Kes tanah yang di tukar status dari pertanian kepada perumahan nampaknya agak panas di sebut beberapa minggu lalu.
Ahli Parlimen Tanjung Karang yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan Menteri KPKT telah meminta agar kerajaan negeri membuat pengesahan sama ada perkara itu benar benar berlaku atau tidak.
Tapi sampai kini, Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor menyepikan diri tidak langsung menjawab tuduhan yang dikeluarkan oleh bekas rakan seangkatannya Chegu Bard.
Azmin juga diminta oleh Chegu Bard supaya memohon maaf kepada ahli pakatan serta rakyat Selangor tentang permasaalahan tersebut tetapi ianya masih lagi hambar.
Sangkakala tidak terkejut dengan apa yang dilakukan oleg Azmin kerana mendiamkan diri adalah satu taktik licik Azmin dari dahulu lagi.
Seperti didalam Sidang DUN, jika persoalan tidak boleh dijawab maka Azmin akan memutarkan soalan tersebut hingga dilupakan.
Begitu juga dengan kes tanah Paya Indah, Azmin hanya akan menjawab apabila telah hampir waktu pilihanraya nanti dimana dia akan mengeluarkan segala bagai fakta kononnya tetapi apa yang di sebut hanyalah untuk melepaskan diri semata mata.
Walau apa pun, Paya Indah Wetlands yang menjadi hutan simpan warisan dunia kini sudah tergadai dan itulah harga yang patut dibayar oleh pengundi pakatan dalam dua pilihanraya umum yang lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan