Jumaat, 31 Januari 2014

JIKA ANWAR TAK JADI MB !!! APA AKAN JADI ???

Umum sudah mengetahui bahawa Anwar Ibrahim disebut sebagai calon untuk pilihanraya kecil DUN N25 Kajang yang akan diadakan nanti.


Dan rasanya semua pun dah tahu bahawa beliau akan menjadi Menteri Besar sekiranya menang di kawasan tersebut.

Tapi apa akan jadi sekiranya Anwar kalah di Kajang? Adakah Anwar dapat menerima takdir kekalahan beliau dalam pertandingan itu nanti?

Kita beralih dan andaikan pula sekiranya Anwar menang, adakah beliau akan menjadi Menteri Besar dan sekiranya DYMM Sultan Selangor menolak nama beliau sebagai Menteri Besar kerana beliau bukan anak tempatan Selangor bagaimana pula?

Apa yang Sangkakala dapat rasakan ialah, Anwar dan para pengikutnya akan menyalahkan Barisan Nasional khususnya UMNO dan mereka sudah pasti akan mengatakan bahawa DYMM Sultan di hasut oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam perlembagaan undang undang tubuh kerajaan negeri Selangor, ada termaktub bahawa seseorang Menteri Besar haruslah bermastautin di negeri tersebut dan Anwar dengan pantas menukar alamat dalam kad pengenalan beliau kepada alamat di Selangor.

Tapi bagaimana pula dengan pemastautin? Mungkin ramai yang beranggapan bahawa pemastautin itu adalah anak jati, tetapi pada hakikatnya ialah, pemastautin adalah penduduk yng menetap di sesuatu tempat, negeri atau negara.

Tapi dalam kes Anwar, adakah anak anak jati Selangor mahu orang luar dari negeri tersebut menjadi Menteri Besar?

Jawapan tersebut ada dalam tangan masing masing dan kepada pengundi di Kajang, jawapan yang anda fikirkan berada dalam undi anda nanti.



Tiada ulasan: