Jumaat, 24 Januari 2014

KADIR JASIN BAWA SUARA TUN DAIM !!! BUKAN TUN MAHATHIR

Malam ni baru lah berkesempatan nak buka blog kengkawan Sangkakala,  dan dalam banyak banyak yang Sangkakala baca, artikel APA juga yang Sangkakala rasa menarik untuk diterjemahkan semula.

Tak lain tak bukan isu yang dikeluarkan oleh sahabat Sangkakala ni ialah isu Kadir Jasin.


Baca DISINI..

Memang ada pelbagai andaian selama ni dan dengan kelantangan Kadir Jasin menghentak Perdana Menteri, ramai juga yang menyangkakan bahawa suara Kadir Jasin ni adalah suara Tun Mahathir.

Tapi apa yang sebenarnya berlaku ialah, Tun Mahathir tidak terlibat sebagai bayangan suara Kadir Jasin, dan yang terlibat dilihat ialah Tun Daim.

Seperti kata penulis APA, kenapa baru sekarang Tun Daim turut sama mengkritik kepimpinan Perdana Menteri? Sedangkan selama ini beliau diam seribu bahasa selepas pilihanraya umum yang lalu?

APA juga mengatakan bahawa beliau setuju dengan apa yang dikatakan oleh Tun Daim, tapi macam yang Sangkakala katakan diatas, kenapa baru kini?

Adakah kedua dua orang yang boleh dikatakan sebagai pendesak kerana imbuhan ini hanya akan diam setelah apa yang mereka inginkan tercapai?

Mungkin kekayaan masih belum mencukupi dan kalau sudah berlebihan sekalipun, jawatan pula menjadi sandaran pilihan.

Satu kesilapan apabila ada yang Sangkakala dengar mengatakan bahawa suara Kadir Jasin ini sebenarnya adalah suara Tun Mahathir Walhal nya Tun Mahathir langsung tidak terlibat.

Tapi nampaknya Kadir Jasin berjaya mengelirukan orang dengan menyangkakan bahawa beliau membawa suara Pemimpin hebat seperti Tun Mahathir seperti kata pepatah ibarat menangguk di air keruh.

Bijak sungguh Kadir Jasin yang kini menjadi mesin taip buruk memanipulasi keadaan agar suara beliau dilihat amat kuat pada halnya tidak.



Tiada ulasan: