Selasa, 28 Januari 2014

@khalidibrahim #letakjawatan RAMAI YANG AKAN MENYUSUL ??? APA DAH JADI ???

Nampaknya tekanan demi tekanan yang dihadapi oleh PKR Selangor dan kemelut yang melanda parti itu sudah jelas kelihatan di mata umum.

Bermula dengan penarikan semula jawatan Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah PKNS dan penukaran serta merta 2 orang kakitangan PKNS telah menjadi titik tolak dalam keretakan hubungan sesama pemimpin PKR khususnya di Selangor.

Semalam seorang ahli dewan undangan negeri di Kajang telah meletakkan jawatan dan apa yang difahamkan ialah, perletakkan jawatan ini untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding di kawasan tersebut dan sekiranya menang maka beliau akan diangkat untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Ada juga ura ura yang mengatakan bahawa Khalid akan melepaskan semua jawatannya esok (rabu) dan itu adalah sumber dari dalam ibu pejabat PKR di Tropicana sendiri.

Dan apa yang paling penting adalah, beberapa ADUN PKR dikatakan telah memberikan ugutan kepada pucuk pimpinan parti itu bahawa sekiranya Khalid tidak digugurkan dari menjadi Menteri Besar, maka mereka akan keluar parti beramai ramai.

Adakah ugutan ini akan menjadi igauan ngeri buat kepimpinan PKR? Atau nanti mereka tidak mengambil endah akan perkara itu dan tetap dengan pendirian agar Khalid tidak disingkirkan dari negeri Selangor?

Jawapan kepada soalan tersebut ialah, selama ini (penggal lepas) Khalid hanya diletakkan sebagai Menteri Besar semata mata untuk menunjukkan bahawa mereka sepakat, tetapi ada agenda lain yang sebenarnya bersarang dalam kepala mereka.

Hubungan akrab yang dikatakan seperti adik beradik ini juga sebenarnya adalah retorik semata mata dan ianya hanyalah bersifat sementara waktu dan sekarang kita semua boleh lihat yang ianya sudah retak menanti belah.


Anwar sendiri mempunyai perancangan yang amat rapi tentang perkara ini dimana, pada awalan nya beliau dilantik sebagai penasihat ekonomi kononnya dengan elaun cuma RM 1.

Tetapi dalam masa sama, Anwar dikatakan mempunyai kepentingan dalam beberapa buah syarikat milik kerajaan negeri dan beliau juga yang bersungguh sungguh meminta supaya konsesi air Selangor diambil alih.

Banyak lagi perkara yang cuba dilakukan oleh Anwar di Selangor dan ianya semua kerana kepentingan peribadi dan tidak ada yang memberikan manafaat kepada rakyat.

Seperti contoh, PKR telah mengarahkan ADUN Kajang untuk meletakkan jawatan yang membolehkan pilihanraya kecil berlangsung, bukankah itu satu pembaziran semata mata?

Kos untuk mengadakan pilihanraya kecil bukanlah sedikit dan darimana wang itu hendak diperolehi jika tidak menggunakan wang dari rakyat?

Tapi kenapa semua ini berlaku? Tidak lain dan tidak bukan ianya adalah untuk menuruti tuntutan nafsu serakah Anwar dalam mengaut keuntungan dan yang menjadi mangsanya adalah rakyat Selangor sendiri.


Tiada ulasan: