Selasa, 28 Januari 2014

DEBAT !!! @khalidsamad RISAU KENA KITAI DENGAN @nohomar

Hari ni sepatutnya diadakan debat diantara Datuk Seri Noh Omar dengan Khalid Samad di auditorium karangkraf Shah Alam.

Tapi semalam pihak Sinar telah membatalkan debat tersebut dan perkara ini telah diberitahu pada saat akhir.

Semalam juga para pengikut pakatan pembangkang telah membuat sebaran bahawa Noh Omar telah membatalkan debat tersebut dan mengatakan bahawa Datuk Seri Noh Omar sebagai seorang yang bacul.

Tapi pada hakikatnya, Datuk Seri Noh hari ini tampil dihadapan pintu masuk karangkraf bersama sama dengan para penyokong beliau.



Datuk Seri Noh sendiri telah melakukan rundingan serta mengajukan soalan kepada pengurusan Sinar Harian dan mengikut kata daripada Ketua Pegawai Eksekutif akhbar tersebut, ianya dibatalkan atas dasar keselamatan dan dengan mengambil kira dari beberapa nasihat supaya debat tersebut dibatalkan.

Agak kelakar pulak Sangkakala dengar debat boleh menggangu keselamatan, bukannya nak buat diluar, tapi nak buat didalam dewan.

Ada sorang rakan Sangkakala mengatakan bahawa debat tersebut sebenarnya telah diminta supaya dibatalkan oleh pihak pakatan ekoran dari kenyataan Mursyidul Am PAS yang mengatakan bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh orang beragama Islam.

Dan sebab itu juga mereka mminta supaya debat tersebut dibatalkan sebab takut Khalid kena kitai dengan Noh Omar.

Jadi disini Sangkakala beranggapan ianya tidak mustahil sebab sebelum Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut, Khalid juga yang menyahut cabaran dari Noh Omar.

Walaupun begitu, hari ini ramai dikalangan pengikut pakatan mengatakan bahawa Noh Omar yang takut untuk berhadapan dengan Khalid sedangkan petang tadi lebih kurang jam 2.30 petang Noh Omar telah pergi ke kompleks Karangkraf untuk bertanya kenapa ianya dibatalkan sedangkan Khalid hilang entah kemana.

Jadi siapa yang BACUL sekarang ni? Khalid atau Noh Omar? Jangan pandai pandai la nak buat spekulasi mengalihkan isu supaya nampak pemimpin korang tu hebat sangat.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan noh yg.kitai khalid apa yg akan berlaku khalid yg akan kitai noh.
Aku tak yakin yg noh ni boleh kitai siapa2.
Tengok aja prestasi umno dibawah noh. Tak da yg boleh dibanggakan.