Selasa, 22 Januari 2013

MUNGKINKAH ANWAR JUGA TERLIBAT DALAM PEMBERIAN KAD PENGENALAN


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu perkara sebenar mengenai pendatang tanpa izin kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja yang dipertanggungjawabkan menyiasat masalah  itu yang berlarutan di negeri ini.

Dengan cabaran dari orang lama ini adakah Anwar terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pemberian kad pengenalan tersebut kepada orang asing?

Kita semua tahu satu masa dulu juga Anwar seolah olah terdesak untuk menjadi timbalan Perdana Menteri dan oleh yang demikian tidak mustahil beliau juga terlibat tetapi mungkin juga diluar pengetahuan Tun Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu.

Walau apa pun, kita tunggu RCI yqang sedang menjalankan siasatan pada ketika ini dan keputusannya nanti haruslah diterima oleh semua pihak dan jangan pula nanti setelah RCI membuat keputusan maka ada lagi dakwa dakwi yang mengatakan bahawa ianya semua berpunca dari UMNO dan perlu diingat bahawa Anwar juga dulu pernah menjadi pemimpin tertinggi dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Tiada ulasan: