Rabu, 23 November 2016

KERAJAAN TERUS DIAM ISU TANAH DAN HUTAN SIMPAN WARISAN @NajibRazak @nohomar @sprmsia #scs14

Status tanah Paya Indah Wetland diisytiharkan sebagai hutan warisan dunia dan diwartakan Jabatan Perhilitan sebagai Rizab Tanah Paya di bawah Kanun Tanah Negara.


Kawasan Paya Indah Wetland yang diwartakan sebagai Rizab Tanah Paya ialah Lot 4827 dan Lot 3974 seluas 450.76 hektar.

Dakwaan oleh Sdr Badrul Hisham Shaharin, Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bahawa pertukaran status lot 68054 berjumlah 619 hektar di Mukim Tanjng 12 Kuala Langat akan menjejaskan kawasan hutan warisan dunia.

 YB Elizabeth Wong cuba menutup penipuan dengan menyatakan bahawa tiada pemohonan penukaran kegunaan tanah di lot 4827 dan lot 3974 di kawasan Paya Indah Wetland sedangkan yang dibangkitkan oleh Sdr Badrul ialah lot 68054.

Ketika pemerintahan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Kerajaan Selangor telah menolak penukaran status tanah di Lot 68054 kerana terletak dalam kawasan Paya Indah Wetland dan bercanggah dengan kenyataan kerajaan pimpinan Dato Sri Azmin Ali yang mengatakan sebaliknya.

Berdasarkan carian di Pejabat Tanah dan Daerah mendapati tanah terbabit telah ditukarkan statusnya dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar telah meluluskan penukaran tersebut pada 2015 manakala geran tanah terbabit dibuat pada April 2016.

Malah dokumen yang bocor dari pejabat Exco Kerajaan Negeri menyatakan persempadanan semula atau re-zone telah dibuat walaupun tidak mendapat sokongan semua jabatan. Antara jabatan yang membantah rezone tersebut ialah Jabatan Alam Sekitar.

Proses re-zone ini melibatkan kawasan Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang kini dijadikan kawasan pembangunan.

YAB Dato Seri Azmin Ali mencabar pihak yang mempersoalkan untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menteri Besar juga mempertahankan kenyataan Exco Alam Sekitar, YB Elizabeth Wong dan sedia bertanggungjawab atas keputusan itu dan menjawab sebarang tuduhan.

ADUN Dengkil, YB Tuan Shahrum Mohd Sharif mempersoalkan tindakan Menteri Besar yang didakwa menukar status tanah kawasan Paya Indah Wetland untuk tujuan pembangunan.

Chegubard juga menyatakan bahawa isu ini ada kaitan dengan membalas jasa tokoh-tokoh korporat yang menjadi pelobi pintu belakang ketika perebutan kerusi MB dari Presiden Parti Keadilan Rakyat (Dr Wan Azizah Wan Ismail). 

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM perlu menjalankan siasatan sama ada perkara yang didedahkan oleh Chegu Bard ini benar atau tidak, dan sekiranya benar, pendakwaan perlu diambil.


Tiada ulasan: