Ahad, 13 Mac 2016

SATU LAGI DEKLARASI DI BUAT DAN DITANDATANGANI SEMALAM @NajibRazak

Baru baru ini, Tun Mahathir bersama beberapa orang kuncu kuncunya serta anggota dari parti pembangkang telah menandatangai satu deklarasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia.

Semalam pula satu lagi deklarasi telah dibuat oleh Ketua Ketua UMNO Bahagian seluruh negara yang menyatakan sokongan terhadap YAB Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Presiden UMNO Malaysia, Dato Sri Najib Razak.

Dibawah ini adalah isi kandungan deklarasi yang dibawa oleh ketua ketua UMNO Bahagian tersebut yang diadakan di PWTC semalam.


DEKLARASI KETUA-KETUA
UMNO BAHAGIAN SELURUH MALAYSIA
                      
Putra World Trade Centre (PWTC)
Sabtu 12 Mac 2016 (5.00 PTG)

Kami Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh Malaysia hari ini, Sabtu 12 Mac 2016, mencapai satu ketetapan dan kesepakatan berhubung isu 'Deklarasi Rakyat' yang didalangi oleh Tun Dr Mahathir Bin Mohamed, yang dilakukan bersama dengan pemimpin DAP, PKR dan PAN pada Jumaat, 4 Mac 2016
-------------------------------

Menginsafi bahawa Sistem Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan, keluruhan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN  dan kemulian RUKUN NEGARA, wajib di pertahan oleh setiap warganegara, bagi menjamin keamanan, kesejahteraan dan keharmonian; MAKA kami Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh Malaysia bersepakat menyatakan DEKLARASI berikut;

1.  KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian mengambil ketetapan, bersatu berikrar memberikan sokongan yang padu dan tidak berbelah bagi kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak sebagai Presiden UMNO dan  Pengerusi Barisan Nasional, serta menyokong penuh dan mempertahankan YAB  Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak sebagai PERDANA MENTERI Malaysia, untuk terus memimpin negara.

2. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian juga bersepakat, MENGUTUK sekeras-kerasnya dan amat kesal Dan kecewa dengan tindakan mantan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamed, yang sanggup bersekongkol dengan PEMBANGKANG (DAP, PKR dan PAN) serta mengepalai "Deklarasi Rakyat", bersama Lim Kit Siang yang bertujuan untuk menjatuhkan YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, selaku PERDANA MENTERI  Malaysia, yang jelas bertentangan dengan amalan dan sistem demokrasi negara, tanpa mempedulikan kesan dan implikasi terhadap perbuatannya itu kepada negara dan rakyat.

KAMI mendesak Kerajaan  bertindak tegas, menguatkuasakan segala peruntukan undang-undang, terhadap mana-mana pihak yang menggugat sistem pemerintahan negara.

3. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian MENDESAK Kerajaan dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), bertindak tegas Dan menghalang segala "road show" dan Perhimpunan Haram, yang bakal dianjurkan oleh mana-mana pihak khususnya Pembangkang, bagi tujuan meracuni dan menghasut pemikiran rakyat, berdemontrasi di jalanan dan apa-apa usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia secara TIDAK DEMOKRATIK.

4. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian bersetuju dan bersepakat mendesak Kerajaan agar menamatkan serta merta segala perjawatan yang dipegang oleh mana-mana  pemimpin atau bekas pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, di dalam Kerajaan atau GLC, yang secara jelas melanggar dan menghasut untuk mempersenda dan merosakkan  sistem pemerintahan DEMOKRASI BERPARLIMEN Dan RAJA BERPERLEMBAGAAN, menggugat dan tidak menghormati PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, memperlekeh KEDAULATAN  UNDANG-UNDANG dan tidak menghormati RUKUN NEGARA.

5. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya  tindakan segelintir pemimpin UMNO yang masih memegang jawatan, khususnya YB Tan Sri Muhyiddin Bin Mohammad Yassin dan YB Dato' Seri Mukhriz Bin Tun Mahathir yang bersekongkol dan bersubahat  dengan agenda pembangkang untuk menjatuhkan YAB Dato' Sri Mohd Najib' Bin Tun Abdul Razak daripada jawatan Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokrasi.

KAMI MENDESAK Majlis Tertinggi UMNO dan Lembaga Disiplin UMNO, mengambil TINDAKAN DISIPLIN yang tegas kepada ahli-ahli UMNO yang terlibat dengan "Deklarasi Rakyat" dan bersekongkol dengan pembangkang.

6. KAMI Ketua-Ketua UMNO Bahagian BERIKRAR dan BERJANJI akan berusaha keras memelihara kerukunan dan keharmonian rakyat pelbagai bangsa dan agama, memimpin rakyat Malaysia di kawasan masing-masing dan MENDOKONG dan MEMPERTAHANKAN sepenuhnya SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN dan RAJA BERPERLEMBAGAAN, PERLEMBAGAAN PERSEUTUAN dan RUKUN NEGARA.

Sekian.

#SolidaritiBersamaNajib.
   
  Datuk Wira Hj Mohd Yusof Bin Kassim Ketua UMNO Bahagian Batu Gajah wakil solidariti Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh Malaysia


Tiada ulasan: