Khamis, 12 Februari 2015

@ismailsabri60 DIKERUMUNI ANAK MUDA @ NajibRazak #SMS

Malam tadi berlangsung satu pertemuan diantara YB Dato' Sri Ismail Sabri, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama dengan mahasiswa dalam dan luar negara.

Tunjuan pertemuan diadakan adalah untuk menerangkan isu isu semasa terutamanya harga barangan di Malaysia yang hangat diperkatakan.





Dato' Sri Ismail Sabri baru baru inibtelah diserang hebat apabila meminta supaya rakyat memboikot para peniaga yang enggan menurunkan harga barang.

Dan ramai dikalangan orang tengah pula amat risau apabila Kementerian Pertanian mula melancarkan 'Jihad Perangi Orang Tengah' dan ini menguatkan lagi serangan terhadap beliau.

Langkah yang diambil untuk bertemu dengan Mahasiswa dalam dan luar negara ini amat sesuai memandangkan golongan ini mampu untuk memberi input kepada masyarakat supaya mereka juga sedar tentang kempen yang dilakukan oleh Kementerian Pertanian serta apa yang disebut dan dimaksudkan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri tentang boikot peniaga yang enggan menurunkan harga barang.

Dengan kehadiran yang memberangsangkan nampaknya golongan muda menerima apa yang diperkatakan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri dan kempen yang sedang dilakukan.

Sangkakala ucapkan tahniah kepada semua yang hadir demi untuk pengetahuan bersama.



Tiada ulasan: