Khamis, 2 Januari 2014

IBU PESERTA PERTAMA SLOT BERSAMAMU TV3 MENINGGAL DUNIA

Situasi pilu menyelubungi suasana di Flat PPR Seksyen 8 Kota Damansara dengan kematian seorang wanita.

Memang ada banyak kematian berlaku dan ianya berlaku setiap hari tapi kali ini ianya amat berbeza sekali.

Allahyarhamah merupakan ibu kepada peserta pertama yang masuk dalam slot rancangan BERSAMAMU anjuran TV3 beberapa tahun yang lalu.

Makcik Saodah Yahya merupakan pasangan kepada Amirul Zahari yang membela 2 orang anak kurang upaya menghembuskan nafas di hospital Sungai Buloh pagi tadi akibat sakit kecing manis, darah tinggi serta masalah jantung.

Pakcik Amirul Zahari

Yang Berhormat Puan Hajjah Halimaton Saadiah Bohan yang juga merupakan ADUN Kota Damansara turut hadir sama melawat jenazah yang dibawa ke surau PPR Seksyen 8 Kota Damansara.

Yb Halimaton bersama penduduk ziarah jenazah



Gambar diatas adalah gambar yang mana YB Halimaton sedang menenangkan anak kepada Allahyarhamah.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh arwah dan ditempatkan di kalabgan orang yang beriman.


Tiada ulasan: