Menurut kata Pengerusi MAIS, pihaknya tidak akan tunduk dengan arahan Menteri Besar Selangor tuntutan supaya Bible tersebut dipulangkan semula.
Apa macam Khalid? JAIS mengambil tindakan dengan mengambil kira titah Sultan Selangor yang tidak memberi perkenan kepada mana mana pihak bukan islam untuk menyebarkan Bible versi bahasa Melayu tersebut yang mengandungi perkataan ALLAH.
Sangkakala juga turut dimaklumkan bahawa seramai lebih 300 ribu pesara tentera berdiri di belakang JAIS untuk mempertahankan tindakan Jabatan tersebut.
Agak agak ada tak sesiapa yang berani nak langgar bekas bekas perajurit yang pernah berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air ni?
Kalau nak merasa padah, boleh la cuba cuba nak buat atau akan ada musibah lain pula yang mendatang nanti.
Umum tahu bahawa dalam mahkamah juga telah didengar kes penggunaan kalimah Allah ini dan pihak mahkamah sendiri telah memutuskan bahawa kristian Katolik di semenanjung Malaysia dilarang menggunakan kalimah tersebut.
Ini juga bertepatan dengan enakmen di Welangor 1988 yang memperuntunkkan bahawa terdapat 35 kalimah tidak boleh digunapakai oleh bukan Islam dan ianya termasuklah kalimah Allah.
Kalau dah terang sampai macam tu, takkan tak faham faham lagi agaknya atau sengaja nak cari pasal untuk mencetuskan perbalahan.
Seperti kata Datuk Seri Noh Omar, yang bermasalah bukannya Kristian Katolik tetapi paderi Lawrence Andrew yang merupakan paderi kristian katolik dimana beliau orang yang pertama membangkitkan isu ini di Negeri Selangor.
Rakan blogger Sangkakala juga ada menulis tentang 10 perkara yang dijadikan panduan semasa Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dihadapan DYMM Sultan Selangor yang mana salah satunya adalah menjaga hak orang Nelayu serta agama Islam.
Mungkin Khalid lupa setelah memegang jawatan sebagai Menteri Besar dan sumpah tersebut dibuat bukanlah dari hati yang bersih kerana jika beliau bersungguh sungguh untuk mempertahankan kesucian agama Islam, maka mana mungkin beliau mengeluarkan arahan supaya JAIS mengembalikan Bible yang dirampas.
Rakyat Selangor juga kini tertanya tanya apakah pegangan Khalid yang sebenarnya, adakah beliau mengikuti apa yang termaktub dalam sumpah memegang jawatan sebagai Menteri Besar dihadapab tuanku Sultan?
Ramai dikalangan rakyat Selangor merasa lega dengan sumpah yang dilafazkan oleh Khalid tetapi apabila kejadian ini berlaku ianya menampakkan siapa Khalid yang sebenarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan