Sabtu, 7 Februari 2015

@ismailsabri60 BUKTIKAN HARGA BARANG MAMPU TURUN

Selepas beberapa hari kecoh satu Malaysia ekoran desakan dari Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ismail Sabri supaya pengguna memboikot peniaga yang enggan menurunkan harga barang, yang membuatkan beberapa pihak melompat.

Tapi hari ini YB Dato Sri Ismail Sabri telah membuktikan bahawa harga barang mampu untuk diturunkan oleh peniaga cuma yang menjadi masalah ialah di pihak pemborong yang mengambil keuntungan berlipat kali ganda.

Hari ini YB Dato Sri Ismail Sabri mengadakan lawatan ke Pasar Tani di Keramat untuk meninjau harga barangan dan terbukti peniaga mengikut saranana Menteri berkenaan menurunkan harga barang.


Nampaknya pihak pihak yang menhentak Dato Sri Ismail Sabri tidak kira dari pihak pembangkang mahupun komponen Barisan Nasional khususnya MCA dan Gerakan pastinya terkedu dengan apa yang berlaku dimana saranana YB Dato Sri Ismail Sabri baru baru ini menguntungkan pengguna dan bukanlah rasis sepertimana yang di dakwa oleh mereka.

Ramai dikalangan tokey tokey perniagaan bersetuju jika harga diturunkan demi keselesaan semua pihak.

Jadi apa yang nak diperkatakan lagi oleh mereka mereka yang sengaja mencari salah dikalangan Menteri UMNO dan Kerajaan? Atau mereka kini sudah malu alah untuk memperkatakan lagi kisah ni.

Tahniah Dato Sri Ismail Sabri yang telah membuktikan bahawa pengguna mempunyai kuasa besar dalam menentukan harga barang.


Tiada ulasan: