Rabu, 7 Januari 2015

NOH OMAR BAWA 350 SUKARELAWAN KE TEMERLOH

Seramai 350 orang sukarelawan dibawa oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Tanjung Karang, YB Datuk Seri Noh Hj Omar untuk membantu kerja kerja membersih kawasan yang dilanda banjir di Temerloh Pahang hari ni.

4 buah bas berserta dengan 44 buah kenderaan pacuan 4 roda bergerak dari Tanjung Karang dan berkumpul di tol Gombak sebelum meneruskan perjalanan ke Temerloh melalui Lebuhraya Pantai Timur.

Turut menyertai rombongan dari Tanjung Karang ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian, YB Datuk Shamsuddin Lias  yang merupakan ADUN Sg Burong dan Naib Ketua UMNO Bahagian, YB Tuan Sulaiman Razak yang juga merupakan ADUN Permatang.

Bacaan doa didahului sebelum rombongan bergerak ke Temerloh.


Dalam sesi temuramah oleh pemberita, Noh mengatakan bahawa 2000 sukarelawan UMNO dari seluruh negeri Selangor digerakkan mengikut beberapa kawasan dan UMNO Selangor memberi fokus kepada 2 buah negeri iaitu Pahang dan Perak.


Beliau juga berkata kira kira 300 tan bantuan makanan telah pun dihantar dari negeri Selangor disamping memberikan peruntukan sebanyak RM 30'000 kepada persatuan isteri isteri angkatan Tentera untuk membeli keperluan berupa telekung dan sejadah bagi disumbangkan kepada mangsa mangsa banjir dan ianya dikelolakan oleh BAKAT bersama dengan Pergerakan Wanita UMNO Negeri.

Di Temerloh pula, sebanyak 5 pasukan di bahagikan untuk menjalankan kerja kerja membersih Sekolah, Balai Raya, TADIKA dan rumah di sekitar kawasan yang dilanda banjir di kawasan Temerloh dan Datuk Seri Noh Omar sendiri mengetuai satu pasukan yang berpusat di Sekolah Ma'ahad Tahfiz di Kg Berhala Gantang.

 
 



*video kerja kerja pembersihan bakal menyusul

Tiada ulasan: