Khamis, 23 Januari 2014

UMNO PERLU JAGA HATI AHLI PARTI !!! BUKAN JAGA BADUT !!!

Bagi Sangkakala, tindakan UMNO menarik balik saman terhadap Tian Chua telah melukakan hati sebahagian besar ahli parti.

Seramai lebih dari 3 juta ahli UMNO diseluruh negara berasa marah dengan kenyataan yang dibuat oleh Tian Chua dalam keadilandaily yang mengaitkan UMNO dengan insiden Lahad Datu pada awal tahun lepas.

Walau apa pun alasan yang diberikan dan walau apa pun kenyataan tidak kira kenyataan akhbar atau sebagainya, ianya seolah olah telah mengiyakan bahawa UMNO adalah perancang kepada kejadian berdarah di Lahad Datu.

Kenyataan akhbar yang mengatakan bahawa UMNO sebagai parti Melayu yang mendukung cita cita perpaduan kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara rasanya tidak tepat dan tidak patut digunakan dalam kenyataan akhbar pejabat UMNO Malaysia.


Persoalannya hari ini, adakah Tian Chua itu seorang Melayu atau Islam?

Dan yang menjadi korban di Lahad Datu pula siapa? Dan yang menerima fitnah pula siapa?

Kalau benar seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha  Agung UMNO sedemikian, maka Sangkakala rasa UMNO tidak memerlukan ahli sebab dalam kemarahan ahli tentang kenyataan yang dilakukan oleh Tian Chua, UMNO sekali lagi seperti dipermainkan.

Memang benar, artikel di dalam keadilandaily telah ditarik semula, tetapi fitnah tersebut berlegar berapa lama di alam media?

Dan Tian Chua dengan penuh bangganya mengatakan bahawa beliau tidak meminta maaf kepada sesiapa, cuma meminta keadilandaily mengeluarkan artikel tersebut.


Fitnah itu juga telah memberikan persepsi buruk terhadap UMNO dan secara tidak langsung, ahli ahli UMNO juga menerima tempias disindir, dihina dan dicaci oleh pengikut pakatan pembangkang.

Adakah dengan mengeluarkan artikel yang telah ditindih dengan artikel lain dapat menghilangkan rasa marah ahli UMNO terhadap kenyataan Tian Chua?

Apakah dengan mengeluarkan artikel tersebut maka maruah ahli UMNO khususnya ahli dapat dikembalikan?

Sangkakala pun tak tau setakat mana pemikiran pemimpin yang seringkali dilihat mengambil tindakan sendiri berbanding dengan membuat pertanyaan terlebih dahulu kepada akar umbi.

Fikir fikirkanlah hati dan perasaan ahli, janganlah hanya mengikut fikiran sendiri, sepatutnya peguam UMNO juga lebih berfikitan dalam isu tersebut kerana sudah tentulah beliau lebih bijak dalam menilai perasaan orang lain.

Tapi dalam kes ini, Sangkakala tak nampak kebijaksanaan seorang peguam dalam menangani situasi tersebut.


Tiada ulasan: