Ahad, 15 Februari 2015

NURUL IZZAH DEDAH ANWAR IBRAHIM TAMAK KUASA !!!

Tak sampai seminggu Anwar Ibrahim kena penjara, anak beliau si Nurul Izzah dah mula menunjukkan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.



Nurul Izzah mendakwa bahawa Anwar ada menerima tawaran untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri kalau beliau meninggalkan pakatan rakyat.

Betul ke dakwaan ni? Atau sengaja nak memburuk burukkan UMNO dan Barisan Nasional??

Tapi bagi Sangkakala pula, jika benar apa yang Nurul Izzah katakan ini, jelas menunjukkan bahawa Anwar bukanlah hendak membela rakyat, tetapi dengan secara jelas menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim tamakkan kuasa dan jawatan yang diinginkan hanyalah sebagai Perdana Menteri.

Anwar berkali kali mengatakan bahawa sistem kerajaan Barisan Nasional tidak telus, tidak adil dab sebagainya dan jika beliau ditawarkan dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri sudah pasti Anwar mampu untuk membuat perubahan daripada apa yang dia perkatakan.

Tapi kenapa Anwar menolak? Jawapan bagi soalan ini pada Sangkakala adalah amat mudah.

Ini kerana Anwar merasakan bahawa untuk membetulkan keadaan adalah amat mustahil kerana apa yang diperkatakan oleh beliau tentang kerajaan Barisan Nasional hanyalah pembohongan dan beliau sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak diperbetulkan.

Tetapi jika beliau menjadi Perdana Menteri, dan Pakatan pula menjadi kerajaan, sudah pasti segala dasar yang digubal dan di rancang oleh kerajaan Barisan Nasional akan diubah dan segala kebaikan untuk rakyat akan bertukar menjadi kebaikan untuk pemimpin pakatan semata mata.

Sangkakala berani mengatakan sebegini sebab, sejak bila ada tawaran seperti yang dikatakan oleh Nurul Izzah? Biasanya puak puak pembangkang ni kalau ada berita hangat sebegini sudah pasti akan menjadi isu besar dan dihebahkan melalui apa sahaja cara dan medium, tetapi kenapa baru sekarang setelah Anwar meringkuk baru ianya diperkatakan.

Yang kedua, kita sendiri tahu yang Nurul Izzah pernah memfitnah bekas Menteri Wilayah, YM Raja Nong Chik demi untuk kemenangan beliau di Pantai Dalam.

Jadi adakah orang ini boleh lagi dipercayai kata katanya? Bagi Sangkakala adalah amat mustahil untuk percaya tentang apa yang disebut oleh Nurul Izzah dan Sangkakala cuma nak berpesan, Nurul Izzah yak payah la nak minta belas ikhsan daripada rakyat dengan membuat fitnah lagi sebab rakyat hari ini sudah mampu menilai yang mana kerajaan yang mampu untuk membela mereka dan bukannya membela individu.



3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apalah bongok sgt... apa benda yg blh dipercayai dr mulut perempuan puaka ni.. dah terang2 kaki fitnah nong chik.. takkan tu pun tak blh pikir.. perempuan ni blh ckp apa saja kalau kena saman apa susah minta maaf ajelah yg penting si bongok2 semua dah percaya.. kalau tak kena saman diam2 ajelah..

Tanpa Nama berkata...

Ciannyeee.....Dari TPM dalam BN tiba-tiba direntap turun dan ditendang keluar dari UMNO. Mau kawan tak frust,selangkah lagi aje nak jadi PM.Ingat mudah ke akar umbi UMNO nak terima, terus terus nak diletak jadi TPM. Auta lebih...!

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya lebih kredibel kalau nurul cakap bapa dia akan jadi perdana menteri pada 16 September 2008. Dan pada waktu yang sama Raja-Raja Melayu sudah setuju dengan pelantikan bapa dia sebagai PM dan istana sibuk 24-jam menyediakan istiadat pertabalan bapa dia sebagai PM. Dan tidak lupa panglima tentera sudah siap siaga melindung bapa dia. Ini semua skrip bodoh dari seorang bodh lagi sakit mental. Sekarang anak pun sakit mental.