Jumaat, 18 November 2016

ABANG KUCING AJAK JAMAL YUNOS BERTINJU @NajibRazak @NohOmar

Tiba tiba timbul pula nama Abang Kucing dari Padang Rengas nak ajak Pengerusi Gabungan NGO 1Malaysia bertinju di atas gelanggang.


Apa yang menjadi tanda tanya di kepala Sangkakala ketika ini ialah, abang kucing ada dimana selama BERSIH mengadakan himpunan hinggakan satu himpunan telah menyaksikan keganasan melampau peserta BERSIH di Kuala Lumpur.

Kenapa bila timbul kumpulan baju merah maka abang kucing mula menunjukkan taring dengan mengatakan ramai peninju di Malaysia menawarkan diri untuk bertarung dengan Dato Sri Jamal.

Sangkakala baca apa yang tertulis dalam Sinar Online pagi ni mengatakan bahawa abang kucing menyatakan bahawa beliau adalah penyokong dan pengundi Barisan Nasional.

Bagi Sangkakala, tak kiralah pengundi mana, atau mengundi parti apa sekali pun, itu bukan menjadi soal. Apa yang dipersoalkan sekarang ialah, abang kucing baru dewasa ke? Selama ni hanya jadi anak kucing?

Sangkakala pula nak nasihatkan abang kucing bahawa kalau nak ajak bertinju ke, berkarate ke, apa apa sekalipun, bukan hanya dengan Jamal Yunos, tapi dengan penganjur BERSIH sekali, baru la nampak cerdik dimata orang.

Dan satu lagi Sangkakala nak bagi tau pada abang kucing, tak payah nak sebut la mengundi siapa dalam pilihanraya sebab disitu akan melihatkan kamu mengundi siapa sebenarnya.




Tiada ulasan: