Selama ni Sangkakala agak berat juga untuk menulis tentang Tun Mahathir yang sejak akhir akhir ini menghentam Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.
Tapi kali ini rasanya Sangkakala kena tulis juga untuk menunjukkan rasa tak puas hati apabila Tun M cuba mengaitkan orang yang sudah meninggal dunia.
Kes penangkapan dibawah Akta ISA melibatkan ramai orang yang menentang kerajaan pada zaman Tun M menjadi Perdana Menteri dan kini yang disalahkan adalah Allahyarham Tan Sri Megat Junid.
Kenapa mesti orang yang telah meninggal dikaitkan? Bukankah tindakan itu akan membuatkan yang dikait tidak mampu untuk memberikan jawapan balas apa yang berlaku sama ada arwah ada menerima arahan atau sebaliknya daripada pemimpin tertinggi negara.
Bagi Sangkakala adalah amat biadap apabila Tun M cuba mengaitkan arwah dengan apa yang berlaku dulu sedangkan banyak peristiwa berlaku semasa zaman Tun M menjadi Perdana Menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan