Khamis, 9 Oktober 2014

SIKAP RAKYAT MALAYSIA YANG LANGSUNG TIDAK PRIHATIN

Sedih pulak Sangkakala baca dalam harian metro yang menunjukkan seorang ibu terpaksa menyusukan anak beliau di lantai ERL dalam perjalanan ke Salak Tinggi dari Kuala Lumpur.

Baca DISINI...


Takkan takde langsung rasa kesian pada ibu yang sedang membawa anak kecil ni? Kalau tak kesian pada ibu, pandang le anak tu sikit.

Ini bukan cara kita sebagai rakyat atau masyarakat timur yang penuh dengan budi dan bahasa serta rasa tanggungjawab.

Mungkin bagi mereka yang melihat tidak merasa apa apa jika mereka bukanlah seperti ibu muda bersama anaknya seperti gambar yang Sangkakala masukkan diatas.

Prihatinlah pada mereka kerana mungkin satu masa nanti kita pula akan berada di tempat mereka dan masa itu kita juga memerlukan simpati orang lain.

Ibu muda ini mengatakan bahawa beliau terpaksa menyusukan anak selama 40 minit dengan hanya duduk di lantai ERL.

Bayangkan 40 minit bukanlah satu masa yang singkat dan ianya tidak sepatutnya berlaku di zaman sekarang dengan boleh dikatakan semua rakyat Malaysia mempunyai pelajaran bagaimana untuk berasa simpati kepada orang lain.



Tiada ulasan: