Rabu, 8 Januari 2014

LANGKAH PENJIMATAN DIBERIKAN KERAJAAN !!! RAKYAT KENA TAHU TAHAP KEMAMPUAN

Ada seorang sahabat menghantar gambar dibawah kepada Sangkakala melalui sistem pesanan ringkas whatsapp.


Kerajaan dah siapkan pasar pasar tani di seluruh negara dengan kadar harga yang boleh dikatakan murah tapi mempunyai kualiti yang tinggi sama dengan pasaraya.

Tapi kenapa kebanyakan rakyat Malaysia tidak mahu pergi ke Pasar pasar tani dan lebih suka ke pasaraya.

Apa kata kalau seminggu sekali kita pergi ke pasar pasar tani yang disediakan dan membuat pembelian untuk tempoh seminggu, Sangkakala yakin ini akan memberikan penjimatan yang maksimum dalam perbelanjaan.

Adakah taraf hidup mereka telah membuatkan mereka lebih selesa membeli barangan dapur di pasaraya berbanding dengan pasartani?

Penduduk dan rakyat Malaysia perlu sedar, dengan kadar kos sara hidup yang agak tinggi sekarang dan dengan penarikan beberapa subsidi dari kerajaan, kita perlu bijak untuk memilih dimana kita perku ubtuk membeli keperluan dapur dan bukannya merungut sepanjang masa tapi masih lagi membeli barang di tempat tempat mewah atau separuh mewah yang kualiti barangan nya sama dengan tempat tempat lain.

Apa yang Sangkakala perhatikan kini, rakyat Malaysia lebih menjaga status kononnya dengan pergi ke pasaraya besar untuk membeli barang keperluan dan yang membeli di tempat tempat begini kebanyakannya adalah dari golongan pertengahan.

Tapi bagi golongan yang berkemampuan pila, lebih ramai ke pasartani dan mereka ini biasanya akan mengarahkan orang gaji atau maid mereka untuk membeli barang keperluan tersebut dan mereka ini menambah penjimatan untuk barangan keperluan.

Sangkakala cuma nak memberi nasihat, ukur baju badan sendiri, tak mampu kita buat cara tak mampu, Sangkakala pun bukan dikalangan orang kaya, cuma sekadar mengingatkan sesama kita di kalangan rakyat marhaen.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Puiihhh~