Rabu, 4 Februari 2015

JAMAWI JAAFAR MAHU KETUA PEMUDA MCA TARIK BALIK TUDUHAN TERHADAP @ismailsabri60


Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO   Malaysia, Jamawi Jaafar hari ini meminta Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon menarik balik kenyataan beliau yang menuduh YB Datuk Seri Ismail Sabri sebagai rasis:

"Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk saling menunding jari menyalahkan antara satu sama lain. Pada pendapat saya, KP MCA dan kepimpinan Barisan Nasional harus melihat kepentingan rakyat secara  keseluruhannya sebagai keutamaan dan mengenepikan kepentingan peribadi yang lebih ingin dilihat sebagai juara kepada parti dan kaum sendiri dalam membuat sesuatu kenyataan."

Beliau turut menegaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Datuk Seri Ismail Sabri itu bukanlah sesuatu yang bersifat rasis kerana jika harga barang benar-benar diturunkan maka yang mendapat manfaatnya ialah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

Sepatutnya semua pihak dalam BN sama-sama berkongsi idea bagaimana caranya untuk merealisasikan penurunan harga barangan dan bukannya bercakaran menampakkan kelemahan dalaman.

Jamawi yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Tenom turut mencadangkan Chong agar turun padang sendiri menemui pembekal dan pemborong agar beliau boleh mengenalpasti sendiri apakah yang menyebabkan harga barang tidak diturunkan oleh golongan ini yang mendakwa kononnya kenaikan kos pengangkutan akibat pengurangan subsidi miyak sebagai sebab utama kenaikan harga barang sebelum ini.

Menurut beliau lagi, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing jika ingin melihat rasionalisasi harga barangan, makanan dan perkhidmatan menjadi kenyataan. Ini kerana selain kedegilan pembekal dan pemborong yang mendominasi, harga makanan dan minuman di restoran dan kedai makanan juga perlu dipantau kerana masih mahal dan ia memberi kesan yang langsung kepada rakyat sebagai pengguna. Semantara itu badan badan NGO pengguna juga harus terus memberikan kesedaran kepada pengguna agar kuasa memilih dan membeli dapat disatukan kepada mana mana kedai yg menawarkan harga patut.

Pihak kementerian KPDNKK juga harus bertindak tegas dan segera utk mengambil tindakan mana mana pihak yang melanggar dan tidak mematuhi peraturan harga barangan dgn menarik balik lesen borong/pembekalan. Senarai harga patut barang barang keperluan harian juga harus dikeluarkan oleh kementerian berdasarkan kepada kos pengeluaran dan pengangkutan semasa.

Justeru, beliau mencadangkan agar Pemuda UMNO, Pemuda MCA, Pemuda MIC dan Pemuda Komponen BN di Sabah dan Sarawak dapat duduk semeja berkongsi idea, mencari kaedah yang bersesuaian bagi menggesa pemborong, pembekal dan peniaga untuk menurunkan harga dengan kadar segera untuk kepentingan semua.

Sumber



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aduhai KP MCA, orang cina sendiri pun persoalkan penurunan harga barang selaras dengan penurunan harga minyak.
Ini soal jual beli dan tak ada kena mengena dengan racism.
Bukankah majorti peniaga terdiri kaum cina jadi kalau pembeli rasa teranaiya kerana lazimnya kenaikan harga barangan selalu terjadi ekoran kos tanggungan bahan api melambung.
Tapi bila pengguna atau pembeli menuntut penurunan harga barangan pengguna setelah harga minyak dikurangkan ....benda ni atau penurunan harga sepatutnya berlaku.
Kita nampak jelas golongan kapitalis peniaga iaitu pengilang, pengeluar, pemborong dan pengedar mendapat faedah sangat besar bila margin kos tanggungan bahan bakar mengecil.
Jadi pengguna runcit yang hari-hari behadapan dengan outlet kedai cina pasti frust bila teori akan berlaku penurunan harga barangan keperluan tidak berlaku?