Ahad, 1 April 2012

PAKATAN HARAM TIDAK SUKA DENGAN PEMBANGUNAN NEGARA

Anwar Ibrahim yang menjadi peneraju Pakatan Haram telah menunjukkan bahawa pakatan itu memang tidak suka dengan pembangunan negara. Perkara ini secara jelas dapat dilihat dengan kenyataan yang di buat oleh beliau semasa mengadakan dialog bersama profesional muda di Putrajaya semalam. Klik disini.

Dalam kenyataan tersebut Anwar menyatakan bahawa perbelanjaan untuk meningkatkan imej negara di mata dunia adalah satu pembaziran. Jika ianya satu pembaziran bagaimana negara dapat meningkatkan taraf pendapatan sekiranya negara ini tidak di dedahkan kepada negara luar atau dengan kata lainnya kita tidak mempromosikan negara ini di mata dunia.

Perkataan pembaziran ini juga jelas menunjukkan bahawa Pakatan Haram tidak akan mempromosikan negara ini ke persada antarabangsa dan sudah pastinya jika Pakatan Haram memerintah negara ini makin tenggelan dari perhatian pelabur-pelabur asing yang banyak mendatangkan keuntungan kepada rakyat serta negara.

Anwar berkata pendapatan negara sebanyak 150 billion dapat membiayai pinjaman PTPTN dan ianya dapat diselesaikan selama 3 tahun.

Sangkakala pula berpendapat bahawa, pinjaman PTPTN adalah salah satu cara mendisiplinkan pelajar yang belajar menggunakan pinjaman tabung tersebut, ini kerana setiap pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tidak perlu membayar semula pinjaman dari tabung pelajaran tersebut.

Jika kita lihat, sekiranya pelajar-pelajar ini tidak lagi perlu untuk membayar pinjaman, maka akan adalah nanti pinjaman yang digunakan untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah dan bukannya dikhususkan untuk pembelajaran seperti yang sepatutnya. Dan untuk generasi yang akan datang pula sudah tentu mengalami kesulitan dalam mendapatkan pembiayaan.

Anwar membangkitkan isu pendapatan negara sebanyak 150 billion dan mempertikaikan pendapatan tersebut perlu diberi semula kepada rakyat. Cuba kita lihat dan fikirkan sejenak, kerajaan telah membelanjakan hasil pendapatan ini dengan cara memberi subsidi sebanyak 18 billion kepada rakyat bagi membiayai bahan api seperti petrol, diesel, gas memasak dan bahan makanan.

bagaimana pula dengan sektor kesihatan? Sangkakala mengambil pandangan bahawa dengan kelahiran setiap bayi di negara ini yang lahir di hospital kerajaan, subsidi perubatan untuk kelahiran sahaja sudah membelanjakan lebih dari seribu ringgit bagi setiap kelahiran dan jika 500 kelahiran setiap hari di hospital seluruh negara, maka lebih dari 500 ribu di berikan subsidi setiap hari.

Itu belum lagi termasuk gaji penjawat awan di seluruh negara, belum gaji pasukan keselamatan, belum lagi bonus dan elaun yang diberikan kepada mereka.

Isu PTPTN ini sebenarnya hanyalah satu isu dimana Pakatan Haram sengaja bangkitkan untuk mengelirukan rakyat di seluruh negara demi untuk mendapatkan kuasa memerintah.

Jika benar Pakatan Haram memperjuangkan penerima pinjaman ini, kenapa di Selangor bayaran yuran bagi UNISEL tidak dimansuhkan secara menyeluruh? Kenapa bayaran untuk kolej-kolej swasta masih perlu dibiayai oleh pelajar sendiri?

Sangkakal berharap kepada adik-adik yang masih belajar, kita perlu juga memikirkan bahawa PTPTN adalah salah satu cara untuk memudahkan kita belajar dan janganlah kemudahan ini hanya kita gunakan untuk diri kita sendiri, fikirkan juga untuk adik-adik kita yang akan datang.

Pakatan Haram hanya akan menjanjikan perkara yang manis-manis sebagai halwa telinga untuk menjayakan apa yang mereka mahu iaitu memrintah,  dan setelah mereka dapat apa yang mereka nak, sudah pastinya semua janji-janji tersebut akan bertukar.

Khamis, 29 Mac 2012

KEJAMNYA MB SELANGOR PADA BELIA

Sangkakala baru dimaklumkan oleh seorang sahabat tentang perkara ini. Pada Sangkakala ini adalah kekejaman yang cukup kuat dilakukan oleh kerajaan Pakatan Haram di Selangor terhadap para belia.

Ikuti kenyataan akhbar oleh Majlis Belia Selangor di bawah ini.

MAJLIS BELIA SELANGOR
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Off Persiaran Kayangan
Seksyen 7,40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03 55105410

MBS/KA/16/2/12(001)
29hb Mac 2012

KENYATAAN MEDIA


ISU KENAIKAN KADAR SEWA KOMPLEKS BELIA SELANGOR KEPADA MBS

1) Majlis Belia Selangor (MBS) yang mewakilli semua persatuan belia di negeri Selangor kesal dan kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor di bawah syarikat milik Menteri Besar Selangor (Perbadanan) iaitu MSNS HOLDINGS SDN BHD yang mengenakan kadar sewa yang begitu tinggi kepada MBS untuk menyewa dan menjalankan aktiviti di Kompleks Belia.

2) Tersergam indah di seksyen 7 Shah Alam, Bangunan Kompleks Belia ini telah dibina pada tahun 2001 oleh Kerajaan Negeri ketika itu. Bangunan serta dewan besar Raja Muda Musa telah terbina atas dasar keperihatinan, pengiktirafan dan wawasan pemerintahan kerajaan negeri akan peranan persatuan-persatuan belia di dalam negeri Selangor. Menjunjung Merapat sembah, sukacita kami maklumkan, penaung kami ialah DYTM Raja Muda Selangor Darul Ehsan, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu melihat aktiviti belia di negeri ini digerakkan secara aktif dengan terbinannya kompleks ini.


3) MBS telah menghuni bangunan kompleks ini dari awal tahun 2001 sehinggalah sekarang. Sebelum tahun 2008, MBS beroperasi di lantai empat dan lima tanpa dikenakan sebarang bayaran sewaan. Akan tetapi setelah kepimpinan kerajaan negeri beralih kuasa, untuk pertama kalinya pihak pengurusan bangunan yang di bawah penyeliaan Setiausaha Kerajaan Negeri telah mula mengenakan sewaan kepada kami dengan kadar RM1,977 sebulan termasuk elektrik dan air pada Januari 2011 untuk searas tingkat. Tanpa belas kasihan, pihak pengurusan seakan memekakkan telinga mereka menolak rayuan kami agar tidak dikenakan sewa bulanan. Dengan rasa pilu kami terpaksa merela dan melepaskan penggunaan tingkat aras 4 kerana tidak mampu membayar sewa yang dikenakan dan hanya beroperasi di aras 5 sahaja.

4) Sekali lagi kami dikejutkan apabila syarikat pengurusan sekali lagi pada awal 2012 telah menaikkan sewa kepada RM5,280 + RM900 (penggunaan elektrik, air dan sinking fund) dan deposit sebanyak RM10,560 (sewa 2 bulan) yang ditetapkan. MBS adalah persatuan belia, bukan syarikat perniagaan. Daripada mana kami hendak mendapatkan sewa sedangkan kami sendiri tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap.


5) Seperti sudah jatuh ditimpa tangga, kami teraniaya. Slogan Selangor Negeri Kebajikan dan perutusan "Tabung Warisan Anak Selangor" atau TAWAS oleh Menteri Besar Selangor, "Saya dan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor terus berusaha mengutamakan kebajikan dan kualiti hidup rakyat Negeri Selangor tanpa mengira keturunan, bangsa, agama mahupun dukungan politik", hanyalah retorik untuk meraih sokongan rakyat.


6) MBS dianak tirikan oleh kerajaan negeri. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku. Persoalannya sekarang mengapakah Kerajaan Negeri masih menutup telinga dan tidak mendengar permasalahan kami. Sudah terlalu banyak permohonan pengurangan berkenaan sewaan kami ajukan kepada pihak pengurusan tetapi tidak diendahkan.


7) Sejak dari tahun 2008, kerajaan negeri tidak pernah satu sen pun menghulurkan bantuan kewangan kepada MBS mahupun kepada persatuan-persatuan belia di bawah payung MBS. Mengapakah peruntukan kewangan hanya diagihkan kepada pengerak belia tempatan (PeBT), Rakan Muda PBT dan Generasi Idaman Selangor (GeMS)? Di manakan ketulusan dan keikhlasan kerajaan negeri memegang amanah yang suatu masa dahulu melaungkan, "Mewujudkan kerajaan beramanah, adil, bersih dan berkebajikan"?

8) Jika kerajaan negeri betul-betul serius mahu melestarikan persatuan-persatuan belia dan belia di Selangor khususnya, mereka tidak akan mengenakan kos sewa yang tinggi kepada MBS untuk menyewa di bangunan ini dan menggunakan prasarana yang dibina untuk kemudahan belia di negeri ini. Justeru kami mendesak kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mempertimbangkan semua kadar sewa tersebut. Atau tukar sahaja nama kompleks ini kepada kompleks perniagaan jika kerajaan negeri benar-benar mahu memikirkan keuntungan daripada memikirkan aktiviti belia di negeri ini digerakkan.

Badrul Hisham Badrudin
Timbalan Presiden

RAFIZI RAMLI AMBIL ALIH NFC

Menteri Pertanian baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa projek ternakan lembu negara akan ditender kepada kontraktor-kontraktor yang berminat untuk melaksana serta meneruskan projek tersebut.

Semalam pula dalam portal Malaysia kini tertulis mengatakan bahawa PKR tidak bersetuju dengan tindakan itu.

Kenyataan ini dibuat oleh pengarah strategi PKR- Rafizi Ramli yang mendakwa bahawa kerajaan cuba untuk menutup kes tersebut.

Untuk makluman, NFCorp juga dilantik oleh kerajaan bagi menjalankan projek tersebut dengan pinjaman yang diluluskan sebanyak RM 250 juta.

Ini bermakna projek tersebut perlu diteruskan dengan cara memberi tender kepada syarikat-syarikat lain yang berminat.

Sangkakala berpendapat begini sebagai contoh, jika projek sebuah jambatan tidak dapat dilaksanakan oleh kontraktor pertama yang diberi tender dan syarikat tersebut gagal untuk melaksanakannya, maka syarikat lain boleh dilantik untuk meneruskan projek tersebut dan yang pasti kontraktor pertama sudah tentu akan diambil tindakan.

Projek NFC dikatakan gagal dibawah seliaan NFCorp dan kerana kegagalan yang diperkatakan ini maka syarikat lain perlu dilantik untuk meneruskan projek tersebut demi untuk memastikan bekalan daging mencukupi dalam negara, kerana itu adalah rancangan kerajaan pada awalnya.

Jadi tindakan PKR yang mengatakan behawa kerajaan cuba menutup salah itu dan ini adalah tidak berasas sama sekali.

PKR nampaknya lebih suka jika bekalan daging berkurangan dan kos untuk membekalkan daging kepada rakyat akan meningkat dan ini sudah pastinya akan menyusahkan rakyat.

Atau Rafizi cuba menghalang daripada projek ini terlepas ketangan orang lain dengan harapan dia akan dapat projek yang boleh menjana pendapatan dengan nilai jutaan ringgi tersebut.



Pssttt..masuk tender bro..

Rabu, 28 Mac 2012

AZMIN MASIH BERDIAM DIRI

Apa bila di sanggah oleh Datuk Hasan Ali baru-baru ini, Azmin Ali masih mendiamkan diri berhubung persoalan yang diajukan.

Azmin yang baru-baru ini mengatakan bahawa Hasan Ali menggunakan wang kerajaan negeri hingga mencecah lebih RM 300 ribu dalam Dewan Undangan Negeri kini hilang punca oleh soalan bertubi-tubi dari pada Hasan Ali.

Hasan yang mungkin naik berang dengan tuduhan Azmin dan tuduhan itu dinafikan oleh Menteri Besar dengan mengatakan bahawa semua kos membabitkan pengubahsuaian pejabat Hasan Ali di adalah dalam pengetahuan dan kelulusan pejabat Menteri Besar.

Hasan kemudiannya membuat pertanyaan tentang saham yang dimiliki oleh Azmin serta isteri beliau yang mencecah nilai jutaan ringgit diperolehi dari sumber mana?

Hasan membuat pertanyaan setelah beliau mengetahui Azmin serta isteri mempunyai saham bernilai lebih 10 juta ringgit semasa beliau (Azmin) menjadi setiausaha sulit kepada Anwar Ibrahim yang menjadi Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu.

Azmin juga didesak untuk menjawab soalan bahawa isteri beliau dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Anwar Ibrahim dan meminta supaya ujian DNA dilakukan keatas anak Azmin bagi mengesahkan siapa bapa kandung sebenar remaja tersebut.

Soalan-soalan maut yang dikemukakan oleh Hasan kali ini nampaknya membuatkan Azmin dan Shamsidar (isteri azmin) tak lena tidur malam.

Nampaknya Azmin dah jolok sarang tebuan, habis bengkak tapi bukan badan yang bengkak adalah hati Azmin, mungkin lepas ni Azmin akan mengemukakan saman terhadap Hasan kerana mendedahkan perkara yang selama ini hanya menjadi bayangan terhadap perilaku Azmin.



Psstt..mampos azmin kali ni,, jawab jangan tak jawab..

Selasa, 27 Mac 2012

KENYATAAN ORANG ASLI KELANTAN BUKTI KERAJAAN PAS GAGAL

Kenyataan seorang wakil orang Asli di Lobi Parlimen hari ini membuktikan bahawa kerajaan PAS di kelantan gagal dalam melaksanakan apa yang diperlukan oleh rakyat dari kaum tersebut.

Dalam kenyataan wakil orang asli Kelantan Ajom Alang, beliau mengatakan bahawa kerajaan Kelantan cuba untuk memberikan tanah kepada mereka sedangkan selama Barisan Nasional memerintah negeri tersebut tidak terlaksana.

Sangkakala ingin bertanya, adakah kerajaan PAS di Kelantan baru berusia 5 tahun? Kerajaan PAS sudah memerintah Kelantan lebih dari 20 tahun dan dalam kenyataan tersebut kerajaan PAS masih lagi mencuba, sedangkan kuasa untuk meluluskan tanah adalah dibawah kuasa Menteri Besar Kelantan sendiri. ianya tidak melibatkan kerajaan Pusat dalam pemberian tersebut.

Sangkakala juga merasakan sesuatu apabila hanya 10 orang yang hadir bagi mewakili kaum Asli tersebut dan mereka mendakwa bahawa mereka adalah wakil masyarakat Asli di Kelantan, adakah semua orang Asli tahu akan kehadiran atau pemergian 'wakil' mereka ini ke Parlimen?

Sedangkan sebelum ini, ramai dikalangan orang asli melaporkan bahawa tanah mereka diceroboh dan dirampas oleh kerajaan PAS dan Ladang Rakyat yang dijanjikan kepada mereka hanya tinggal janji.

Baru-baru ini juga ada perkhabaran bahawa ada keluarga yang terpaksa hidup dalam keadaan daif sedangkan mereka telah dijanjikan untuk diberi tanah dalam skim ladang rakyat yang diilhamkan oleh PAS di negeri tersebut.

Agaknya PAS telah menggula-gulakan sekumpulan kecil masyarakat asli ini dengan cara membawa mereka ke parlimen dan meminta mereka mengeluarkan kenyataan sebegitu walaupun pada hakikatnya mereka teraniaya.

Isnin, 26 Mac 2012

KENYATAAN MEDIA GAPS

Dong Zong wajar bertanggungjawab bila Dato Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran ditumbuk dalam perhimpunan pertubuhan pendidikan cina itu di Kajang kelmarin. Memperlakukan sedemikian rupa, bukan contoh yang baik dalam sebuah negara demokratik yang merdeka seperti Malaysia.

Hasrat Dong Zong untuk menjadi pertubuhan pendidikan ekstreme cina dinegara ini tidak akan mencapai apa-apa matlamat kecuali menjadikan bangsa melayu dan india lebih berwaspada dengan corak politik dunia pendidikan Dong Zong yang semakin buas sekarang.

Rentak perang yang dimainkan menjelang pilihanraya membawa maksud yang pelbagai yang kadang-kadang tidak menguntung bangsa cina keseluruhannya dinegara ini.

Bayangkan jika hanya guru melayu mengajar di SK, hanya guru India mengajar di SJKT. Munasabahkah, wajarkah, adilkah guru berbangsa melayu dan india yang mengajar di SJKC dihumban keluar semata-mata kerana perbedaan warna kulit?

Dong Zong juga dilihat mahu mendekatkan sistem pendidikan negara ini menghampiri sistem aparthied yang telah buat sekian lamanya ditolak oleh semua bangsa didunia ini.

Jurang pendidikan yang semakin melebar antara golongan rakyat tentunya tidak menyumbang kepada negara yang aman, stabil dan makmur.

Kaum cina wajar mencari pendekatan yang lebih lunak dalam masyarakat yang berbilang ras dan keturunan dinegara ini. Selamatkan negara ini dari arus ekstreme Dong Zong dalam dunia pendidikan.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

26 Mac 2012

Ahad, 25 Mac 2012

HEBAT KERAJAAN PULAU PINANG MAIN DUIT


SMART TUNNEL
 Hari ini Sangkakala dikejutkan dengan berita yang disampaikan oleh rakan tentang satu projek pembinaan jalan di Pulau Pinang, kalau nak diikutkan ianya bukanlah sehebat mana sekali pun, cuma jalan biasa yang tidak lebih dari mana-mana jalan lain.

Apa yang membuatkan Sangkakala terangkat daripada tempat duduk dan hampir jatuh juga terduduk ialah harga pembinaan jalan tersebut yang pada Sangkakala ianya mungkin dibuat menggunakan bahan yang paling bermutu seperti pasir silika, batu mar-mar dan dan diturap dengan batu granite bermutu tinggi.

Terowong SMART atau pun Terowong PINTAR yang membolehkan ianya digunakan untuk menjadi laluan kenderaan dan laluan air ketika hujan lebat pun tidak menggunakan kos yang sebegitu tinggi. ini baru jalan biasa dah melampau-lampau punya harga.

Terowong SMART hanya menelan belanja sebanyak RM 1.9 billion tetapi jalan yang diperkatakan ini menelan belanja RM 4 billion yang boleh mencapai hingga RM 500 juta untuk satu kilometer. Wah!! kaya betul kerajaan Pulau Pinang atau nak kayakan kontraktor yang dilantik supaya duit tu boleh diserahkan kembali kepada kerajaan negeri bagi menampung kos perbelanjaan untuk pilihanraya nanti?

Ini semua adalah hadiah dari Lim Guan Eng kepada rakyat Pulau Pinang yang menyokong DAP hingga menang dalam PRU12 yang lepas. nah sekarang macam mana? Ada lagi ke perasaan untuk bagi pada Lim bagi menerajui negeri Pulau Pinang bagi tempoh 4 ke 5 tahun akan datang? Tepuk dada tanya selera, selera Guan Eng nampaknya memang besar. 2 hari sudah tanah wakaf surau dan masjid, hari ini jalan yang diturap dengan tembaga, esok lusa apa lagi agaknya.

Apa-apa pun tahniah bagi warga Pulau Pinang, dapat jalan yang berharga ratusan juta ringgit bagi setiap kilometer, diharap jalan tu nanti jiak berlaku kemalangan boleh terus bawa mangsa ke hospital.




pssttt..Lim!! wa mau bikin satu kilometer boleh ka? nanti wa kasi lu sikit maa...

DONG ZONG SILAP BESAR

Perhimpunan 325 anjuran kumpulan pendidikan Cina Dong Zong melakukan satu kesilapan besar kerana tidak berpuas hati dengan kekurangan guru berpendidikan Cina.

Adakah perkara sebegini juga kerajaan perlu disalahkan? Sedangkan kerajaan telah memberikan kemudahan seperti sekolah rendah jenis kebangsaan cina (srjkc) di setiap pelusuk negara.

Kumpulan ini sepatutnya melihat sejauh mana kecenderungan kaum cina dalam menjadi guru di sekolah? Bukan mengatakan rasa tidak puas hati dengan kekurangan guru-guru berpendidikan cina di dalam negara.

Kerajaan tidak berhak untuk menentukan kemana hala tuju pelajar apabila mereka tamat pengajian, sama ada menjadi guru, kerani, pegawai kerajaan atau swasta, itu semua adalah hak pelajar selepas menamatkan pengajian mereka.

Kumpulan ini juga mendakwa bahawa timbalan menteri pendidikan yang juga merupakan ketua pemuda MCA- Datuk Wee Ka Siong gagal untuk melaksanakan tugas juga adalah salah.

Apa Wee boleh buat kalau kaum cina sendiri tidak ada yang mahu menjadi guru dan kalau ada pun ianya hanyalah dalam jumlah yang amat sedikit.

Sangkakala lihat kumpulan ini hanyalah sebagai kumpulan retorik yang cuba menyalahkan kerajaan dalam isu pendidikan kaum cina.

Kebanyakan anak atau pelajar-pelajat cina lebih cenderung ke arah perniagaan dari berkecimpung dalam dunia pendidikan. Ini kerana keluarga kaum cina lebih banyak menjadi peniaga dari berkerja di sektor awam.

Lepas ni kumpulan Dong Zong perlu menekankan masyarakat cina untuk menjadi pendidik dan bukan hanya menjadi pak turut kepada pembangkang dan Sangkakala juga nasihatkan Dong Zong supaya tidak menjadi agen Pakatan Rakyat.

AZMIN ALI VS KHALID IBRAHIM

Baru-baru ini Azmin Ali mendedahkan bahawa bekas EXCO kerajaan kerajaan negeri yang dipecat, Datuk Dr Hasan Ali telah menggunakan wang kerajaan sebanyak RM 300 ribu bagi mengubah suai pejabat beliau dan itu adalah satu pembaziran yang dilakukan oleh bekas EXCO tersebut. Azmin juga mengatakan bahawa wang tersebut lebih baik diberikan kepada rakyat dari pada ianya dibazirkan sedemikian. Beliau (Azmin) juga mempertikaikan tentang tender yang diberi kepada kontraktor pengubahsuaian tersebut dimana beliau mendakwa bahawa ianya tidak mengikut prosedur yang betul.

Hari ini pula, didalam MalaysiaKini, Menteri Besar Selangor mengatakan bahawa kontrak pengubahsuaian bilik pejabat bekas ECXO itu dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan dan ianya tidak menjadi kesalahan dan tindakan tidak akan di ambil terhadap Hasan Ali.

Persoalannya, adakah Azmin sengaja untuk memerangkap Hasan atau Azmin ingin menunjukkan bahawa pentadbiran Khalid selaku Menteri Besar tidak telus? Ini menjadi tanda tanya di dalam pemikiran Sangkakala kerana kedua-dua pemimpin ini adalah dari parti yang sama dan tidak mungkin sama sekali ianya diluar pengetahuan kerana penasihat ekonomi kerajaan negeri adalah Ketua Umum parti mereka berdua.

Kepincangan dalam pentadbiran ini sudah dapat dilihat dan ianya kini menjadi tanda tanya, jika perkara sebegini boleh terlepas pandang oleh Azmin, ini bermakna ianya mungkin akan terjadi kepada rakyat dalam bentuk memberikan ketelusan dalam pemerintahan.

NALLAKARUPAN CABAR ANWAR

Senator Datuk S Nallakarupan yang juga merupakan bekas rakan baik kepada ketua pembangkang- Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mencabar Anwar untuk menyaman beliau dengan kadar segera di mahkamah.

Ini berikutan notis guaman yang dihantar oleh Anwar Ibrahim kepada beliau supaya beliau memohon maaf kepada Anwar kerana Nalla pernah mendedahkan bahawa Anwar adalah seorang biseksual dan notis tersebut tidak diendahkan atau dipedulikan oleh Nalla. Sebaliknya Nalla mencabar Anwar supaya membawa kes tersebut ke mahkamah dengan kadar segera.

Bercakap di dalam sidang media di ibu pejabat PERKASA di Kuala Lumpur semalam, Nalla berkata beliau sedia untuk berjumpa dengan Anwar Ibrahim dan juga bersedia mendedahkan lebih banyak perilaku sumbang Anwar.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Senator Ezam Mohd Nor yang merupakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, bekas Setiausaha Peribadi Anwar- Anuar Shaari dan ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali, Keempat-empat mereka berikrar akan menjatuhkan Ketua Umum PKR tersebut.

Ketika ditanya kepada Ummi Hafilda pula, beliau berkata akan ada lebih banyak bukti yang akan dikeluarkan menjelang pilihanraya ini dan diantara buti tersebut ialah gambar dimana gambar tersebut didakwa mempunyai bukti terhadap hubungan Anwar dengan wanita yang bergelar Shamsidar.

KERAJAAN SELANGOR PERLU KEMBALIKAN WANG RAKYAT





Pakatan Rakyat selalu mendendangkan kata-kata pulangkan hak rakyat kepada rakyat, dan ini menjadi menifesto mereka dengan mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional bertindak dengan tidak bertimbang rasa dan membebankan rakyat.

Mereka juga acap kali mengatakan bahawa wang yang digunakan oleh kerajaan itu adalah wang rakyat. Sebagai seorang rakyat pula, apa pengorbanan kita kepada tanah air ini? Tidak kira dari apa kaum dan agama sekalipun.

Kita yang sebenarnya tidak menyumbangkan apa-apa kepada negara ini, dan cuba kita fikirkan kembali apa sumbangan yang kita berikan kepada negara hingga Pakatan Rakyat mengatakan kerajaan mesti mengembalikan wang rakyat kepada rakyat.

Mungkin dalam konteks ini, Pakatan Rakyat megatakan bahawa setiap cukai itu adalah wang rakyat yang digunakan oleh kerajaan dan ianya mestilah dipulangkan kepada rakyat, Sangkakala kurang bersetuju dengan pendekatan yang digunakan oleh Pakatan ini. Mungkin ada sesetengah pembaca mengatakan Sangkakala berkata begitu kerana Sangkakala adalah penyokong tegar kerajaan.

Dalam artikel Sangkakala pada kali ini, Sangkakala ingin mengajak semua pembaca berfikir sejenak tentang apa yang diberikan oleh kerajaan dengan apa yang kita sumbangkan untuk negara.

Jika kita mengatakan bahawa cukai kerajaan itu adalah wang rakyat dan kerajaan harus memulangkannya semula, apa pula pendapatan kerajaan untuk memberikan segala macam subsidi serta bantuan  dan pembangunan dalam negara? Sudah pastinya kerajaan tidak mempunyai pendapatan kerana kerajaan itu didokong oleh rakyatnya.

Sebuah negara adalah diibaratkan sebagai sebuah syarikat, pemilik syarikat ini adalah rakyat, jika pemilik sebuah syarikat tidak mengeluarkan modal untuk membangunkan syarikat tersebut, mana mungkin syarikat itu akan berkembang maju, dan jika pemilik syarikat tidak mengeluarkan modal maka pemilik tersebut perlu membuat pinjaman dan seterusnya ia akan menjadi beban kepada pemilik. itu adalah contoh yang Sangkakala berikan bagi sebuah negara.

Kita berbalik kepada cukai yang Sangkakala sebutkan tadi, jika ianya dikatakan wang rakyat yang perlu dikembalikan, lebih baik ianya tidak dikutip dan setiap rakyat tidak perlu membayar cukai kepada kerajaan, dalam konteks ini pula, Sangkakala mencadangkan agar kerajaan-kerajaan negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat supaya melupuskan segala bentuk cukai kepada rakyat dalam negeri mereka dan kita boleh lihat apa yang akan terjadi. Sebagai contoh, Sangkakala mencabar kerajaan negeri Selangor untuk memansuhkan bayaran cukai kerajaan negeri kepada rakyat Selangor, insyaallah dalam masa 2 tahun Sangkakala yakin, jika dahulunya negeri Selangor adalah negeri paling kaya di Malaysia akan menjadi miskin dan mungkin juga muflis kerana tiada sumber pendapatan dan jika kerajaan pusat pula memansuhkan semua cukai ini maka kadar sara hidup rakyat akan melonjak naik.

Jadi untuk memastikan kos sara hidup ini tidak melonjak maka cukai kerajaan perlu dibayar dan dengan bayaran cukai tersebut maka segala subsidi dan bantuan dari kerajaan akan berjalan dengan sempurna termasuklah pembangunan yang di cadangkan oleh kerajaan akan berjalan dengan lancar.

Sabtu, 24 Mac 2012

ANWAR TAKUT BAYANG-BAYANG SENDIRI

Mungkin kerana tahu diri tu banyak melakukan kesilapan Anwar Ibrahim hari ini dalam laman twitter milik beliau mengatakan bahawa sebuah kereta WAJA WRL 4904 mengekori beliau 24 jam.

Kenapa agaknya Anwar berkata begitu melainkan beliau memang ada berbuat perkara yang tak betul.

Disini kita dah boleh nampak ketakutan Anwar jelas kelihatan. Beliau kata kereta tu 24 ikut dia, nombor pendaftaran pun beliau dah tau, tetapi kenapa tak buat laporan polis?

Polis sedia menerima laporan dan menjalankan siasatan dan berhak menyoal siasat pemandu kereta tersebut.

Atau mungkin juga kereta tu milik pengawal peribadi yang di upah sendiri oleh Anwar tapi oleh kerana takut beliau sendiri dah tak kenal mana kawan mana lawan.

Tobat buang la perasangka macam tu Anwar woii..

SIAPA ZIONIS DAN SIAPA YAHUDI


Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS mengatakan bahawa kenyataan Datuk Seri Hadi Awang baru-baru ini mengatakan perniagaan dengan orang yahudi adalah dibolehkan asalkan mereka tidak mengikut Zionis.

Persoalannya ialah siapa Zionis? Adakah Zionis itu dari golongan orang bukan Yahudi? Bukankah Zionis itu adalah Yahudi Israel yang membunuh Palestin dan merampas negara mereka dengan menggunakan kekuatan ketenteraan hingga membuatkan ramai orang islam Palestin menderita?

Pelik juga Sangkakala apabila membaca kenyataan Tuan Ibrahim ni. PAS hari ini seolah-olah membezakan antara Yahudi dengan Zionis. Kerana bagi Sangkakala Yahudi itulah Zionis dan Zionis itu adalaah orang Yahudi.

Apa-apa pun Sangkakala mengatakan bahawa ini semua adalah kenyataan berunsur politik dan mungkin Presiden PAS sudah merakan adalah kesilapan bagi beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu baru-baru ini.

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH BUAT WARGA PENANG

Sangkakala mengucapkan tahniah yang teramat sangat kepada orang-orang Melayu Pulau Pinang atas kebijaksanaan mereka memilih kerajaan pada PRU12 yang lepas.

Ucapan terima kasih juga Sangkakala ucapkan bagi pihak seluruh rakyat Malaysia kepada rakyat Pulau Pinang diatas persetujuan mereka untuk memberikan tanah masjid kepada kerajaan negeri.

Ucapan tahniah dan terima kasih yang Sangkakala maksudkan kepada rakyat Pulau Pinang adalah kesinambungan dari apa yang terjadi semalam apabila kerajaan negeri telah mengubah syarat tanah wakaf masjid dan surau kepada tanah rumah ibadat dimana ianya diletakkan dibawah Chief Minister Inc (CMI).

Apabila tanah-tanah ini berada dibawah CMI maka kerajaan negeri berhak untuk melakukan apa sahaja terhadap tanah-tanah ini termasuklah untuk menjualkannya.

Kita semua sedia maklum bahawa tanah-tanah di Pulau Pinang mempunyai nilai tinggi dan komersial. Tanah-tanah ini juga telah menjadi minat kepada para pemaju untuk membuat keuntungan.

Sangkakala pernah mendengar ceramah yang di sampaikan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang- Dr Firdaus yang mengatakan bahawa beliau meletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri tersebut kerana sudah tidak tahan lagi dengan kerenah Ketua Menteri Pulau Pinang yang asyik mendesak untuk mendapatkan tanah wakaf masjid, surau dan perkuburan Islam.

Kini di Pulau Pinang sudah tidak ada lagi tanah masjid dan surau, kemungkinan sikit masa lagi tanah-tanah milik Melayu Pulau Pinang juga akan habis tergadai kepada orang lain.

Kini kita dapat lihat, betapa pandainya Lim Guan Eng serta kepimpinan lain dalam Pakatan Rakyat dalam memainkan peranan pemerintahan, habis semua harta benda yang sepatutnya menjadi hak orang melayu dirampas dengan rakus oleh mereka.

Sangkakala menyeru kepada seluruh rakyat Pulau Pinang khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya untuk sama-sama bangkit berjuang menentang Pakatan Rakyat dengan cara tidak langsung mmeberi undi kepada mereka pada PRU13.

Jumaat, 23 Mac 2012

KERAJAAN SELANGOR TIDAK TELUS DAN IKHLAS

Setelah Datuk Dr Hasan Ali dipecat dari jawatan EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan ahli PAS, baru kini Azmin Ali mendedahkan apa yang dilakukan oleh Hasan semasa menjawat jawatan.

Ini semua dinyatakan oleh Azmin semasa perbahasan titah diraja, Azmin berkata bekas exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam iaitu Datik Dr Hasan Ali telah membelanjakan RM300,000 untuk pengubahsuaian pejabat beliau.

"Beliau juga membelanjakan RM550,000 untuk menganjurkan persidangan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. Wang itu lebih baik disalurkan kepada rakyat," katanya.

Kenapa sekarang baru dedahkan? Kenapa tidak dari dulu lagi? Nampak sangat Pakatan Rakyat akan diamkan apa yang dilakukan oleh kepimpinan mereka selama masih memegang jawatan.

Agaknya masih banyak lagi kes-kes yang seumpama ini diselindungi oleh Pakatan Rakyat dan ianya juga mungkin melibatkan hal yang lebih besar atau dengan kata lain membabitkan perbelanjaan tinggi.

Rakyat Selangor harus berwaspada, mungkin negeri Selangor kini sudah dijual tanpa pengetahuan rakyat.

SERAH BATU NISAN TANDA PELAJAR KURANG AJAR

Tindakan pelajar IPTA yang menghantar memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi petang ini menunjukkan betapa kurang ajarnya pelajar-pelajar dewasa ini.

Sangakala mengatakan kurang ajar ini bukanlah kerana memorandom tersebut, tetapi apabila pelajar-pelajar seramai 80 orang ini cuba memberikan batu nisan yang kononnya melambangkan kematian pelajar kepada Menteri Pengajian Tinggi hanya semata-mata pilihanraya kampus masih belum dijalankan lagi.

Adakah pilihanraya kampus tersebut memberikan kehidupan kepada pelajar-pelajar terbabit? Bukankah pelajaran itu yang bakal menentukan masa depan mereka sama ada cerah atau gelap? Sejak bila pilihanraya kampus menentukan masa depan pelajar?

Bagi Sangkakala, tindakan pelajar-pelajar ini mungkin didalangi oleh individu tertentu atau parti politik bagi membantah perkara terbabit.

Ini semua adalah lanjutan dari kes Adam adli yang bertindak menurunkan bendera gambar Perdana Menteri Malaysia.

Sangkakala berpendapat, pelajar-pelajar yang kurang ajar begini elok di keluarkan dari IPTA, dan biar mereka belajar di kolej-kolej swasta dan baru mereka rasa perit jerih untuk membayar setiap mata pelajaran. Lagi pun mereka ini semua Sangkakala anggap tidak tahu bersyukur atau kufur nikmat yang telah diberikan oleh kerajaan kepada mereka.

KAMILIA NAK TUNJUK HEBAT TAK KENA TEMPAT

Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Kamilia rupanya bukanlah seorang ahli politik yang benar-benar hebat.

Datuk Kamilia semalam dalam akhbar The Star telah meminta supaya Datuk Seri Shahrizat Jalil melepaskan jawatan ketua pergerakan wanita UMNO Malaysia.

Akibat dari kenyataan yang mungkin dianggap oileh Kamelia sebagai tindakan berani itu, lima orang ketua pergerakan wanita UMNO negeri menempelak beliau.

"Siapa dia (Kamilia) suruh Datuk Seri Shahrizat lepas jawatan. Beliau menang bertanding (jawatan ketua Wanita).

"Kita pusing seluruh seluruh negara, ramai wanita keluar (memberi sokongan) kepada perdana menteri dan Datuk Sharizat... Kalau dia (Kamilia) tak sabar, berlawanlah (nanti)," tegas Ketua Wanita Umno Pahang Datuk Rosni Zahari.

Sementara itu, empat ketua Wanita negeri - Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - menegaskan Wanita di negeri mereka memberi sokongan penuh kepada Shahrizat demi menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dekat dengan pilihan raya, Kamilia jangan buat hal. Jangan jejaskan keyakinan (rakyat) terhadap parti... Wanita perlu bekerja kuat untuk menangkan Umno dan BN," tegas Ketua Wanita Melaka Datuk Rubiyah Ali.

Ketua Wanita Umno Kedah berkata Datuk Maznah Abdul Hamid membidas Kamilia yang katanya, sepatutnya merujuk kepada exco dan ketua wanita negeri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya berkaitan isu NFC.

"Waktu-waktu begini, kita sepatutunya merapatkan hubungan, bukan tikam daripada belakang... Shahrizat tidak pernah kata apa-apa dekat dia," katanya.

"Kita memberi sokongan kepada beliau (Shahrizat) untuk terus berjuang demi mencapai impian presiden Umno supaya bekerja bagi memenangkan parti," kata Ketua Wanita Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar.

Manakala Ketua Wanita Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menyifatkan kenyataan Kamilia itu sebagai "suara sumbang" yang tidak mempunyai kaitan dengan perjuangan pergerakan itu.

Tindakan berani Kamilia nampaknya memakan diri, untuk bertanding pada pemilihan akan datang nampaknya sudah tidak ada harapan menang kepada beliau. Lupakan niat untuk menjadi ketua pergerakan wanita buat selam-lamanya.

Rabu, 21 Mac 2012

KERAJAAN SELANGOR TUNGGU DANA ASING UNTUK BUBAR DUN

Umum mengetahui bahawa PRU akan diadakan pada bila-bila masa dan hanya menunggu tarikh pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ramai yang membuat andaian dengan mengatakan Perdana Menteri akan membubarkan parlimen sebelum bulan Jun dan macam-macam lagi.

Isu yang menjadi bualan hari ini ialah, kerajaan Selangor tidak akan membubarkan DUN sekiranya Perdana Menteri membubarkan parlimen sebelum Jun tahun ini. Kenapa boleh jadi begitu? Kebiasaannya Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan mengikut tarikh hari pembubaran parlimen dan barulah     Pilihanraya boleh dijalankan serentak.

Sangkakala rasa musykil dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid dalam Keadilandaily semalam yang mengatakan bahawa kerajaan Selangor tidak akan dibubarkan jika parlimen dibubarkan sebelum bulan Jun. Macam ada udang di sebalik mee pula.

Dari perbincangan dan sembang santai antara Sangkakala dengan rakan-rakan, ada juga dikalangan rakan-rakan yang mengatakan bahawa pemergian Khalid ke London baru-baru ini bukanlah membincangkan isu konsesi air semata-mata, ianya juga mungkin termasuk isu bagaimana syarikat air antarabangsa itu boleh membantu kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk kekal memerintah negeri itu dan seterusnya konsesi tersebut akan di ambil alih oleh syarikat yang dilantik oleh pakatan Rakyat. Dan untuk memastikan Pakatan Rakyat terus memerintah sudah pasti satu jumlah dana perlu disediakan dan siapa pula yang akan mengeluarkan dana tersebut.

Jika dikira dari tarikh pemergian Khalid ke London, kemungkinan besar untuk membekalkan dana tersebut mengambil masa lebih dari 2 bulan, dan jika pilihanraya umum diadakan sebelum bulan Jun maka pembekal tidak sempat untuk memasukkan dana tersebut kepada kerajaan Selangor.

Untuk mengadakan pilihanraya negeri, sudah tentu pakatan rakyat memerlukan belanja yang begitu besar dan belanja ini jika menggunakan wang kerajaan negeri sudah pasti 'bala' besar akan menanti kerajaan Selangor. Dan besar kemungkinan negeri Selangor akan jatuh dari segi pembangunan. jadi untuk mencari jalan selamat, kerajaan Selangor mungkin mencari dana dari luar bagi membantu mereka untuk memastikan kerajaan mereka kekal memerintah.

Jadi kemungkinan ini jugalah yang membuatkan kerajaan Selangor menunggu kemasukan dana tersebut seterusnya mengadakan pilihanraya negeri di Selangor.



pssttt..khalid kalau betul dapat duit nanti bagi sikit ye.. U are my friend bro.. hancur Selangor kerana PR

TANAH OH TANAH APA DAH JADI DENGAN KELANTAN

Lagi masalah tanah Ladang rakyat di Kelantan di perkatakan dan kali ini mungkin rakyat Kelantan khususnya peserta ladang rakyat tersebut sudah tidak tahan lagi akibat dari merasakan diri mereka tertipu oleh kerajaan negeri.

Mohd Donia Hanafi 62, mengatakan beliau seumpama pendatang asing apabila diperlakukan sedemikian oleh kerajaan negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS.

Tapi kerajaan Kelantan masih lagi menidakkan kisah-kisah tanah ini dengan mengatakan mereka telus dalam pemberian tanah-tanah tersebut.

Masalah Ladang Rakyat ini telah lama dipertikaikan dan dipersoalkan oleh peneroka yang pada mulanya merasakan mereka amat bertuah menjadi rakyat serta anak Kelantan akhirnya seperti dianaktirikan oleh kepimpinan yang melaungkan Islam sebagai landas perjuangan.

Adakah ini yang diajar dalam Islam? Pembohongan demi pembohongan dilakukan terhadap rakyat Kelantan oleh kerajaan PAS. 

Sangkakala menyeru kepada seluruh rakyat Kelantan supaya bangkit dalam menentang pembohongan secara terang-terangan oleh kerajaan PAS Kelantan.

Selasa, 20 Mac 2012

DEWAN PEMUDA PAS TAK SEDAR MALAYSIA NEGARA BERBILANG KAUM DAN AGAMA

Dalam Harakahdaily hari ini Dewan Pemuda PAS Pusat (DPMM) melahirkan rasa terkejut apabila kes yang dikatakan menggemparkan negara tentang pembunuhan adik Nadirah dan kes penculikan seorang gadis 14 tahun yang dikatakan dijadikan sebagai pelacur di Thailand.

DPMM melalui Ketua Penerangan mereka berkata isu dan kes ini menampakkan kegagalan kerajaan dalam menerapkan nilai-nilai keagamaan kepada rakyat. Betul ke tu?

DPMM perlu sedar tentang apa yang mereka perkatakan sebenarnya. Sangkakala bukan menidakkan hukum Allah adalah hukuman terbaik, tetapi ianya perlu dikaji dan diperhalusi. Jika Malaysia hanya diduduki atau dihuni oleh orang islam semata-mata, mungkin mereka boleh berkata begitu. tetapi Malaysia mempunyai penduduk serta rakyat yang berbilang kaum dan agama.

Semua agama didunia menjurus kepada keharmonian dan menekankan supaya penganut agama berkenaan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Tetapi jika seseorang itu bertindak melakukan sesuatu yang buruk itu adalah kehendak mereka secara peribadi.

Jika kerajaan menekankan tentang kebaikan serta keagamaan sekalipun dengan menjatuhkan hukuman mandatori dan sebagainya, belum tentu rakyat negara ini akan menjadi baik sebaik-baik manusia dengan mengatakan kadar jenayah dapat dihapuskan seratus peratus.

Kita bayangkan di Kelantan yang telah ditadbir oleh kerajaan PAS yang mana kerajaan tersebut menekankan bahawa mereka adalah kerajaan Islam, masih ada lagi kadar jenayah dan masih ada juga aktiviti pelacuran disana. Tidak cukup dengan itu, kita perhatikan pula berapa ramai rakyat dari Kelantan yang menyeberangi sempadan untuk berseronok atau berpoya-poya di negara jiran.

Adakah PAS berjaya untuk mendidik rakyat di negeri tersebut menjadi baik dan mengurangkan kadar jenayah di negeri tersebut?

Sangkakala tidak nampak perkara itu berlaku dalam pemerintahan PAS di Kelantan. Malah masih ramai anak-anak gadis Kelantan yang berkerja sebagai GRO dan sebagainya. Adakah didikan agama kerajaan Kelantan juga gagal?

Jenayah berlaku dimana-mana dan perkara ini tidak boleh hanya ditujukan kepada kerajaan yang memerintah negara, kerajaan negeri juga perlu bertanggungjawab lebih-lebih lagi ibu dan bapa yang bertindak mencorak masa depan anak-anak mereka.

Jadi bagi Sangkakala, kenyataan Dewan Pemuda PAS ini boleh dikatakan ditakuk lama dan tidak tahu apa terjadi di sekeliling mereka.