Ahad, 25 Januari 2015

SAHABAT MEDIA SELANGOR TERUSKAN BANTUAN BANJIR @NajibRazak @nohomar #sms


Misi bantuan banjir Sahabat Media Selangor diteruskan lagi dengan penghantaran katil berserta tilam sebanyak 150 unit ke sekolah Maahad Ehyak Diniah di Kampung Gajah Perak.


Katil dan tilam tersebut telah disumbangkan oleh Kolej Pendita Za'ba UKM Bangi dan diselaraskan Sahabat Media Selangor.

Misi bantuan kali ini turut dibantu oleh Biro Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh saudara Armand Azha yang menghantar beberapa orang tenaga kerja bagi memunggah barang ke atas lori trailer yang disediakan oleh Yayasan Bina Upaya Negeri Perak.






Barang barang ini telah diterima oleh guru penolong kanan hal ehwal murid sekolah berkenaan mewakili pengetua dan disaksikan oleh wakil Yayasan Bina Upaya, saudara Firdaus.

Turut disumbangkan adalah naskhah Alquran yang dihadiahkan oleh seorang hamba Allah yang tidak mahu namanya di sebut dan AlQuran tersebut juga telah diserahkan kepada penolong kanan Hal Ehwal Murid sekolah tersebut.


Proses menurunkan barang di sekolah tersebut telah dibantu oleh pasukan sukarelawan bermotor pasca banjir yang juga di sertai oleh Sahabat Media Selangor diketuai oleh saudara Joy Reyzal bersama sama dengan pelajar sekolah Maahad tersebut.




Sangkakala ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan misi bantuan banjir ke Kampung Gajah kali ini, semoga bantuan bantuan seperti ini akan dapat diteruskan.


Tiada ulasan: