Selasa, 14 Oktober 2014

MAMPU KE @rafiziramli TERIMA CABARAN DEBAT RIZAL MANSOR ???

Hangat diperkatakan apabila Perdana Menteri mengumumkan bajet belanjawan 2015 yang mengatakan bahawa untuk pendidikan awal kanak kanak sebanyak RM 711 juta.

Dikalangan pembangkang pula mula menyorakkan bahawa ianya adalah peruntukan untuk program PERMATA walaupun hakikatnya ia adalah untuk Kementerian Pendidikan, Tabika KEMAS dan PERPADUAN serta PERMATA.

Dengan peruntukan sebanyak RM 711 juta tersebut, PERMATA cuma menerima RM 30.1 juta setahun namun para cerdik pandai tak boleh diajar dalam PR mengatakan ianya adalah untuk program PERMATA semata mata.

Pegawai Tugas Tugas Khas YAB Perdana Menteri, Saudara Rizal Mansor telah mencabar Rafizi Ramli yang begitu lantang mengatakan bahawa peruntukan RM 711 juta tersebut adalah untuk program PERMATA untuk berdebat bagi memberikan pencerahan tentang perkara tersebut.


Persoalannya disini, adakah Rafizi, Haniza Talha dan Zuraida berani menyahut cabaran tersebut atau hanya berani bergendang di telinga pengikut PR yang selama ini hanya tahu mempercayai bulat bulat apa yang MP bangang mereka ini perkatakan?

Mari kita tunggu dan lihat, adakah si sotong dan rakan rakannya ini berani untuk menyahut seruan debat berkenaan.

Kalau tiga orang Yang Berhormat tak berani nak sahut cabaran debat dari seorang yang tidak mempunyai jawatan dalam parlimen pun tak berani, elok je la lepaskan jawatan tu, buat malu je.

Tiada ulasan: