Selasa, 21 Januari 2014

KENYATAAN MEDIA !!! ZULKIFLI NOORDIN KITAI ANWAR


Saya melihat gelagat terbaru Anwar Ibrahim menuding jari menyalahkan Kerajaan Malaysia atas tindakan Imigeresen Jepun menghalang dia daripada memasuki negara Jepun Ahad lepas.

Pada saya ini satu lagi episod rekayasa Anwar yang kelihatan ketandusan modal politik.

Ini cara rengekan beliau untuk mendapat perhatian, konon masih menjadi mangsa Kerajaan UMNO/BN. 

Saya juga hairan bagaimana Anwar boleh melakukan lawatan ke luar negera dalam keadaan partinya PKR dan Kerajaan PKR Selangor sedang berdepan dengan kemelut politiking melampau melibatkan Tan Sri Khalid Ibrahim & Azmin Ali. 

Anwar adalah Penasihat PKR & juga Penasihat Ekonomi Selangor. 

Kelihatan beliau gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Penasihat.

Kemelut melibatkan perebutan jawatan dalam PKNS sebuah anak syarikat Kerajaan Selangor kini mengorbankan dua penjawat awam iaitu Pengurus Besar (Datuk Osman Omar), Setiausaha PKNS (Puan Norita) sebagai mangsa permainan politik dalam PKR. 

Anwar sebagai Penasihat sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian untuk menyelesaikan kemelut ini. Sebaliknya beliau memilih untuk "makan angin" ke luar negara di Jepun untuk bercakap tentang 'demokrasi', dalam keadaan amalan demokrasi dalam partinya sendiri dan komponen DAP dan PAS kelam kabut dan cacamerba, sehingga mengorbankan dua penjawat awam.

Nasihat saya kepada Anwar, cerminkan diri dulu sebelum nak bercakap tentang orang lain. Jangan jadi seperti ayam jantan berkokok sakan tetapi ekor berderai dengan taik. 

Terima kasih. 

 Zulkifli Bin Noordin Selasa 19 R'Awal 1435 21 Jan 2014

Sent from Samsung Mobile

Tiada ulasan: