Nampaknya penat saja Perdana Menteri minta semua pemimpin untuk turun padang memantau harga barang demi memastikan rakyat terbela dan tidak dibebani dengan sikap mengambil kesempatan oleh para peniaga.
Sangkakala diberi tahu bahawa sepatutnya pada malam ini ADUN Kota Damansara ingin membuat pemantauan harga barang di sekitar kawasan Kota Damansara, tapi adalah amat malang apabila kakitangan di Pejabat KPDNKK daerah Petaling tidak memberikan respon kepada permintaan supaya dihantar beberapa orang pegawai untuk membantu dalam pemantauan tersebut.
Kalau ini le kisahnya, Sangkakala rasa tidak menjadi kesalahan bagi pihak pemimpin tersebut khususnya wakil wakil rakyat kerana mereka berhasrat untuk memberikan khidmat agar rakyat tidak tertindas oleh sesetengah peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Tapi pelik juga Sangkakala dengan KPDNKK ni sebab, kalau yang nak pergi tu bertaraf Menteri, sudah pasti mereka akan datang berlari tercungap cungap.
Kenapa macam tu? Nak tunjuk pada Menteri atau kepimpinan peringkat tertinggi negeri bahawa mereka manjalankan tugas (KONONNYA), tapi kalau bukan bertaraf Menteri buat endah tak endah.
Hallo KPDNKK, ingat sikit, sepatutnya bila mana mana pemimpin tak kira la Menteri ke bukan Menteri kena la bagi kerjasama sebaik mungkin bukannya bila di telefon akan mengatakan kami akan telefon semula dan akhirnya senyap begitu sahaja.
Yang kena marah oleh rakyat adalah pemimpin kononnya tak turun padang melihat permasaalahan mereka dalam isu harga barang, tapi yang sebenarnya pihak Kementerian sendiri yang gagal memberikan kerjasama kepada pemimpin tersebut.
Rakyat hanya tahu menyalahkan pemimpin sedangkan permasaalahan begini selalu dihadapi oleh pemimpin iaitu kerjasama tidak diberikan oleh sesetengah Kementerian atau Jabatan.
4 ulasan:
Pecat je kakitangan dan pegawainya. Kalau time minta bonus atau naik gaji laju rajinnya. Kakitangan kerajaan macam ni tak guna simpan.
Ini lah akibatnya jika ada petualang dlm kakitangan kerajaan sendiri..
orang keja kerajaan memang malas(segelintir)~tau nk makan gaji buta~dasar otak kangkung memang kangkung jugak la jadinye~phuiihh
Kangkung dah turun kenapa x puji kerajaan?ko kne bersyukur malaysia ni ditakbir oleh kerajaan kangkung yg suke pelangkung rakyat~cinabeng~keling pariah~melayu kangkung
Catat Ulasan