Selasa, 14 Januari 2014

HUSAM DAH BUANG TEBIAT AGAKNYA

Tajuk diatas tu je lah yang mampu Sangkakala berikan untuk Naib Presiden PAS si Husam Musa ni.


Boleh pula si gembala kambing Jamnapari ni kata dia bangga kalau orang lain guna nama Tuhan dia, tak ke dah buang tebiat namanya tu?

Dia tak boleh nak kaji ke kalau kalimah Allah digunakan dalam bible apa yang akan terjadi?

Tidakkah keliru anak anak kita dimasa akan datang tentang AlQuran dan juga bible yang menggunakan kalimah yang sama?

Takkan Husam tak mengaji bahawa Allah itu tidak beranak dan tidak diperanakkan?

Sebagai seorang pemimpin parti yang menggelarkan diri sebagai parti Islam, rasanya tak tepat langsung apa yang dikatakan oleh Husam dalam pertemuan beliau dengan pengikut di Putrajaya baru baru ni.

Nampaknya Husam ni bingai kalahkan kambing yang dia kata nak bela dulu ni..

Kalau tidak takkanlah sampai macam tu sekali ayat yang keluar.

Ini ke yang dikatakan orang yang akan membela nasib agama Islam? Tak nampak pun karektor tersebut.



Tiada ulasan: