Pelbagai cara dilakukan oleh mereka mereka yang sememangnya suka mengambil kesempatan daripada permasalahan yang ada.
Sangkakala pernah tuliskan masalah sampah yang tidak diangkut oleh pihak kontraktor yang dilantik oleh PBT selama berhari hari DISINI.
Rupanya bagi tidak menampakkan sampah tersebut berlonggok banyak, pihak kontraktor menghantar satu tong sampah besar hingga membuatkan dua lot parkir kenderaan menjadi korban
Dengan menghantar tong sampah sebesar ini, adakah masalah dapat diselesaikan?
Sangkakala berpendapat bahawa rakyat atau penduduk pada ketika ini mahukan sampah dikawasan mereka diangkut mengikut jadual, bukan dimasukkan dalam tong sampag besar tunggu penuh baru angkut.
Ini adalah bukti kegagalan kerajaan negeri dalam menangani permasalahan sampah yang melanda negeri Selangor.
Apabila kroni mula mengambil alih pembersihan sisa pepejal daripada Alam Flora selepas pilihanraya umum tahun 2008, masalah ini tak pernah selesai.
Dan satu lagi perlu diingat, masalah sampah ini juga meningkatkan masalah kesihatan rakyat seperti denggi, kencing tikus dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan