Rabu, 15 Januari 2014

@Zahid_hamidi TANGKAP BILIS TAKKAN MAMPU JADI HERO !!! @NajibRazak

Nampak gayanya Sangkakala kena juga la tegur sikit Menteri Dalam Negeri yang mengatakan penangkapan individu yang menggelar dirinya sebagai Sultan Melaka mengikut landasan undang undang.


Tak siapa yang mengatakan bahawa penangkapan Raja Nor Jan semalam membelakangkan undang undang dan rasanya rakyat Malaysia nibtahu bahawa setiap penangkapan yang dilakukan oleh mana mana pihak berkuasa adalah mengikut undang undang sedia ada.


Kalau nak diikutkan disini, apa keberkesanan dengan penangkapan Raja Nor Jan?? Hingga ianya disebarkan dengan cukup meluas oleh media media massa?? Adakah Nor Jan dianggap begitu bahaya seperti memesongkan aqidah umat Islam atau sebagainya.

Setahu Sangkakala, Raja Nor Jan hanya mengatakan bahawa beliau adalah Sultan Melaka tetapi tidak pula mengatakan bahawa beliau akan membawa gerombolan pengikut untuk melakukan demonstrasi jalanan dan perkara perkara yang boleh membawa kepada kemudaratan rakyat.

Sedangkan yang terang terang ingin membawa rakyat turun ke jalan jalan raya dan pernah juga mencetuskan tragedi berdarah seperti dalam himpunan BERSIH masih lagi bebas dan mampu untuk merancang tindakan selanjutnya bagai mana untuk menjatuhkan kerajaan.

Adakah hari ini Menteri yang dulunya menjaga Kementerian Pertahanan dan menjadi popular kerana insiden Lahad Datu ini sudah menikus dan tidak berani untuk menangkap jerung dan cuba menjadi hero dengan menangkap bilis?

Apakah dengan menangkap Raja Nor Jan maka tidak akan ada upacara membawa lilin dan kemungkinan rusuhan maka ianya dilakukan sedangkan jika tertangkapnya pemimpin pembangkang yang menjadi perancang untuk mengadakan rapat umum dan himpunan haram akan menjadi kekecohan maka mereka ini dibiarkan bebas.

Sangkakala sangka kan dulu Perdana Menteri meletakkan harimau dalam KDN rupa rupanya hanya kucing kampung.

Begitu juga dengan tindakan membiarkan Lawrence Andrew yang tetap mahu menggunakan kalimah Allah dalam bible berbahasa melayu di Selangor.

Jika Nor Jan dikatakan melanggar perlembagaan dan mencabar institusi Raja, bagaimana pula dengan Lawrence yang yang menidakkan Titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah tersebut oleh bukan Islam.

Bukanlah niat Sangkakala untuk memberi sokongan kepada Nor Jan, tapi daripada apa yang Sangkakala lihat, tindakan kerajaan dalam penahanan ini tidak mencerminkan keadilan dan maaf cakap, lebih kepada BACUL.

Yang menghina Islam dibiarkan lepas dengan berpuluh malah mungkin ratusan laporan polis tapi yang ditangkap hanyalah seorang lelaki yang kurang siuman mendakwa dirinya seorang Sultan yang hanya ada beberapa laporan polis dibuat.


Tiada ulasan: