Isnin, 9 Disember 2013

BANTUAN BANJIR SAMPAI KE KEMAMAN @MuaamarGhadafi @Armand_PJU @daniar_ismail @SheikhNafiq @mukhrizfuad @khairykj

Konvoi bantuan untuk mangsa banjir Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia selamat sampai ke kawasan Kemaman dan kini singgah untuk pengagihan bantuan ke kawasan dan semua barangan akan diserahkan kepada mangsa.










Kawasan pertama yang dilawati untuk memberi bantuan ialah kampung pemindahan Mak Lagang dan jumlah kediaman yang terlibat di kawasan ini lebih kurang 200 buah rumah.

Keadaan cuaca yang dilihat agak cerah pada hari ini memberikan sinar harapan kepada mangsa yang terlibat dan mereka semua mendoakan agar tidak berlaku lagi gelombang banjir kedua seperti yang dihebahkan sebelum ini.



KEADAAN MANGSA BANJIR DI KUANTAN MENYAYAT HATI @NajibRazak @Khairykj @MuaamarGhadafi @GB4BMalaysia

Pilu dan menyayat hati apabila Sangkakala lihat mereka yang terlibat dalam bencana banjir tidur di tempat pemindahan di wisma belia Kuantan.


Sangkakala yang tiba bersama sama dengan Presiden GB4B Malaysia saudara Muaamar Ghadafi, Naib Presiden GB4B , saudara Daniel dan EXCO pergerakan pemuda UMNO Malaysia, saudara Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman begitu terharu apabila melihat keadaan mangsa di pusat pemindahan ini.


Namun seperti biasa, Gerakan Belia 4B Malaysia melalui Skuad Prihatin telah menghantar bantuan awal bagi membantu nasib mereka yang dilanda bencana yang boleh dikatakan buruk kali ini.

Skuad Prihatin yang diketuai oleh saudara Ibnu Rasyid yang juga merupakan Pengerusi Gerak Remaja GB4B Malaysia telah tiba ke kawasan bencana sehari selepas air naik ke kawasan ini.

Pelbagai bentuk bantuan dihulurkan oleh GB4B Malaysia dalam usaha memberikan bantuan sebaik mungkin demi untuk meringankan beban mangsa yang terlibat.

Sebentar lagi konvoi akan bergerak ke kemaman untuk memberikan bantuan ke kawasan tersebut yang juga dilanda bencana sama.


GAMBAR RUSUHAN DI SINGAPURA









Ahad, 8 Disember 2013

CYTRO PEMBANGKANG YANG DAH JADI BANGANG @NajibRazak @azeezputera


Punya la bangang si pencacai Pakatan ni, dalam keadaan orang bertungkus lumus membantu mangsa banjir, mereka masih sibuk nak memberikan persepsi buruk kepada pemimpin UMNO. 

Ini ke yang korang pejuangkan selama ni? Atau mungkin dah menjadi tabiat tidak membantu tapi mengutuk orang yang membantu.

Ni Sangkakala nak masukkan gambar dimana Dato Azeez yang mengetuai Kelab Putera memberikan bantuan kepada mangsa banjir di Terangganu dan Pahang.



Mungkin bapa si cytro pembangkang ni tak dapat bantuan agaknya sebab tak terlibat dengan banjir.

Tapi macam biasa, kalau diberi bantuan pin bukan tau nak berterima kasih.

Sangkakala nak bagi tau la sikit pada cytro pembangkang ni jangan le tunjukkan kebodohan tu terlebih sangat.

Kelab Putera rasanya menghulurkan bantuan di segenap tempat tak kira la di luar negara atau dalam negara.

Kalau bencana di luara negara maka keluar negaralah perginya, kalau dalam negara maka dalam negaralah bantuannya.

Tapi dimana pulak pembangkang? Ada ke menghulurkan bantuan berupa keperluan kepada rakyat? 

Sangkakala tak nampak lagi ada yang memberikan bantuan kepada rakyat yang sedang dilanda bencana tapi bila ada yang menghulurkan bantuan, mula la mulut macam longkang korang keluarkan.

Agakanya makan nasi tak jadi akal kot atau memang dilahirkan tanpa akal.

Kepada Dato Azeez, jangan peduli apa puak puak ni cakap, sebab dalam kawasan parlimen yang dimenangi pembangkang pun bantuan dihulurkan seperti yang berlaku di kawasan Ampang Selangor beberapa tahun dulu.



KEADAAN SEMASA BANJIR DI PANTAI TIMUR


KUANTAN, 8 Dis - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Pahang meningkat kepada 40,819 berbanding 40,008 orang malam tadi. 

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa daripada 11,746 keluarga itu ditempatkan di 149 pusat pemindahan dari 154 penempatan di sembilan daerah yang tertejas akibat banjir. 

"Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,426 orang di 42 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. 

Di Pekan, masih terdapat 3,329 mangsa di 31 pusat pemindahan, Maran (1,034 orang di 19 pusat pemindahan), Temerloh (1,002 di 22 pusat), Jerantut (520 di 11 pusat), Raub (209 di 10 pusat), Bera (189 di tujuh pusat), Rompin (57 di tiga pusat) dan Lipis (53 di empat pusat). 

Sementara itu, beberapa jalan utama di Pahang masih ditutup antaranya Km28 Jalan Kuantan-Sungai Lembing, Km72 Jalan Kuantan-Segamat, Jalan Jerantut-Lipis (Kampung Sepial), Km14/18 Jalan Temerloh-Bera

Sumber : BERNAMA 


Sent from Samsung Mobile

SARANAN KENAIKAN GAJI PERDANA MENTERI @NajibRazak


Seorang rakan facebook Sangkakala telah menyarankan supaya gaji Perdana Menteri dinaikkan seratus peratus ekoran kenaikan gaji ADUN,  Menteri Besar dan speaker negeri Selangor. 

Sangkakala fikir ada juga bagusnya jalau buat macam tu. 

Sebab kalau nak diikutkan gaji seorang Perdana Menteri lebih rendah daripada gaji Menteri Besar tapu tanggungjawab siapa yang lebih besar dalam menjaga hal ehwal rakyat? Sama ada negeri atau sebuah negara? 

Pelbagai respon telah diberikan apabila Khalid Ibrahim mengumumkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor baru baru ini. 

Tapu macam biasalah, pengikut totok Pakatan Pembangkang meloncat loncat kegembiraan mengatakan bahawa Menteri Besar mereka ini bijak dalam mengurus tadbir negeri dan tak kisah kalau gaji naik.

Apa yang bagus sangat tentang Pakatan mentadbir negeri? Sedangkan rakan dalam parti mereka sendiri pun mengeluarkan kenyataan bahawa Khalid gagal mengurus tadbir kewangan negeri dengan baik.

Itu bukan kata orang UMNO tapi kata kata daripada ketua mereka sendiri iaitu Anwar Ibrahim dan juga Timbalan Presiden PKR iaitu Azmin Ali. 

Disini jelas menunjukkan bahawa kepimpinan peringkat parti mereka sendiri tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut dan ini semua ada kemungkinan kerana gaji Menteri Besar Selangor telah dinaikkan lebih kurang 3 tahun lepas.

Dan apabila kenaikan ini diumumkan, maka para pengikut pakatan sudah bersedia untuk memberikan perspektif yang mengatakan bahawa apa yang dilajukan oleh Khalid adalah mengikut apa yang dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak.

Cuba kaji balik, bila Sarawak menerima kenaikan gaji untuk Ketua Menteri dan kepimpinan diperingkat DUN?

Kali twrakhir mereka menerima kenaikan gaji lebih kurang 20 tahun lepas dan ada Sangkakala adalah berbaloi dengan pelaburan yang dibawa masuk dengan tangga gaji yang dibuat.

Tapi bagaimana pulak dengan Selangor? Ada peningkatan atau penurunan?

Setahu Sangkakala pada tahun 2011 nilai pelaburan bagi negeri Selangor berjumlah lebih kurang RM 11 billion tetapi bagi tahun 2012 ianya menjunam kepada RM 2 billion dan cuba lihat penurunan kadar pelaburan dengan kenaikan kadar gaji.

Nampaknya Menteri Besar serta EXCO kerajaan Selangor sengaja mengambil kesempatan tambahan pula kita baru sahaja lepas pilihanraya jadi untuk mereka merasai kenikmatan hasil daripada pembohongan kepada rakyat Selangor. 

Berbalim kepada kenaikan gaji Perdana Menteri tadi.

Apabila Perdana Menteri mengusulkan bahawa gaji Perdana Menteri dan seluruh ahlu parlimen akan dinaikkan, maka bergegarlah seluruh negara yang mengatakan bahawa ianya adalah satu pembaziran wang rakyat.

Habis tu yany di Selangor ni wang siapa?  Khalid pakai duit sendiri ke? Atau ianya juga adalah wang rakyat?

Fikir fikirkanlah, adakah wajar gaji seorang Menteri Besar lebih tinggi berbanding seorang Perdana Menteri?




#pau13 WANITA TETAP BERSEMANGAT TINGGI

Sangkakala rasa bangga apabila masih ramai para para ibu yang sanggup untuk duduk di laman pentas dalam PWTC demi untuk mendengar amanat dari Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Memang benar kata pemimpin UMNO bahawa wanita adalah tulang belakang kepada UMNO sejak dari dulu lagi.




Lihatlah betapa bersemangatnya para para ibu ini yang selama ini mendukung kesinambungan UMNO.

Mereka ini jugalah yang boleh dikatakan bertungkus lumus dalam memberikan peningkatan kemenangan kepada UMNI dalam pilihanraya yang lalu.


#pau13 ANTARA EXCO PEMUDA YANG MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB

Sangkakala nak ucapjan tahniah kepada beberapa orang pemuda UMNO Malaysia yang telah menjalankan kewajipan sebagai pemimpin.

Ini adalah contoh dan ciri ciri pemimpin yang kita cari demi untuk kesinambungan dan survival politik UMNO dimasa hadapan.

Antara yang Sangkakala ketahui telah melaksanakan tanggungjawab dan perlu dijadikan contoh oleh EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang lain ialah saudara Mua'amar Ghadafi yang dilihat seperti gambar dibawah masih mampu melayan permasaalahan walaupun sibuk dengan perhimpunan agung.



Gambar diatas Sangkakala ambil semasa hari perhimpunan peringkat sayap yang mana dalam kekangan masa, Mua'mar Ghadafi tetap melayan mereka yang hadir untuk mendapat pandangan dari beliau.

Begitu juga dengan saudara Armand yang kini menggalas tanggungjawab sebagai pengerusi Biro Kesatria Pemuda UMNO Malaysia yang mana semasa perhimpunan sedang berlangsung,  kejadian banjir telah melanda beberapa kawasan dan negeri di Pantai Timur.

Tanpa berlengah dengan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan, Biro Kesatria Pemuda UMNO Malaysia telah bergerak untuk memberikan bantuan sedaya mungkin bagi meringankan beban mangsa mangsa banjir.

Lihat gambar gambar dibawah.




Tidak terlepas menjalankan tanggungjawab terhadap kebajikan kemasyarakatan, saudara Razlan yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang turut sama menggerakkan jentera untuk memberikan bantuan kepada mangsa mangsa banjir.

Sangkakala dimaklumkan bahawa Razlan telah membawa jentera Kesatria Pemuda UMNO Wilayah untuk menghantar bantuan kepada mereka yang terlibat dengan banjir di kawasan Rompin. 




Sekali lagi tahniah Sangkakala ucapkan kepada mereka yang telah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dan mungkin ada ramai lagi yang berjaya memikul tanggungjawab yang tidak Sangkakala ketahui dan kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, inilah cara sebenar UMNO iaitu memberikan bantuan dari semasa ke semasa tanpa mengira waktu dan masa.


GAMBAR MANGSA KEMALANGAN MAUT JALAN JERANGAU JABOR




Gambar gambar ini dihantar oleh seorang rakan yang mengatakan kejadian ini berlaku di jalan Jerangau Jabor dimana sebuah kenderaan merempuh gerai kerana mengelak sebuah kenderaan lain membuatpusinngan U.

Kemalangan ini berlaku pada hari jumaat lepas dan dari apa yang kita lihat, ada ramai pemandu yang terlalu cuai hingga mengakibatkan kemalangan yang meragut nyawa orang yang tidak berdosa.

Harapan Sangkakala kepada pemandu pemandu di Malaysia agar lebih berhati hati supaya kejadian sebegini dapat dielakkan.




Khamis, 5 Disember 2013

#tanyaibdil PENGERUSI BMB TAK TIDUR MALAM KERANA CELUPAR @ibdil @khairykj @NajibRazak

Bak kata pepatah Melayu,  terlajak p3rahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya dan dari semalam sampai hari ni, orang yang merasa betapa teruk nya penyakit bila terlajak kata ialah pengerusi Biro Media Baru yang baru dilantik.

Akibat dari keceluparan bahasa beliau, maka boleh dikatakan seluruh jentera maya proBN dan proUMNO malam tadi secara sukarela menulis dan terus menulis yidak kira di laman blog, Facebook,, twitter dan sebagainya semata mata menyahut seruan dari si beruang ni.


Semalam si beruang ni kata para pejuang cyber proBN atau UMNO perlu mengurangkan penulisan tentang politik sebanyak 50% dan selebihnya tulislah tentang 'LIFESTYLE' yang nampak cool kononnya.

Kita alihkan bahasa 'LIFESTYLE' kang bro Mazidul hentam Sangkakala sebab rogol bahasa kebangsaan lak.

Cara hidup, mungkin itu maksud si Beruang ni agaknya, tapi cara hidup yang macam mana tu ye?

Agaknya macam yang si beruang ni selalu buat kot, masuk gambar gambar makan dalam instagram pastu post.

Tapi apa pulak kena mengena cara kehidupan yang asyik makan dan post, ambil gambar post dalam instagram tu dengan politik?

Setahu Sangkakala, bila dah dinamakan penggiat media politik, carahidup atau LIFESTYLE mereka juga adalah politik.

Takde masa la nak post syok sendiri ni.

Tapi mungkin sebab terlampau bangang, jadi siberuang ni pun keluarkanlah kenyataan yang macam tu.

Mungkin lepas ni bila penggiat media ni masukkan carahidup atau LIFESTYLE mereka dalam instagram dan kena pulak dengan selera siberuang ni, maka senanglah tugas dia untuk mengesan lokasi tersebut, gitu ke Ibdil?

Sebab apa Sangkakala kata macam tu? Sebab sibedil beruang sekor ni, kerja dia asyik memasukkan gambar dia dengan anak bini makan makan dan mungkin itu cara sibedil beruang ni berjuang di alam maya dan mengharapkan puak pembangkang khususnya RBA akan melantak sampai jadi obese macam dia dan seterusnya tak mampu berfikir lagi sebab otak dah mengecik, pun sama macam dia.

Ehh..teruk sangat ke Sangkakala kutuk sibedil ni? Tak jugakan? Sebab inilah LIFESTYLE Sangkakala seharian, menulis dilaman blog milik Sangkakala ni dengan menghentam pembangkang, tapi bila pengerusi biro media baru pemuda ni kata "buat masa sekarang ini, pada mereka there is no direction, direction dia orang hari hari nak bidas pembangkang, takkan kerja kita iti hari hari nak membidas pembangkang, takde kerja lain ke? Bagi saya kita pun kena fokus bagaimana hendak membantu rakyat"

Tengok dalam video DISINI

Jadi diatas permintaan itu, maka bermula pada malam tadi ramailah soldadu dan panglima panglima maya telah merealisasikan apa yang beliau hajati iaitu tidak menghentam pembangkang seratus peratus.

Maknanya disini, jika seorang blogger biasanya menulis 4 artikel maka 2 artikel untuk pembangkang dan 2 artikel lagi untuk siberuang ni.

Dan kalau nak diikutkan pula Sangkakala yang kadang kadang menulis sampai 8 artikel kenalah dipecahkan kepada 2, 4 pembangkang dan 4 untuk siberuang, macam tu boleh?

Ok lah..nanti Sangkakala sambung lagi dengan LIFESTYLE siberuang ni pulak, Sangkakala akan pantau instagram dia dan tengok apa yang dia post dalam tu, nanti Sangkakala sebarkan melalui laman blog ni.



Rabu, 4 Disember 2013

#tanyaibdil PENGERUSI BMB DAH KENA SENGAT !!! BARU ADA AKAL !!! @NajibRazak @Khairykj @ibdil


Apa macam pengerusi BMB? Dah dapat habuan kau malam ni? Rasanya sahabat sahabat Sangkakala malam ni ada yang bersengkang mata secara 'SUKARELA' untuk hentam kamu je sampai kamu tersungkur.

Sangkakakala pun tak tau kenapa la pemuda UMNO boleh dapat sorang EXCO bangang macam dia ni yang mungkin gila glamor sampai lupa diri.

Rasa macam malang sangat duduk dalam pergerakan pemuda hari ni bila ada EXCO bodoh duduk dalam pergerakan pemuda. 

Mana tidaknya, siang cakap lain, malam ni dah pusing 360 darjah cerita lain, kamu nak ikut macam Anwar Ibrahim ke bro?

Siang tadi Sangkakala ada kata, kalau takde sesiapa nak bantu Sangkakala, maka Sangkakala akan hentam secara bersendirian dengan apa yang kamu ucapkan pagi tadi. 

Tapi sekarang kamu nampakkan? Betapa besar keluarga kami sebagai penggiat media, bukan hanya didalam blog, malah dalam facebook, twitter dan instagram yang kamu selalu dok posting gambar kamu selalu mentekedarah macam kata blogger APA pun ada.

Ini artikek ke dua dari Sangkakala dan Sangkakala ucapkan terima kasih sekali lagi kepada budak 'OBESE' ni sebab bagi Sangkakala bahan untuk ditulis setiap hari.

Lepas ni jaga jaga le pulak, mungkin serangan secara besar besaran di alam maya akan dilakukan oleh penggiat media yang lain.

BERSEDIALAH!!! 


PENGERUSI BMB PPUM JANGAN PANDANG RENDAH PENGGIAT MEDIA @khairykj

Memang terbakar hati Sangkakala bila dengar kata Pengerusi Biro Media Baru (BMB) Pemuda UMNO Malaysia mengatakan bahawa pengamal media sosial kena kurangkan berpolitik.
Rasanya dia ni kena bagi sekolah lagi supaya jangan jadi bangang sangat, kalau penggiat media ni kurang dalam politik, boleh ke kami tau situasi politik di tanah air?
Lagi satu kenyataan yang dimaklumkan oleh beberapa rakan, beliau juga ada mengatakan bahawa tiada lagi bayaran kepada penggiat media dan yang ada hanya sukarelawan.
Mungkin si Ibdil ni rasa semua penggiat media ni berbayar selama hari ni sampai kata macam tu, lain kali periksa dulu bro berapa banyak bayaran yang diberikan oleg UMNO Malaysia kepada penggiat media ni dan jangan suka suka kata sebab dibayar, penggiat media akan menghentam balik jika tidak menerima bayaran.
Disini Sangkakala nak minta pencerahan daripada si bangang ni, tak terima bayaran macam mana yang penggiat media ni akan menghentam balik? Sama ada untuk parti atau untuk individu?
Memang semalam Sangkakala sendiri ada mengeluarkan artikel menghentam Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia kerana tidak melunaskan bayaran yang dijanjikan kepada jentera siber yang diupah oleh beliau, tetapi perlu diingat semula bahawa mereka yang memanggil kami untuk menjadi jentera kempen, bukan untuk parti.
Kenyataan bodoh daripada seorang EXCO Pemuda UMNO Malaysia ni rasanya akan mengundang bencana kepada UMNO sekiranya semua penggiat media tidak menjalankan kerja kerja membantu parti.
Selama kami berjuang dalam alam maya, memang tidak dinafikan bahawa ada sedikit imbuhan yang diberikan, tetapi bagi Sangkakala, dengan perjuangan yang dijalankan, bayaran saguhati tersebut tidaklah memadai sepertimana yang diucapkan oleh si Ibdil ni.
Sangkakala nak tengok sejauh mana dan seramai mana sukarelawan yang mampu diwujudkan oleh pengerusi BMB ini dan ingat, setiap sen yang diberikan kepada penggiat media selepas ini akan menjadi isu dan kami akan letupkan di alam maya.
Jika tidak ada seorang pun rakan media yang mahu bersama Sangkakal, maka Sangkakala sendiri akan teruskan perjuangan.
Ingat!!! Kami bukan laparkan wang ringgit, tapi kami berjuang sekian lama dalam alam maya demi untuk kesinambungan UMNO itu sendiri.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi BMB ini jika benar, seperti yang Sangkakala katakan tadi akan mengundang bencana buat UMNO Malaysia.

pssstt..tak sampai sebulan jadi pengerusi dah tunjuk bangang !!!! ///


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone











KAZIM DI GELAR BABI !!! NYATA PENGIKUT PAS BIADAP #kazim4MT


Begitu hinanya apabila Ulama dijemput untuk bersama sama dengan UMNO. 

Sanggup pengikut PAS menggelar Ustaz Kazim dengan pelbagai gelaran yang menjijikkan.

Kenapa pengikut PAS begitu risau jika ustaz Kazim menyertai UMNO dan berdakwah dalam UMNO? 

Sangkakala nampak pengikut PAS tidak sanggup menerima bahawa masih ada Ulama yang mahu berjuang bersama sama dengan UMNO.

Bukan sahaja pengikut, malah PAS sendiri tidak mampu untuk menerima kritikan dengan setiap kemungkaran yang mereka lakukan.

Ini terbukti apabila ustaz Kazim yang selalu mengkritik kepimpinan PAS dibuang keahliannya pada bulan Mei lalu dan ini disahkan oleh Naib Presiden PAS itu sendiri, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tapi apabila UMNO menjemput beliau (Kazim) untuk bersama sama dengan UMNO,  maka bergegarlah PAS dan seterusnya menghentam ustaz Kazim aecara berterusan.

Inilah mentaliti atau pemikiran PAS yang ada, dan adakah dengan sikap sebegini mereka layak digelar sebagai parti Islam?

Kepada pembaca semua fikir fikirkanlah.


Selasa, 3 Disember 2013

RAMAI PEMUDA DI PWTC !!! SG LIMAU HANYA TINGGAL JANJI @azwanbro @khairykj

Sangkakala terbaca satu artikel dalam blog daengselili.blogspot.com yang menceritakan tentang betapa ramainya kehadiran pemuda di PWTC dalam persidangan pemuda yang dirasmikan pada malam ini oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. 

Memang Sangkakala tak nafikan bahawa kehadiran pada hari ini memang ramai dan ianya amat meriah.


Tapi apa jadi masa pilihanraya kecil di Sungai Limau baru baru ini?

2000 jentera yang dikatakan akan memenuhi Sungai Limau tidak kelihatan dan janji untuj membawa 2000 jentera tersebut telah di nyatakan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang penuh kontroversi kemenangannya baru baru ini.

Apa sebenarnya yang berlaku ni? Adakah pemuda hari ini hanya mampu berjanji sebagai pemanis bibir untuk mengatakan bahawa mereka turun bekerja? 

Sungai Limau menjadi kayu pengukur dimana kegagalan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia menjadi pemimpin dan pada masa itu jugalah baru terserlah kegagalan beliau.

Kejayaan bukan datang bergolek dan janji harus ditepati dan jangan hanya dijadikan sajian untuk menunjukkan kepimpinan.

Sangkakala rasa pemuda pemuda lain juga perasan tentang perkara ini tapi apa boleh buat?  Menang memang dah menang dan mungkin kerana itu ianya sudah tidak menjadi keperluan lagi.

Tapi kepada Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, perlu diingatkan bahawa perjuangan masih panjang dan a0a yang berlaku pada hari ini akan dikenang dimasa hadapan.

Apa apa pun Sangkakala ucapkan tahniah kepada Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang berjaya memenangi pemilihan kali ini dan jika ada rasa un5uk bertanding dimasa akan datang, rasanya perlu melakukan kerja 5 kali ganda daripada pemilihan kali ini itu pun jika tiada serangan hebat dari penggiat maya macam Sangkakala. 

Dan tak lupa juga ucapan tahniah kerana telah berjanji dengan lantang untuk membawa 2000 jentera ke Sungai Limau yany sudahnya semua jadi 'lemau'.



BANDAR ALA HONG KONG MALAYSIA PERLUKAN PEMANTAUAN @PDRMsia @aduanSPAD

Sangkakala merayau rayau ke kawasan Bukit Bintang dan macam biasalah, kawasan ala ala bandaraya Hong Kong ni memang sibuk tahap gaban bila menjelang waktu malam.


Perniagaan di kawasan Bukit Bintang ni memang pesat membangun dengan pelbagai perniagaan dari pada dalam bangunan, luar bangunan hinggalah ke tepi jalan.

Jalan di Bukit Bintang ni pun memang teramatlah sibuknya hingga nak melepasi jarak 100 meter sahaja memerlukan hampir 20 minit.

Tapi apa sebenar punca kepada kesesakan ini?

Daripada apa yang Sangkakala perhatikan, banyak kenderaan pengangkutan awam yang diletakkan ditepi tepi jalan hingga mengakibatkan kepada kesesakan lalulintas.

Begitu juga dengan kenderaan kenderaan awam yang sesuka hati diletakkan di tepi jalan juga merupakan sumber kepada kesesakan ini.


Bagi Sangkakala, kesesakan ini dapat dibendung atau dikurangkan sedikit jika penguatkuasaan daripada pihak yang bertanggungjawab dilakukan dari semasa ke semasa.

Kenderaan kenderaan ini perlu diberikan notis saman atau diminta keluar supaya tidak menggangu lalulintas.

Dengan cara ini, ada kemungkinan kesesakan dapat dikurangkan dan kelancaran perjalanan trafik dapat di tingkatkan. 

Jadi kepada pihak yang bertanggungjawab silalah ambil tindakan dengan segera walaupun semua orang tahu bahawa Bukit Bintang memang kawasan kesesakan teruk tetapi mengurangkan kesesakan tersebut sudah memadai daripada mendengar rungutan orang ramai setiap hari.




PENCACAI PR GELISAH PERHIMPUNAN AGUNG UMNO BERLANGSUNG

Kesian pulak Sangkakala tengok bila pencacai pakatan dah mula gelisah apabila UMNO mengadakan himpunan Agung yang akan berlangsung pada 5 disember nanti dan malam ini majlis perasmian mesyuarat sayap parti akan diadakan di PWTC.


Seperti yang telah dijangka, akan ada perkataan perkataan seperti anjing dan sebagainya akan dilemparkan kepada pengikut UMNO oleh sibertrooper atau pebjilat tegar pakatan ini sama sepertimana yang berlaku ke atas Ustaz Kazem Elias. 

Mungkin ajaran daripada pakatan pembangkang supaya perkataan perkataan tidak bertamadun ini dilemparkan dan mungkin juga ianya adalah kerana kegagalan pemimpin mereka (PR) yang tidak tahu bagaimana mengajar para pengikut dalam berbahasa.

Tapi Sangkakala hairan juga kenapa beriya sangat pencacai pencacai pakatan pembangkang ni nak ambil tahu tentang perhimpunan Agung UMNO? Sedangkan perhimpunan PAS baru baru ini telah menyaksikan kepincangan dalam pemilihan hingga terpaksa dibuat sekali lagi?

Dan kenapa tidak di anjingkan sahaja Mustafa Ali yang panjat mak janda dalam hotel hari tu?

Jadi disini Sangkakala nampak, pengikut atau parti seperti PAS, PKR dan DAP memang tidak ada kelas langsung ubtuk menjadi pentadbir kerana sikap yang bukan sahaja biadap, malah mengatakan betul kepada benda yang salah.



PENGERUSI BMB KENA SEKOLAH DENGAN BLOGGER ??? MACAM TAK CAYE JE !!!

Alamak!!! Macam mana boleh jadi macam ni? Blogger dengan selamber bantai pengerusi Biro Media Baru Pemuda UMNO Malaysia.

Pengerusi BMB semalam dikatakan telah didatangi oleh seorang teman blogger Sangkakala yang namanya cukup popular juga dalam media siber ni.

Puncanya bila blogger ni bertanya sama ada pengerusi BMB kenal atau tidak dengan beliau, tiba tiba pengerusi kata dia tak kenal, apa lagi, dah tentu le kena sontot depan depan orang.

Nak jadi pengerusi Biro Media ni kena la allert pada keadaan sekeliling, berkawan dengan blogger, facebooker dan twitterer dan jangan lupa pulak dengan penggiat media yang lain.

Jangan le asyik nak aktif dalam instagram je, tak kemana nanti Biro ni.

Ketua Pemuda Malaysia dah letak dia ni sebagai pengerusi Biro Media Baru dan kalau nak diikutkan dia ni gantikan pengerusi lama dan sepatutnya berhubung dengan semua blogger dan penggiat media yang lain dan bukannya menunggu hingga kena sekolah baru nak mengadah.

Sangkakala nasihatkan supaya pengerusi baru ni lebih aktif untuk berjumpa dengan semua penggiat media dan letakkan bawah satu bumbung..baru le ada kelas.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@azwanbro NAK BERMUSUH DENGAN BLOGGER ??? DAH HABIS FIKIR KE ??? @khairykj

Baru baru ni apabila pengerusi unit media baru telah dilantik oleh Ketua Pemuda Malaysia, YB Khairy Jamaluddin, walaupun ada yang kurang selesa tapi itu adalah hak beliau selaku ketua untuk meletakkan siapa sahaja sebagai pengerusi biro atau unit.

Apabila mendapat pelbagai reaksi dari penggiat media maya, maka saudara Khairy telah mengatakan bahawa unit media baru akan ditambah baik dan boleh dikatakan semua penggiat maya yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional menerimanya dengan baik.

Tapi dalam pada itu, ada pulak satu cerita lain dimana Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dilihat seolah olah mahu bermusuh dengan blogger proBN.

Sangkakala mendapat berita bahawa ada seorang blogger yang mengambil gambar beliau telah dikatakan sebagai musuh beliau dan kenyataan tersebut telah dikeluarkan dihadapan rakan rakan Pemuda UMNO Malaysia sewaktu makan tengah hari anjuran Pemuda di PWTC.

Ini ke sikap dan perangai seorang Naib Ketua Pemuda yang nak menerajui pemuda ke arah yang lebih mantap?

Cerita sebenarnya bermula disini.

Kharul Azwan Harun yang dulu merupakan Ketua Pemuda Perak, telah mengupah beberapa orang blogger termasuklah Sangkakala untuk menjadi jentera siber beliau semasa pemilihan agung pemuda UMNO dan Khairul atau azwanbro telah berjanji untuk memberikan imbuhan diatas kerja kerja tersebut.

Namun apa yang berlaku ialah, pembayaran hanya dibuat separuh sahaja dan separuh lagi masih tertunggak dan azwanbro kini nampaknya macam melarikan diri tanpa berhubung dengan jentera jentera ini.

Sehinggalah bermulanya semalam, penggiat maya ini telah membuat hashtag dalam twitter #wanberuk.

Dan rakan blogger yang dikatakan musuh tadi juga salah seorang yang terlibat.

Tapi nampaknya wanbro ni bukan nak selesai masalah, namun mencipta masalah lain dengan mengatakan jentera jentera ini musuh beliau.

Persoalannya, siapa yang mencipta musuh? Adakah blogger yang mencipta musuh atau wanbro sendiri mencari musuh?

Sorang lagi blogger juga kena sound dengan wanbro tadi kononnya kalau nak maki dia pun kenalah bersalaman sebab kita orang islam.

Nak bagi tau sikitlah pada wanbro, Islam ni menepati janji, sebab janji perlu ditunaikan dalam islam.

Kalau cerita je kena bersalam sebab sesama islam tapi janji tidak ditunaikan, islam ke tu?

Jentera maya ni rasanya dah tunaikan janji untuk berjuang sehingga beliau menang, tapi dah menang lain pulak jadinya.

Tapi takpe lah, selama 3 ke 5 tahun ni kita tengok sejauh mana wanbro nak bermusuh dengan blogger, jangan esok datang mencari blogger blogger ni untuk berjuang sekali lagi sudah la.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

IMPIAN MENJADI KENYATAAN @RazaliIbrahim @NajibRazak @tengkuadnanreal @tunfaisal #MahasiswaNasional


Mahasiswa IPT tempatan sudah sekian lama berasa hati kerana seolah-olah dipinggirkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saban tahun, mahasiswa IPT tempatan memendam rasa kerana rakan seusia mereka dari Kelab UMNO Luar Negara bukan sahaja mendapat perhatian khusus daripada pemimpin-pemimpin tertinggi parti, malah wakil mereka juga diberikan ruang untuk berucap mewakili suara mahasiswa di dalam negara. Saya sendiri sebagai salah seorang graduan IPT tempatan, sudah sekian lama merasa tidak puas hati dengan layanan double standard ini.

Bagaimanapun semalam, sejarah baru tercipta. Melalui Persidangan Mahasiswa Nasional PEMANAS, UMNO dilihat lebih responsif terhadap kehendak mahasiswa IPT Tempatan. Melalui usaha Datuk Razali Ibrahim, selaku Pengerusi Biro IPT UMNO Malaysia dan sokongan tidak berbelah bagi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara, mahasiswa IPT tempatan tidak lagi perlu merasa terpinggir dan dilayan secara tidak adil.

Walaupun hanya diberi laluan untuk menjadi JURUCAKAP dalam PERSIDANGAN SAYAP, bukan Mesyuarat Agung UMNO, namun ia merupakan suatu break through dan sejarah baru yang patut direkod dalam journal perjuangan mahasiswa IPT tempatan.

Baca berita selanjutnya DISINI



Isnin, 2 Disember 2013

KAZIM TAK SEDAR TELAH DISINGKIR !! KISAH HASAN ALI DAN NASHA BERULANG LAGI


Perlantikan Ustaz Kazim sebagai ahli majlis tertinggi UMNO Malaysia nampak gayanya masih belum reda.

Baru sahaja beliau mengatakan bahawa beliau masih ahli PAS, Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahin Tuan Man telah mengatakan bahawa beliau telah disingkirkan dari parti tersebut sejak mei 2013.

Tapi menurut Ustaz Kazim,  beliau sendiri tidak tahu dan tidak mendapat apa apa surat tentang penyingkiran beliau.

Sangkakala teringat pulak kisah Datuk Hasan Ali yang menerima nasib sama selepas berkali kali menegur kepimpinan kerajaan Selangor semasa menjawat jawatan EXCO kerajaan negeri tersebut satu masa dulu.

Beliau juga telah dipecat dan setelah beberapa lana barulah keluar surat rasmi pemecatan beliau,  dan begitu jugalah yang terjadi keatas Ustaz Nasha yang dibuang tanpa surat, dicanang seluruh negara dan lama kemudian barulah surat rasmi dikeluarkan.

Mungkin sudah menjadi kebiasaan kepada PAS apabila memecat seseorang ahli dengan tanpa surat pemecatan dan mereka ini membiarkan sahaja ahli atau bekas ahli mereka ini terumbang ambing tanpa hakuan dan apabila ada parti lain yang berminat untuk menggunakan khidmat mereka, ahli PAS yang lain akan bangkit mengatakan orang itu adalah ahli mereka. 

Ini lah yang terjadi keoada Ustaz Kazim apabila ketua pemuda PAS Perak dengan pantas mengatakan bahawa Kazim adalah ahli PAS dan tak sampai beberapa hari barulah keluar kenyataan bahawa beliau telah disingkirkan.

Jadi disini Sangkakala lihat, selesailah sudah kemelut yang mengatakan bahawa Ustaz Kazim adalah ahli PAS dan tidak layak menjadi ahli majlis tertinggi UMNO. 


Ahad, 1 Disember 2013

UDA HOLDING !!! MELAYU DIPINGGIR KERANA KEUNTUNGAN @NajibRazak @tengkuadnanreal @joharighani_ttw


Pernah satu ketika nama UDA Holding hangat diperkatakan dengan kes Bukit Bintang Plaza.

Dan pernah juga satu ketika UDA hangat diperkatakan oleh sahabat sahabat blogger tentang pasar seni atau Central Market yang sewaktu penubuhannya dulu adalah tempat dimana peniaga peniaga bumiputera bergantung nasib untuk berniaga.


Tapi sekarang apa dah jadi? Sangkakala tak mau usik bab Bukit Bintang Plaza tapi Sangkakala nak cerita bab Central Market.

Mengikut sumber maklumat yang Sangkakala terima, Central Market kini tidak lagi menjadi tempat bergantung kepada orang Melayu bandar, tetapi sudah lebih ke arah pusat perniagaan orang cina.

Pengurusan untuk Central Market juga diserahkan kepada syarikat Cina, kenapa jadi macam tu? Apa kurang Melayu bandar untuk menguruskan Central Market yang dulu menjadi kebanggaan orang Melayu.

KAH SENG Group telah diberikan tender untuk menguruskan Central Market dan apabila syarikat Cina ini diberi kepercayaan untuk menguruskan sebuah tempat, rasanya pembaca sendiri tahu akibatnya.



Mungkin artikel ini bersifat sedikit rasis tetapi kalau nak diikutkan keperluan penubuhan UDA Holding adalah untuk membela Melayu, adakah ini bentuk pembelaan yang dilakukan oleh UDA Holding kepada Melayu bandar.

Yang tersepit dicelah kemelut ini adalah para peniaga dan Sangkakala rasa sebagai Pengerusi yang baru, adalah lebih molek kalau Dato Johari Ghani mengambil pendekatan untuk memikirkan semula apa yang perlu dilakukan.

Takkan nak dibiarkan orang Melayu terus dipinggir bandar dan orang cina dibiar memonopoli kawasan bandar.

Kini apa yang jadi kepada Central Market tidak ubah seperti China Town dan mungkin Menteri Wilayah juga perlu memerhatikan perkara ini daripada terus berlaku.

Kita semua maklum bahawa kawasan Jalan Petaling sudah pun di jadikan pusat penjajaan orang orang Cina tapi takkan dalam pusat perniagaan anak syarikat kerajaan juga hendak dijadikan pusat perniagaan orang cina?

Sangkakala menulis kali ini hanya kerana untuk menuntut pembelaan orang orang Melayu yang makin dipinggirkan di kawasan bandar dan Sangkakala percaya bahawa masih ada syarikat Melayu atau Bumiputera yang mampu untuk menguruskan kompleks perniagaan ini.

Sangkakala harap kepada Dato Johari supaya pandang pandanglah Melayu yang berminat untuk berniaga didalam pasar seni, janganlah kerana sesuatu perkara maka orang Melayu dipinggirkan.



ANTARA SEBAB KENAPA MP PEMBANGKANG BANGKANG KENAIKAN GAJI AHLI PARLIMEN


Dua tahun lepas apabila Perdana Menteri mengumumkan bahawa gaji ahli parlimen akan di naikkan maka terkinja kinja ahli parlimen dari pakatan membantah kerana mereka mengatakan bahawa mereka adalah pejuang rakyat.

Tapi apabila kenaikan gaji ADUN diumumkan oleh Menteri Besar Selangor,  tidak langsung ada bantahan yang dibuat oleh ADUN pakatan.

Setelah Sangkakala teliti perkara ini, barulah Sangkakala faham dan bersetuju dengan Perdana Menteri yang mengatakan bahawa pembangkang jangan hipokrit dalam isu kenaikan gaji.

Rupa rupanya mereka ini membantah kerana mereka tahu bahawa mereka akan mendapat kenaikan di peringkat negeri keraba kebanyakan malah hampir semua ADUN pakatan adalah ahli parlimen.

Jadi disini kalau tak naik gaji sebagai ahli parlimen sekalipun, tidak mengundang sebarang masalah kerana ni peringkat negeri mereka akan mendapat kenaikan lebih dari apa yang diperolehi di peringkat parlimen.

Cuba kita lihat Khalid Ibrahim, beliau sendiri adalah ADUN, malah beliau juga adalah Menteri Besar, jadi jika digabungkan kedua dua jawatan yang ada, pendapatan beliau sudah pasti lebih daripada apa yang diperolehi oleh Ahli Parlimen. 

Inilah punca sebab apa mereka membabtah kenaikan gaji ahli parlimen satu masa dulu dan kini sudah terbukti mereka berjaya mengaburimata rakyat yang menganggap mereka adalah pejuang dan dalam masa sama mereka menyapu segala yang ada di dalam negeri.


PERLANTIKAN KAZIM !!! PENCACAI PAS MENGELUPUR MACAM CACING


Bila diumumkan sahaja perlantikan Ustaz Kazim Elias sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO,  maka ramailah pencacai PAS yang melompat dan barulah mereka mengatakan bahawa Ustaz Kazim adalah ahli PAS. 

Takkan selama ni mereka tak tau yang Ustaz Kazim adalah ahli PAS dan kenapa baru sekarang semua nak mengaku?

PAS selama ni pun buat tak tau je dengan Ustaz Kazim dan apa juga pandangan beliau tentang PAS tidak pernah diambil pusing oleh parti tersebut terutamanya kepimpinan PAS itu sendiri.

Tapi kita tinggalkan dulu kisah Ustaz Kazim sebagai ahli Parti PAS yang tidak pernah diambil peduli.

Sangkakala nak bertanya sikit pada kepimpinan dan para pengikut PAS, adakah menjadi menjadi kesalahan kalau Ustaz Kazim dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO sedangkan didalam PAS sendiri yang bukan islam dilantik untuk duduk sekali didalam saf kepimpinan pusat.


Macam mana ada cina pulak dalam kepimpinan PAS sekarang? Adakah PAS kini sudah menjadi parti antara kaum seperti PKR?

Ini persoalan yang perlu dijawab oleh PAS sebenarnya dan bukan mempertikai lantikan Ustaz Kazim sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. 

PAS seperti tidak diterima secara telus oleh DAP sehinggakan mereka terpaksa membawa masuk orang bukan islam sebagai pemimpin di peringkat pusat. 

Ini kerana, jika PAS diterima oleh DAP dan PKR maka sudah cukup dengan persefahaman mereka dan tidak perlu lagi perlantikan didalam kepimpinan peringkat pusat untuj orang bukan Islam.

Seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional, UMNO menerajui Barisan Nasional mewakili orang Melayu dan Bumiputera manakala MIC menjaga kepentingan orang India dan MCA pula menjaga kepentingan orang orang Cina dan begitu juga dengan parti komponen yang lain yang mana parti parti tersebut menjaga kepentingan bangsa banhsa atau kaum yang diwakili.

Jadi disini jelas kelihatan bahawa PAS sebenarnya terpaksa mengikut arus pakatan dan PAS juga dilihat sebagai sebuah parti yang tidak ubah seperti lembu dicucuk hidung yang terpaksa mengikut apa juga kata parti sekutu mereka.

Sangkakala lihat, tidak lama lagi PAS akan menerima lebih ramai kemasukan orang bukan Islam atau Melayu kerana ianya akan dituntut oleh mereka mereka ii dan tidak mustahil PAS akan didominasi oleh mereka yang bukan Islam agar suara mereka didengari dan seterusnya menidakkan agenda yang dibawa oleh PAS selama ini.

Kita juga biasa mendengar kata kata sinis dari pengerusi DAP yang menghalang PAS dari melaksanakan agenda yang dikatakan diperjuangkan oleh mereka selama ini seperti hudud dan negara Islam.

Tapi oleh kerana terlalu taksub dengan kepentingan di peringkat pusat dengan dijanjikan pelbagai jawatan walaupun jawatan tidak berkepentingan, maka PAS mengalihkan pandangan dan bantahan parti sekutu mereka kepada UMNO dan Barisan Nasional. 

Ini seharusnya diteliti oleh orang PAS sendiri sebelum membuat sebarang keputusan dan kita dapat lihat juga sudah berapa ramai dikalangan kepimpinanan Pakatan Pembangkang yang bertindak keluar parti kerana merasakan perjuangan Pakatan Pembangkang tidak selari diantara satu sama lain.

Jadi disini Sangkakala rasa ahli serta pengikut PAS perlu lebih bijak kerana dengan kebijaksanaan ini akan menjadi pertahanan untuk terus lena dibuai dengan angan angan kepimpinan PAS itu sendiri.