Khamis, 23 Mac 2017

PAS KAWASAN SUBANG BERKERAT ROTAN DENGAN AZMIN ALI

Rasa agak lama juga Sangkakala tak menulis dalam laman blog, nasib baik tak bersawang, cuma berhabuk sikit je.

Tapi kali ni Sangkakala tertarik pula untuk menulis berhubung dengan pertembungan PAS dengan kerajaan Selangor walaupun masih ada beberapa orang ADUN PAS masih lagi berjawatan sebagai exco kerajaan negeri.

PAS kawasan Subang yang bersidang baru baru ini dikatakan sudah berkerat rotan berpatah arang dengan kebiadaban Azmin Ali selaku Menteri Besar yang mana telah mengeluarkan kenyataan agak menghina kepada Ketua Pemuda PAS Pusat yang juga merupakan anak kepada Allahyarham Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat.

Azmin Ali dalam laman twitter beliau mengatakan bahawa YB Nik Abduh sebagai lebai yang tak mampu memenangi pemilihan parti sebagai Timbalan Yang DiPertua PAS kawasan namun mahu menngajar Pakatan Harapan Selangor.

Tindakan Azmin ini kalau nak dikira memang agak biadab kerana pemilihan PAS rasanya tidak ada kena mengena dengan PKR mahupun Pakatan Harapan di Selangor.

Mungkin Azmin terlupa bahawa semasa pilihanraya umum ke 13, PAS telah menyumbangkan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri yang sekaligus memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan dan wakil dari PKR yang mendapat kerusi kurang daripada PAS diangkat sebagai Menteri Besar.

Tapi tidak menghairankan juga apabila Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor meminta supaya PAS pusat memberikan kebebasan kepada mereka untuk masih bersama dengan Pakatan dan ini ada kemungkinan kerana jawatan exco yang diberikan oleh Azmin kepada wakil wakil PAS negeri Selangor.

Tapi apa yang dilakukan oleh PAS Kawasan Subang jelas menunjukkan bahawa akar umbi PAS Selangor sudah mula muak dengan apa yang dilakukan oleh Pakatan kepada mereka apatah lagi dengan beberapa insiden penghinaan secara terang terangan dibuat oleh pemimpin Pakatan kepada pemimpin PAS pusat.




Tiada ulasan: