Rabu, 28 Januari 2015

KANAK KANAK MAUT JATUH BANGUNAN PPR KOTA DAMANSARA

Nyawa manusia yang tinggal di PPR seolah olah tiada nilai kepada kerajaan negeri Selangor apabila petang tadi satu lagibkematian dilaporkan di PPR Seksyen 8 Kota Damansara.


Seorang kanak kanak meninggal dunia di tempat kejadian apabila kanak kanak tersebut dikatakan jatub dari tingkat 6 block B PPR Kota Damansara  

Puluhan aduan telah dibuat kepada pengurusan Syarikat Hartanah Selangor Berhad yang mengendalikan perumahan tersebut tetapi ianya ibarat mencurah air di daun keladi.

Sebelum ini seorang kanak kanak berbangsa India telah jatuh dari tingkat 7 di block D kawasan yang sama dan kini seorang lagi mangsa telah terkorban.

Agaknya berapa ramai lagi yang harus menjadi korban akibat daripada ketidakcekapan anak syarikat kerajaan negeri ini mengendalikan kawasan perumahan tersebut?

Adakah mahu sampai mencecah angka puluhan orang terutamanya kanak kanak untuk dijadikan korban setiap tahun?

Mungkin bagi anak syarikat kerajaan negeri ini, nyawa orang orang yang kurang berkemampuan ini tidak bernilai dan maka dengan sebab itu jugalah penyelenggaraan bangunan tambahan pula dari aspek keselamatan penduduk tidak diambil peduli.

Kepada kerajaan negeri, ingatlah bahawa mereka ini juga manusia dan mereka juga berhak untuk mendapatkan keselesaan serta keselamatan di kediaman mereka.


Tiada ulasan: