Khamis, 11 Ogos 2016

KURANG 2 TAHUN PARTI BARU 3 M AKAN BERKUBUR @NajibRazak @nohomar #scs14

Parti baharu yang ditubuhkan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin semalam akan bakal berkubur dalam tempoh 2 tahun akan datang.


Kenapa Sangkakala katakan begitu?

Sebab jika ditelitikan semula, dengan siapa parti tersebut akan BERSATU? Adakah DAP, PKR atau PAN akan bersama dengan mereka?

Jelas apa yang akan berlaku ialah perpecahan terhadap orang Melayu kerana wujudnya parti baharu ini.

DAP akan menggunakan peluang dengan kewujudan parti ini untuk memecah belahkan lagi undi orang Melayu dan apabila sampai waktu pilihanraya nanti, sudah pasti kerusi untuk parti baharu berkenaan tidak akan dipertimbangkan.

Sebagai alasan nanti, belum cukup kekuatan serta belum mendapat sokongan akar umbi dan ini akan membuatkan ahli atau anggota parti baharu tersebut akan menjadi jentera parti DAP, PKR dan PAN.

Untuk berkerjasama dengan PAS, Sangkakala tak nampak lagi parti Islam berkenaan bersetuju untuk bergabung kerana mungkin sudah serik dengan apa yang berlaku terhadap mereka baru baru ini dalam pilihanraya negeri Sarawak dan dua pilihanraya kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Pilihanraya Umum mungkin akan diadakan dalam tempoh 2 tahun dan pada ketika itu nanti akan kita lihat bagaimana parti.yang diterajui oleh Tun Mahathir ini akan terombang ambing kerana kehilangan haluan.



Tiada ulasan: