Lima wakil rakyat dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang dirujuk ke Jawatan Kuasa Disiplin parti sebenarnya telah hilang kepercayaan terhadap presiden parti iaitu Tan Sri William Mawan yang di katakan gagaluntuk menambah baik reputasi parti tersebut.
Ini berikutan SPDP kehilangan beberapa kerusi DUN yang selama ini menjadi kubu kuat parti telah jatuh ke tangan pembangkang akibat dari kesilapan pemilihan calon yang dilakukan oleh presiden parti.
kelima-lima mereka ialah Naib Presiden kanan parti tersebut iaitu Datuk Peter Nansian Ngusie dari DUN Tasik Biru, Naib Presiden, Datuk Sylvester Entri Murandari DUN Marudi, Naib Presiden Datuk Dr Tiki Lafe dari Parlimen Mas Gading, Ahli Majlis Tertinggi, Rosey Yunus dari DUN Bekenu dan Paulus Palu Gumbang dari DUN Batu Danau.
kelima-lima mereka ialah Naib Presiden kanan parti tersebut iaitu Datuk Peter Nansian Ngusie dari DUN Tasik Biru, Naib Presiden, Datuk Sylvester Entri Murandari DUN Marudi, Naib Presiden Datuk Dr Tiki Lafe dari Parlimen Mas Gading, Ahli Majlis Tertinggi, Rosey Yunus dari DUN Bekenu dan Paulus Palu Gumbang dari DUN Batu Danau.
Kelima-lima mereka dikatakan gagal menghadirkan diri dalam mesyuarat jawatankuasa Partiyang membolehkan mereka dipecat dari parti.
Bagi penulis pula, Presiden SPDP perlu melakukan yang terbaik bagi membaik pulih serta menaik taraf kedudukan parti SPDP, apatah lagi setelah Naib-Naib presiden dan ahli majlis tertinggi sudah hilang kepercayaan kepada beliau.
Dalam keadaan seperti sekarang ini adalah lebih baik presiden SPDP mengunudurkan diri dari pada memecat 5 orang yang nampaknya cuba membawa pembaharuan terhadap parti tersebut. Bukan dengan cara memecat mereka tambahan pula ada diantara mereka yang menjadi Menteri Muda Sarawak. Ini bermakna Pehin Seri Taib Mahmud sendiri mempercayai kewibawaan mereka dalam meneraju pemerintahan negeri.
Adakah Presiden SPDP cuba menempelak Pehin Seri dengan cara sebegini?
Penulis juga mendapat maklumat bahawa kelima-lima mereka ini telah menghulurkan salam perdamaian tetapi mungkin tidak diterima oleh Presiden SPDP atas sebab keegoan beliau dalam menerajui SPDP.
Bagi penulis, jika untuk kebaikan kelima-lima mereka langsung tidak bersalah kerana mereka hanya berjuang untuk kebaikan dan kepentingan parti.
Jadi kepada Presiden SPDP, jika kepercayaan sudah tidak diperolehi, inilah masa untuk mengundur diri sebelum masalah lebih besar yang akan melenyapkan kedudukan SPDP di Sarawak pada masa akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan