Jumaat, 24 Januari 2014

EKONOMI JEPUN LUMPUH !!! INI SEMUA SALAH UMNO !!!

Selepas beberapa kerat puak PKR mengadakan demo dihadapan kedutaan Jepun beberapa hari lalu, ekonomi Jepun kini sudah lumpuh sepenuhnya.


Maklumlah, kan PKR kuat kuat belaka pengikutnya hinggakan tak sampai 20 orang yang buat demo habis sudah ekonomi sebuah negara.

Hahaha..itulah kebodohan yang ditunjukkan oleh pengikut PKR yang diketuai oleh Sam Ketot semata mata untuk membela peliwat dalam parti mereka.

Hebat kan? Sampai si Anwar kata dia mengecam tindakan membakar serta memijak kertas lambang bendera Jepun di hadapan kedutaan tapi tidak pula nak meminta maaf bagi pihak pencacai beliau.

Itu le angkuhnya pemimpin PKR yang diagung agungkan ni dan yang pasti sekarang ada dikalangan rakyat Malaysia yang berada di Jepun kini berada dalam keadaan ketakutan sekiranya mereka diapa apakan oleh rakyat Jepun yang marah dengan tindakan tersebut.

Kemarahan pemimpin pemuda PKR tersebut bukanlah menunjukkan seauatu yang baik sebenarnya tetapi ianya membahayakan keselamatan rakyat Malaysia di Jepun.

Sekiranya rakyat Jepun bangkit untuk membuat protes tentang apa yang berlaku baru baru ni, siapa agaknya yang susah? Anwar nak ambil pusing ke permasaalahan tersebut?

Tapi apa nak hairan, sekiranya apa apa yang berlaku pun, sudah pasti mereka akan menyalahkan UMNO dan mereka akan mengatakan bahawa Barisan Nasional tidak menjaga kebajikan rakyat Malaysia di sana.

Sangkakala tak nampak yang Anwar akan bertanggungjawab dengan apa yang berlaku walaupun ianya berpunca dari beliau.

Kalau ini rupa pemimpin yang disanjung oleh pengikut PKR, Sangkakala ucapkan sekalung tahniah kepada mereka kerana berjaya memperjudikan nasib rakyat Malaysia yang berada di negara matahari tersebut.


Tiada ulasan: