Lagi gambar DISINI
Rabu, 18 Disember 2013
KENAIKAN TOL !!! KERAJAAN SELANGOR LUPAKAN MANIFESTO SEKALI LAGI
@HishammuddinH20 PERANG MEDIA SOSIAL !!! MAMPUKAH BARISAN NASIONAL BERTAHAN ???
Selasa, 17 Disember 2013
PROGRAM BACK TO SCHOOL SUBANG KECOH
Sejumlah 100 beg sekolah beserta kelengkapan pakaian diberikan kepada kanak kanak tersebut.
Program tersebut turut dihadiri oleh kepimpinan peringkat Bahagian, seperti Ketua< timbalan dan Naib Ketua Bahagian serta ketua ketua sayap.
Program tersebut telah dianjurkan oleh pergerakan Puteri UMNO Bahagian.
PEGUAM NEGARA CABAR RAFIZI RAMLI
Isnin, 16 Disember 2013
HAJI HADI DISAMAN KERANA PIL KUDA !!!
Ingat lagi tak kisah apabila Hahji Hadi yang merupakan Presiden PAS mengatakan bahawa ada diantara calon Pilihanraya yang mewakili PKR menjual Pil Kuda, dan kali ini dikatakan pula calon tersebut seperti dalam gambar mengambil tindakan menyaman Haji Hadi kerana kenyataan tersebut yang dikeluarkan dalam sebuah ceramah.
Sudah tentulah dalam kes macam ni yang paling gembira ialah DAP yang berjaya memecah belahkan orang Melayu di negara ni, sesama mereka (PAS dan PKR) dan kedua duanya adalah Melayu kini dah mula bertelagah sesama mereka.
Mungkin sikit hari lagi kita akan lihat pula, pertelagahan diantara Presiden PAS dan PKR yang mana DAP akan menjadi orang tengah tetapi bukannya untuk membawa kedamaian, malah membuat hasutan supaya tidak akan wujud perdamaian dan jika keadaan ini berlaku maka dengan mudah DAP akan mengikat kedua dua parti tersebut untuk tunduk kepada mereka.
BELAJAR DARI KESILAPAN !!! UMNO/BN MAKIN LALAI !!!
Dengan memberikan contoh seperti kawasan yang tidak ada Tol tapi kerajaan Barisan Nasional tetap juga kalah, juga adalah betul dan tepat.
Satu pertanyaan Sangkakala nak ajukan di sini, kalau dah tempat takde tol tu pun kalah, tempat yang naik harga tol ni boleh menang ke?
Lagi satu bila dikatakan bahawa subsidi yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat berjumlah RM 400 juta untuk pembiayaan tol perlu diuruskan sebaik mungkin dan diberikan semula kepada rakyat, nak juga bertanya disini, kemana pula duit sebanyak RM 400 juta tu akan diagihkan?
Dengan penarikan subsidi minyak, penarikan subsidi gula, kenaikan tarif elektrik, kini kenaikan bayaran tol sudah pastinya akan membuatkan akan ada beberapa kenaikan lagi seperti contoh.
Tambang pengangkutan berteraskan elektrik akan naik, barangan keperluan juga akan naik kerana kenaikan harga tol, minyak dan elektrik kerana pengangkutan yang mengangkut barangan tersebut sudah pastilah menggunakan minyak petrol atau diesel dan ada juga yang melalui lebuh raya (walaupun tak semua) dan dengan alasan alasan ini maka, kenaikan akan dilakukan oleh peniaga, jadi siapa nak jawab semua ni?
Nak juga Sangkakala bertanya, siapa dikalangan Menteri yang amik tiket tol dan bayar topl secara tunai di kaunter bayaran? Ada?
Jadi Sangkakala rasa tak mungkin sama sekali Sangkakala bersetuju dengan apa yang rakan blogger Sangkakala ni katakan, walau apa juga alasan, kenaikan ini adalah menjadi beban kepada rakyat, dan Sangkakala pasti dan amat yakin, rakyat akan menghukum kerajaan ini dalam PRU akan datang, kerana bagi Sangkakala Barisan Nasional tidak pernah belajar dari kesilapan, dan akan terus melakukan kesilapan demi kesilapan.
Baca artikel yang Sangkakala maksudkan dalam pautan dibawah..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Ahad, 15 Disember 2013
ARTIKEL KHAS UNTUK BLOGGER OMAKKAU
PENIAGA JADI MENTERI !!! @NajibRazak MENEMPAH PARAH !!!
@HishammuddinH20 KEMATIAN NAVI PERLU DISIASAT
Baca DISINI untuk maklumat lanjut
Kalau mengikut dari penglihatan yang dibuat pada gambar diatas, ada kemungkinan juga bahawa simati meninggal bukan kerana mati lemas sebab keadaan mayat yang berdarah dan ada kesan lubang pada dada sebelah kiri mayat.
Perkara ini perlu disiasat dengan secara terperinci kerana tidak sepatutnya perkara buli kalau wujud sampai mengakibatkan kematian berlaku terhadap anggota tentera dan mereka yang melakukan perkara tersebut perlu dibawa ke muka pengadilan.
@NajibRazak @zahid_hamidi JANGAN BUAT LAWAK BANGANG BOLEH ???
Sabtu, 14 Disember 2013
@MukhrizMahathir APA DAH JADI ?? ANAK KEDAH DUK KAT TEPI !!!
Jumaat, 13 Disember 2013
KECELUPARAN HAJI HADI BAWA PADAH
Pengerusi Biro Bertindak Agama NGO minda Pondok, Mohd Syamsul Mohd Yusof telah membuat laporan polis meminta supaya Hadi Awang menarik balik kenyataan tersebut kerana ianya dilihat mnngelirukan rakyat.
Tapi biasa le ustaz, puak puak ni nama je Islam, tapi tak tau adap dalam Islam pun, macam yang Syamsul katakan, Hadi berkata begitu dan ianya dilihat merujuk kepada seluruh ahli UMNO yang majoritinya beragama Islam.
Tapi Hadi tak pula kata Karpal juga menentang Islam dengan menolak negara Islam yang disebut oleh PAS sampai suruh langkah mayat dia dulu kalau nak laksanakan juga.
SIAPA SEBENARNYA MENOLAK HUDUD DAN ISLAM ??? PAS ATAU UMNO ???
Mungkin ada la dikalangan sesetengah orang mengatakan bahawa PKR dan DAP yang menolak Hudud serta Islam dan tak kurang juga yang mnegatakan bahawa MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya.
Tapi pernah ke kita terfikir bahawa yang menolak Islam sebenarnya adalah PAS dan ini cuma disokong oleh PKR dan DAP sebagai rakian sekutu parti mereka.
Kenapa Sangkakala kata macam tu?
Ini buktinya..
Apabila UMNO khususnya Perdana Menteri menawarkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNOkepada Ustaz Kazim Elias baru baru ini, yang begitu kuat melompat adalah para pengikut PAS yang secara terus menyerang Ustaz Kazim dengan pelbagai tohmahan.
PAS seolah olah tidak selesa dengan kehadiran Ustaz Kazim didalam UMNO yang mana, Perdana Menteri menawarkan jawataqn tersebut adalah untuk membolehkan Ustaz Kazim membuat teguran secara terus dan menjadi penasihat agama kepada beliau.
Tapi kenapa Ustaz Kazim diserang hebat?
Ada kemungkinan juga, jika ustaz Kazim menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO maka PAS sudah tidak lagi boleh melemparkan segala tuduhan termasuklah mengatakan bahawa UMNO kafir dan sebagainya.
Begitu juga semasa buku Jingga di keluarkan yang dikatakan akan menjadi roadmap untuk pakjatan pembangkang menerajui kerajaan, tidak ada langsung yang dikatakan Hudud dalam buku tersebut, dan ini juga membuktikan bahawa PAS sendiri tidak begitu mengambil berat tentang hukum Allah ini dan ianya digunakan semata mata untuk tujuan politik murahan dan ianya akan didendang setiap kali menjelang pilihanraya.
Jadi siapa yang menolak hukum Hudud dan Islam sebenarnya sekarang ni? PAS atau UMNO???
DISEKSA 4 JAM GARA GARA GODA SUAMI ORANG
Dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa diculik dan dipukul dua lelaki berusia lewat 20-an itu kerana dituduh menggoda suami orang.
Menurut sumber, berdasarkan siasatan awal, polis mengesyaki dua lelaki itu diupah seorang wanita yang mendakwa suaminya digoda mangsa.
"Tujuan mereka mungkin untuk menakut-nakutkan mangsa," katanya memberitahu, mangsa dibebaskan jam 10 malam hari sama di kawasan Cheras sebelum datang membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee, di sini.
Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa yang bersendirian di kawasan monorel di Jalan Hang Tuah mendakwa ditarik masuk ke dalam kereta jenis Proton Wira oleh dua lelaki tidak dikenalinya.
"Lelaki itu kemudian mengikat tangan dan mulut mangsa sebelum membawanya ke sebuah flat yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian," katanya memberitahu, seorang daripada lelaki itu kemudian mendakwa diupah seorang wanita kerana menuduh mangsa menggoda suaminya.
Katanya, mangsa yang berjaya membuka ikatan di kedua-dua tangannya kemudian segera menghantar SMS kepada rakannya memaklumkan diculik dan meminta bantuan.
"Tindakannya itu mengundang kemarahan lelaki berkenaan yang kemudian bertindak menampar, menumbuk dan menendang mangsa.
Mangsa dilaporkan dilakukan sedemikian selama hampir empat jam," katanya.
Sumber itu berkata, kumpulan terbabit hanya berhenti memukul mangsa sebaik terkejut apabila telefon bimbit wanita berkenaan tiba-tiba berdering.
"Mangsa kemudian memberitahu rakannya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu menyebabkan kumpulan terbabit panik.
"Mereka membawa mangsa masuk ke dalam kereta sebelum bergegas meninggalkan kawasan perumahan berkenaan.
Mangsa ditinggalkan di satu kawasan perumahan di sekitar Cheras," katanya.
Katanya, mangsa bernasib baik apabila dibantu orang awam sebelum dibawa ke Balai Polis Tun H S Lee di sini.
"Mangsa dirujuk ke hospital berhampiran.
Wanita terbabit dilapor menerima sekurang-kurangnya empat jahitan di kepala selain bengkak di beberapa bahagian badan," katanya.
Harian Metro difahamkan, sehingga kini tiada tangkapan dilakukan, namun usaha mengesan penjenayah sedang dilakukan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memberitahu siasatan dilakukan
Khamis, 12 Disember 2013
PENGUNDI CINA DITIPU KHALID IBRAHIM
Padan muka..itu je yang Sangkakala boleh katakan pada masa ni bila Khalid mengisytiharkan bahawa kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan pengusaha rumah burung walid yang meminta supaya premis kedai yang dijadikan rumah untuk perusahaan tersebut ditolak.
Khalid yang seakan akan memeberi kata dua kepada pengusaha pengusaha tersebut sama ada mereka mahu berpindah atau membayar pampasan kepada penduduk yang membuat mengadu bahawa mereka tidak selesa untuk berpindah.
Apa macam taukey..dah puas hati ke? Dulu boleh dikatakan kaum cinalah yang memenangkan pakatan rakyat di Selangor ni, dan sekarang apa yang Sangkakala boleh katakan ialah "PADAN MUKA KORANG".
Akibat terlampau percaya pada Khalid sudahnya Khlaid buat apa sekarang?
Cuba tengok soalan Ketua Pembangkang dari Barisan Nasional yang meminta supaya pengusaha burung walid dibela..
![]() | |
| klik gambar untuk video |
KDN BUKTIKAN MAT SABU SYIAH
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abd. Rahim Mohd. Radzi mendedahkan sepuluh maklumat yang menunjukkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah.
1- Mat Sabu pernah gesa umat Islam contohi kepimpinan Imam Khomeini Syiah.
2- Mat sabu kata kagum dgn kepimpinan dan perjuangan khomeini dan banyak corakkan pemikiran beliau.
3- ketika mengulas perutusan krismas,Mat Sabu telah gunakan pendekatan Syiah sebagai terma rujukan.
4-Timb presiden JATI pernah kata Mat Sabu ikon syiah dan beliau gagal nafikan dirinya mempunyai kaitan dengan Syiah.
5-Mat Sabu terang terang puji setiausaha agung syiah dan mengaku beliau dan osteri kerap bertemu pemimpin syiah itu.
6-Beliau telah membuat lawatan ke masjid syiah di wilayah Satun, selatan Thailand.
7-Beliau beberapa kali hadir kelas pengajian yang dikendalikan ustaz yang berkefahaman syiah di Bukit Merah Semanggol Perak.
8-Mat Sabu kerap lawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar malaysia di Qom Iran.
9-Mat Sabu pernah lafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut syiah pada ceramah pas di Arau Perlis.
10-Mat Sabu dilihat mendirikan solat menggunakan batu leper ditempat sujud.
Pendedahan dalam sidang media oleh KDN sebentar tadi.
FUZIAH BENGKANG TAK PEDULI DENGAN PENGUNDI SENDIRI
Rabu, 11 Disember 2013
PORTAL KERAJAAN SELANGOR KETEPIKAN SULTAN @khalidibrahim @nohomar
TETAK ISTERI KERANA CEMBURU
Mangsa, Kasmawati Salang, 30, ditemui penyelia ladang berkenaan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di dalam parit berhampiran rumahnya kira-kira jam 4.20 petang.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Shamsudin Mat berkata, ketika ditemui wanita warga Indonesia itu masih bernyawa, namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Lahad Datu, di sini.
Menurutnya, selepas menerima aduan daripada penyelia ladang yang menemui mangsa di dalam parit, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke bilik mayat di Hospital Lahad Datu, untuk bedah siasat.
"Anggota dari Balai Polis Tambisan melakukan siasatan awal dimaklumkan sebelum itu berlaku pergaduhan di antara mangsa dengan suaminya," katanya.
Shamsudin berkata, siasatan awal mendapati, suspek menetak mangsa dengan parang kerana cemburu dan mendakwa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan seorang pekerja di ladang terbabit.
"Suspek yang berusia 35 tahun dipercayai menetak isterinya menggunakan sebilah parang dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, yang menggerakkan operasi memburu, berjaya memberkas lelaki itu di kawasan berhampiran tempat kejadian," katanya.
Menurutnya, suspek berusia 35 tahun kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-Metro





















































