Agak pelik pulak dengan sikap kerajaan apabila perkara yang baik untuk rakyat dihalang untuk dilaksanakan.
Esok KPKT akan mengadakan satu program gotong royong Merdeka bagi membersihkan PPR Lembah Subang yang menjadi isu panas sejak beberapa minggu lalu yang mana kebajikan masyarakat disana tidak diambil peduli oleh kerajaan Selangor.
Yang menjadi persoalan sekarang, kerajaan negeri melalui exco kerajaan negeri mengatakan bahawa ianya perlu mendapat kelulusan dari pihak PBT.
Sejak bila kalau nak buat gotong royong perlu untuk mendapatkan kelulusan dari pihak PBT? Kalau PBT selama ini berada dibawah kerajaan negeri berjaya menjalankan tugas, maka sudah pastilah tidak akan timbul masalah sepertimana yang berlaku sekarang ini dikawasan tersebut.
Nampaknya kerajaan Selangor memang suka jika berlaku satu satu musibah seperti penyakit berjangkit kepada rakyat sebab jika mereka ( kerajaan negeri ) benar benar prihatin maka sudah pasti mereka akan bersama sama dengan kerajaan pusat untuk membantu permasaalahan rakyat.
Inilah negeri berkebajikan yang disebut sebut oleh kerajaan negeri Selangor dimana jika satu pihak ingin menghulurkan bantuan, maka ianya sudah pasti akan menerima tentangan dan halangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan