib rakyat.



BILA DUN SELANGOR DIBUBARKAN

Menteri Besar Selangor mengatakan bahawa beliau telah mendapat perkenan dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk membubarkan DUN sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.

Jadi apa lagi yang Khalid gagap ni nak tunggu lagi? Kata hari tu beriya iya sangat nak bubar DUN jika Perdana Menteri masih tidak membubarkan parlimen dan beliau memberi waktu sehingga minggu ini untuk Perdana Menteri melakukan pembubaran tersebut.

Jika sudah mendapat restu dari Sultan Selangor sepatutnya Khalid tidak lagi bermain tarik tali untuk pembubaran tersebut, dan sebagai Menetri Besar beliau tidak seharusnya bersikap kebudak budakan.

Tapi memang sudah menjadi adat pembangkang akan mengugut sesuatu perkara dan Khalid juga tidak ketinggalan dalam melakukan perkara tersebut dengan harapan Perdana Menteri akan mengikut kehendak pakatan pembangkang.

Akan tetapi nampaknya Khalid sudah tersilap langkah dengan ugutan sebegitu Perdana Menteri masih lagi tidak membubarkan parlimen dan Sangkakala percaya semua itu adalah kerana kebijaksanaan Perdana Menteri dan ianya tidak dihasut oleh mana mana pihak.



RAJA ARIF SILAP BELA HANTU RAYA TAK KENYANG KENYANG

Sangkakala kesian pulak tengok ketua pengarah Biro Tata Negara, Raja Arif yang kini menjadi bahan kutukan sebuah laman blog pro BN.

Bukan apa, setahu Sangkakala, dulu blogger sorang ni diberi kemudahan untuk pusing satu Malaya untuk membuat konvension media sosial.

Tapi sejak akhir akhir ni Sangkakala tengok beliau dihentam teruk sekali oleh blogger tersebut.

Itu lah, lain kali tengok tengok sikit YM Raja Arif, setelah dibela diberi segala bagai, bila satu benda dia tak dapat sudah pasti dia akan menjadikan YM Raja sebagai sasaran.

Mungkin sikap ketua pengarah BTN ini perlu diubah, daripada bagi makan hantu raya tak kenyang kenyang ni kepada bagi bau sahaja.

Sangkakala juga ada sikit rasa terkilan, sebab blogger ni kata BTN kini membela beberapa orang blogger untuk menepis segala tohmahan terhadap BTN dan Raja Arif .

Ada kemungkinan Raja Arif tak nak bela blogger ni sebab demand lebih sangat kot, sampai Raja Arif tak mampu nak bagi makan.

Walau apa pun Sangkakala ucapkan tahniah kepada blogger ni sebab dah tunjukkan siapa diri beliau yang sebenar.



pssttt..sangkakala tak dibayar oleh BTN tau..nak sumpah muhaballah pun boleh..hehehe





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TENGOK PEMBOHONGAN KETARA OLEH ANWAR IBRAHIM

Walaupun ramai mengetahui bahawa si Anwar ni memang pembohong besar, namun masih ada lagi orang yang mahu percaya dengan setiap kata kata berupa jaanji daripadaa beliau, itu yang menjadi kehairanan.

Cuba kita lihat video dibawah, nampak sangat si pembohong ini sedang berbohong dihadapaan pengikutnya.

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO

Semua janji sebelum menang, boleh diibaratkan sebagai janji para dewa, namun setelah menang, janji mengalahkan iblis lagi.

Mungkin Anwar memang dilahirkan sebagai seorang yang mahir untuk berbohong apatah lagi didalam bidang politik.

Secara terang terangan beliau menipu para pengundi sebelum menang dan masih ada lagi dikalangan rakyat Malaysia mempercayai apa sahaja yang beliau ucapkan.

Lepas ni para pengikut PKR atau Pakatan bolehlah mengundur diri sebelym menjadi mangsa penipuan si Anwar Ibrahim ini.








SRIKANDI PKR KUAT PEMBOHONG


Agaknya anak siapa le ni ye? Pembohong kuat sangat pempuan ni, bila pula masanya Lim Guan Eng bagi elaun padaa orang yang bacaa Al-quran dirumah?

Kalau nak membohong pun yong, jangan le kuat sangat, takut benci dek orang nanti langsung tak jadi apa.

Tengok video dibawah ni, betapa pembohong besarnya srikandi PKR, bukan itu sahaja, beliau juga sanggup mengutuk seorang mufti yang bergelar ulama.

Hebat ajaran PKR, adakah PAS berdiam diri sahaja berpeluk tubuh melihat apa yang terjadi? Tidakkah wanita ini perlu diberi teguran?

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO

Kalau ini le rupa perangai srikandi PKR yang bertudung litup tapi sanggup menipu semata mata untuk mengatakan bahawa seorang pemimpin cina itu baik, maka pada Sangkakala baik le buka saja tudung tu, yang ditipu tu pulak sudah tentu le orang orang tua yang sama umur dengan mak bapa beliau.

CINA SEBUT TAKBIR MELAYU SAHUT ALLAHUAKBAR

Bagus betul pendekatan PAS zaman sekarang, boleh pulak sahut Allahuakbar apabila seorang cina menyebut takbir, dimanakah letaknya keimanan mereka ini?

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO

Dengar apa cina mabuk ni kata? Percaya ke dia kepada Islam dan bertaqwakah dia kepada Allah? PAS seolah olah membawa agama sebagai satu perkara yang boleh dipandang remeh dan ianya boleh dijadikan bahan gurauan oleh orang beragama lain.

Kita lihat dalam video tersebut, orang orang PAS ketawa apabila cina mabuk ini berkata kata tentang agama Islam dan mempertikaikan Hasan Ali yang selama ini mereka angkat sebagai salah seorang ulama.

Apa agaknya dalam fikiran orang orang PAS hinggakan mereka tidak sedar bahawa agama mereka sedang dipersendakan oleh cina mabuk tak tau datang dari mana ni.

Taubatlah wahai pengikut PAS, kenapa agama Islam yang suci ini dijadikan bahan gurauan dan bahan sendaan, apa yang akan kamu jawab nanti di akhirat apabila kamu disoal?



IANGATKAN BAPANYA NYANYUK RUPANYA ANAK LAGI TERUK

Ni sorang lagi pemimpin muda PAS yang dah hilang akal agaknya, dia ingat diri dia tu Nabi atau malaikat ke sampai boleh dapat wahyu dari Allah, tengok video dibawah

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO

Ingatkan bapa Nik Baduh iaitu Nik Aziz yang nyanyuk sebab umur dah tua, rupanya anak beliau lebih teruk lagi daripada itu.

Gagal nampaknya Nik Aziz mendidik anaknya ke jalan Islam, kalau dah sampai ayat sebegitu diguna pakai oleh Nik Abduh nescaya kesesatan sudah mula bertapak didalam hati beliau.

Adakah ini yang mahu dilihat sebagai pemimpin satu masa nanti? Apa pula lagi ayat yang akan beliau utarakan sekiranya PAS menjadi kerajaan?

Tepuk dada tanya iman.



KESESATAN PAS TERSERLAH SEJAK DULU LAGI

Mari kita lihat keratan akhbar ini, Hadi Awang sanggup mengatakan bahawa PAS adalah parti Allah hanya semata mata parti itu dikatakan memperjuangkan agama Islam.


Hadi agaknya sudah hanyut dilambung dengan gelora kuasa yang berada didalam hati dan sanubarinya dimana beliau lupa dengan hukum dan lupa siapa tuhannya.

Dengan mengatakan PAS adalah parti Allah, maka sudah jelas bahawa beliau telah sesat begitu jauh sekali semata mata kerana dorongan duniawi

Kenyataan ini dibuat beberapa tahun selepas beliau mengeluarkaan amanat haji hadi yang mana iaanya telah membuatkan para pengikut PAS melakukan perkara perkara diluar kemampuan dan jangkauan akal manusia.

Suami isteri bercerai berai, anak tidak mengaku mak ayah begitu sebaliknya, mengharamkan masakan orang UMNO dan sembelihan orang UMNO adalah haram dimakan.

Hingga kini, Hadi Awang masih tidak menrik semula amanat tersebut hinggakan ramai orang tertanya tanya adakah benar apa yang dikatakan oleh beliau dalam amanat tersebut.






PAS LEBIH PENTINGKAN KUIL DARI MASJID

Apa la nak jadi dengan PAS ni, di Kelantan dah berpuluh tahun memerintah pun masih tak ada satu masjid yang dibina oleh mereka, tapi sekarang sibuk nak buat kuil.

Dah terdesak sangat ke nakkan pengundi India sampai buat kenyataan macam tu? Mungkin jawapan PAS cukup mudah iaitu PAS kini lebih terbuka.

Tapi adakah itu tuntutan dalam Islam? Membina kuil seolah olah lebih penting bagi PAS pada masa kini, dan mungkin itu semua adalah kerana desakan politik yang semakin meruncing.

Kalau dulu PAS dilihat lebih mementingkan agama Islam, namun kini ianya semakin pudar setelah para pemimpin PAS dilihat lebih kearah politik semata mata dan perjuangan tentang Islam makin dilupakan.

Jika sebelum ini PAS mengatakan membangun bersama Islam dan kini PAS FOR ALL namun sekarang ini Sangkakala tak tau apa pula slogan yang akan dikeluarkan oleh PAS.

Mungkin apa yang tertulis dalam Harakah itu akan memnajdi iktibar kepada pengikut pengikut PAS menilai dimana kedudukan parti itu pada ketika ini.

Dulu pantang tersilap sikit pasal Islam, PAS akan mengeluarkan bermacam macam Fatwa untuk memperbetulkannya, tapi sekarang semua senyap seribu bahasa.

Kerana politik PAS sanggup untuk menggadai agama, Na'uzubillahiminzalik..  


KEHEBATAN MUJAHID YUSOF RAWA MP PARIT BUNTAR

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar, Negeri Perak dari PAS dan merupakan anak kepada Mursyidul Am PAS yang pertama iaitu Allahyarham Tuan Guru Yusof Rawa. Beliau merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat. Bapa beliau Yusuf Rawa merupakan Presiden PAS dari 1982 hingga 1989.
Pendidikan
• Ijazah Sastera Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir
• Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM)
• Ijazah Kedoktoran Siasah Syariah di Universiti Malaya (UM) 
Kerjaya
• Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang (2007- )
• Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS (2005- )
• AJK PAS Pusat (2005- )
• AJK Pemuda PAS Pusat (2001-2005)
• Yang Dipertua PAS Kawasan Bayan Baru, Pulau Pinang
• Tenaga Pengajar Masjid dan Surau
• Guru Bahasa Arab
• Petugas Sukarela Bantuan Islam Antarabangsa
• Pensyarah Universiti Multimedia, Melaka Bandar Raya Bersejarah (1999-2004) Universiti Multimedia
Politik
Bertanding kali pertama di Jasin, Melaka pada tahun 1999 dan seterusnya di Tasek Gelugur, Pulau Pinang pada tahun 2004. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Senator Datuk Abdul Raman Suliman dengan majoriti sebanyak 7,551 undi. Beliau memperolehi 21,221 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 13,670 undi.
Meneruskan perniagaan keluarga dalam bidang penerbitan buku yang mana beliau merupakan pengarah urusan syarikat tersebut iaitu Safir IImu Sdn Bhd di Bayan Baru, Pulau Pinang. Selain aktiviti politik beliau juga terlibat dalam aktiviti keilmuan seperti menyampaikan kuliah-kuliah agama di seluruh negara terutama dalam bidang sirah dan beliau juga telah menulis hampir 10 buah buku antaranya ialah Dakwah dan Tarbiah (1992), Masjid dan Peranannya (1993), Khilaf Satu Fenomena (1994), Global View of Islam (1996), Moral Ethica of Study (2000) dan Permata dari Pulau Mutiara (2003) 
Hebat latar belakang beliau bukan? Namun apa yang menyedihkan apabila beliau mengeluarkan kenyataan seperti dalam keratan akhbar seperti dibawah.
Pembaca boleh nilaikan sendiri siapa Mujahid Yusof Rawa.
 
 Adakah layak seorang yang beragama Islam yang menyokong penggunaan kalimah Allah sebegini diangkat sebagai seorang pemimpin? Tidakkah beliau malu dengan apa yang dilakukan oleh beliau sedangkan beliau mendapat pendidikan agama secukupnya?
 

Rabu, 20 Februari 2013

CHUA JUI MING MENYESAL KELUAR MCA

Bekas menteri kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Ming hari ini menyatakan kekecewaan beliau terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Kekecewaan tersebut berikutan Karpal yang dikatakan menyokong secara terbuka Pengerusi DAP Johor yang kini bertelingkah dengan Jui Ming ekoran agihan kerusi di negeri tersebut.

Jui Ming yang keluar daripada MCA pada tahun 2009 juga berasa kecewa setelah Karpal mempertikaikan keahlian beliau dalam MCA sedangkan beliau telah pun meninggalkan parti komponen Barisan Nasional tersebut.

Jui Ming bukan baru dalam politik, namun beliau dilihat kurang cerdik dalam politik kerana terlalu percaya dengan pakatan pembangkang.

Apa yang terjadi selama 30 tahun beliau bersama sama Barisan Nasional namun akhirnya beliau tunduk mengikut desakan politik.

Takkan selama 30 tahun Jui Ming tidak mengenali Karpal dan DAP? Itu adalah sesuatu yang mustahil kerana Karpal juga bukan baru dalam bidang politik.

Perkara sebegini telah dilihat akan terrjadi dan kini ianya menjadi kenyataan dan kekesalan mungkin sudah terbayang di wajah Jui Ming.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PKR TAKUT DENGAN KEMAJUAN

Pengarah strategi PKR hari ini menyatakan kegusaran apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa pembinaan sistem keretapi laju antara Kuala Lumpur ke Singapura bakal dilakukan.

Jika difikirkan semula apa yang nak dirisaukan oleh PKR? Adakah mereka terlalu yakin bahawa Pakatan akan menjadi kerajaan selepas PRU nanti?

Atau mungkin juga pembinaan tersebut akan menjadi titik tolak kepada kemenangan Barisan Nasional dalam pilihanraya nanti?

Sudah jelas bahawa pakatan pembangkang tidak mampu untuk meneruskan agenda pembangunan, apa yang mereka fikirkan hanyalah keuntungan kedalam poket mereka seperti yang berlaku di Selangor.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

GUAN ENG MULA RISAU PAKATAN TAK SEPAKAT

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kini mula risau dengan senario politik Johor yang mana pertelingkahan diantara pegerusi PKR dan DAP negeri itu saling bercakaran.

Punca mereka berdua ini tidak sehaluan adalah disebabkan agihan kerusi yang mana masing masing mahu menunjukkan kehebatan dan kekuasaan bahawa mereka mampu menang.

Yang nampak sangat bodoh si Lim Guan Eng ni ialah, beliau mengatakan pertelingkahan itu telah diekspoitasikan oleh media arus perdana yang di kongkong BN.

Ini Ketua Menteri memang takde akal, media arus perdana sememangnya akan mencari berita berita panas untuk menjadi pelaris kepada mereka, tiada istilah dikongkong oleh sesiapa.

Nampak sangat Guan Eng kurang cerdik dalam isu ini, pertelingkahan antara mereka juga cuba nak dikaitkan dengan Barisan Nasional.

Sememangnya dari dulu kita telah jangka bahawa pakatan mereka ini tidak akan bertahan lama kerana masing masing akan berebut kerusi kerana cuba untuk menjadi kuasa majoriti.

Ini semua disebabkan oleh kerana pakatan pembangkang tidak mempunyai parti yang memiliki kuasa penentu, masing masing dengan cara masing masing.

Jadi perkara sebegini tidak menjadi satu kehairanan kepada kita kerana selepas ini akan ada lagi kisah kisah pertelingkahan antara mereka yang pastinya akan membawa kehancuran kepada pakatan pembangkang jika semua ahli UMNO dan komponen Barisan Nasional bersatu padu dalam memnenagi pilihanraya akan datang.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Selasa, 19 Februari 2013

NIK AZIZ BERTANDING DI NEGERI SEMBILAN

Mungkin ramai yang terkejut dengan berita yang Sangkakala sampaikan kali ni.

Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dijangka akan bertanding sebagai ADUN di Chenah dalam parlimen Jelebu Negeri Sembilan.

Ini berikutan dengan sebuah banner besar yang diletakkan di letakkan di kampung Seperi (seperti diatas).

Pelbagai menifesto telah diletakkan oleh Nik Aziz untuk memastikan kemenangan berada di pihak beliau.

Dalam menifesto tersebut ada mengatakan bahawa Nik Aziz akan memberikan pendidikan percuma sekiranya beliau menang.

Dari sumber mana dana untuk pendidikan percuma tersebut diperolehi, sedangkan semasa pembentangan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) di parlimen sewaktu awal cadangannya, ianya dipersetujui oleh kerajaan dan pembangkang, kenapa sekarang baru kata percuma?

Ada juga tertulis bahawa penurunan harga kereta akan di lakukan, masalahnya nanti akan terjadi lambakan kenderaan (kereta) dalam pasaran Malaysia yang membuatkan rakyat tidak lagi mampu untuk membeli kereta kerana kereta yang ada (masih dalam pinjaman) mengalami susut nilai dan harga yang begitu ketara dan akhirnya hanya yang mampu sahaja akan memiliki kenderaan.

Penghapusan Tol lebuhraya pula dilihat sesuatu yang melucukan kerana jika tiada konsesi tol tersebut, penyelenggaraan jalan tidak akan dapat dilakukan dan masalah jalanraya yang teruk akan berlaku seperti apa yang terjadi di beberapa negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang.

Banyak lagi menifesto yang diletakkan, sama juga dengan menifesto yang diberikan oleh kerajaan Selangor sebelum pilihanraya umum ke 12 lalu, namun apa yang pastinya kenyataan selepas mereka memerintah ialah, menifesto bukanlah satu janji.

Jadi dengan apa yang tertulis pada banner tersebut bukanlah satu janji tetapi ianya hanyalah sebagai bayangan yang akan mengelirukan mata rakyat dan sekiranya rakyat terpedaya maka mereka ini boleh diiktiraf sebagai pembohong besar seperti kerajaan Selangor sekarang.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BANYAKNYE ELAUN BLOGGER PAKATAN

Wahh..hebat blogger pakatan rupanya, patut le tak kira nak buat fitnah macam mana pun boleh, dapat elaun ribu riban sebulan.

Ini yang dikatakan mereka ni berjuang dengan ikhlas untuk pakatan dan segenap lapisan rakyat?

Khak tuii..

Tapi mana datang duit sampai bejuta nak bayar depa ni?

Duit siapa agaknya tu ye?

Tapi biasa la, mereka ni kata mereka tidak dibayar dan buat kerja secara ikhlas.

Ikhlas atau E-Class ni?

Ce jawab sikit wahai pecacai totok PR..



VIDEO: KENALI SIAPA NIZAR JAMALUDDIN

Mungkin ramai yang melihat bahawa bekas Menteri Besar Perak ini seorang yang baik perwatakannya, dengan sifat yang agak lembut dan peribadi yang mulia, namun apa yang sebenarnya berada disebalik semua itu jelas dapat kita lihat didalm video dibawah.

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO

Anda sudah lihat bukan? itulah yang sebenarnya perwatakan Nizar, lebih kepada kepentingan bukan Islam namun apabila untuk kepentingan Islam, beliau sendiri menolaknya mungkin kerana takut dengan kehendak DAP yang selama ini dilihat memonopoli segala tindak tanduk PAS terutamanya beliau sendiri.

Adakah pemimpin sebegini atau parti ini yang perlu kita angkat sebagai parti yang memerintah?

Dan persoalan lain, kenapa Nizar yang diangkat sebagai Menteri Besar Perak semasa pakatan memenangi majoriti kerusi DUN dahulu?

Mungkinkah ada perancangan dari DAP yang diketuai oleh Ngeh Koo Ham yang mana telah terbongkar satu cerita dimana beliau memiliki aset berupa tanah yang diperolehi dari kerajaan Kelantan hanya semata mata sebagai tukaran untuk membolehkan beliau menjadi Menteri Besar.

Rakyat Perak kali ini perlu melihat disegenap sudut dalam menentukan apa yang dilakukan oleh pemimpin PAS ini sepanjang beliau menjadi Menteri Besar.