Selasa, 29 Januari 2013

MAZLAN ALIMAN CUBA MENCARI SEMULA PUBLISITI

Setelah menghadapi beberapa kes yang boleh dikatakan mengaibkan, Mazlan Aliman dilihat kini cuba mencari semula publisiti beliau kerana didapati populariti sebagai timbalan pesuruhjaya PAS Johor semakin berkurangan.

Untuk mendapatkan semula populariti tersebut, Mazlan mengambil langkah mengajak YB Dato' Ahmad Maslan untuk berdebat.

Beliau juga mendakwa itu semua adalah kerana persatuan ANAK tidak dapat memberikan ceramah di Felda Felda kerana dihalang oleh kerajaan.

Jelajah oren tidak dapat melakukan ceramah kerana ianya tidak dibenarkan oleh peneroka itu sendiri dengan cara menghalang rombongan mereka (jelajah oren) dari memasuki kawasan penempatan mereka.

Tindakan peneroka tersebut mungkin disebabkan kerana penceramah jelajah oren tidak akan berceramah kearah kebaikan tetapi lebih kepada ceramah politik yang akan memfitnah, mencerca dan mencaci kerajaan sedangkan para peneroka ini tahu dan sedar dengan bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada mereka.

Mungkin juga Mazlan kini sedang berlegar legar untuk mendapatkan populariti setelah ada peneroka mendakwa bahawa beliau menggelapkan wang mereka dan ini membuatkan para peneroka lain sudah hilang keyakinan serta kepercayaan terhadap beliau.

Untuk bertanding di Johor misalnya, kekuatan Mazlan tidak kelihatan apa bila rakyat Johor sendiri seolah olah menolak kehadiran beliau walau pun beliaui adalah anak kelahiran negeri tersebut.

Jadi Sangkakala nasihatkan kepada Mazlan Aliman supaya hentikan jelajah bodoh yang dilakukan sekarang, lebih baik tumpukan perhatian di tempat beliau bertanding kerana rakyat yang diwakili oleh beliau lebih memerlukan perhatian daripada tempat tempat lain.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: