Pada awal permulaan memegang jawatan sebagai Menteri Besar, bukan main lagi Azmin Ali nak tunjukkan dia buat kerja sampai turun membersihkan longkang sambil diperhatikan oleh pegawai pegawai kerajaan.
Habis semua sampai lori sampah pun dipanjat kononnya untuk memastikan kebersihan dan kesihatan rakyat terbela.
Tapi ibarat kata pepatah Melayu, "ku sangka panas hingga ke petang, rupanya huja di tengah hari", nampak sangat usaha Azmin tu hanya untuk menunjuk nunjuk bahawa beliau prihatin terhadap rakyat.
Hari ni jelas membuktikan bahawa perlakuan Azmin Ali hanyalah untuk mengaburi mata rakyat dengan menunjukkan keperdulian beliau apabila seorang penduduk Taman Ehsan menunjukkan rasa kecewa apabila kawasan mereka tidak mendapat pembelaan seperti mana yang sepatutnya.
Nampaknya semakin hari semakin ramai rakyat Selangor melahirkan rasa kekecewaan dengan apa yang dilakukan oelh kerajaan negeri Selangor yang dilihat meminggirkan kesihatan rakyat.
Mungkin itu juga balasan yah setimpal diberikan oleh kepemimpinan kerajaan Selangor kepada para pengundi yang memilih mereka dalam dua kali pilihanraya yang lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan