Selasa, 15 Mac 2016

AGEN PEKERJA ASING MAKI @Zahid_Hamidi ?? #scs

Ada sebahagian agen pekerja asing kini sudah mula hilang punca pendapatan apabila kerajaan memutuskan untuk tidak lagi membawa masuk pekerja asing ke Malaysia bagi mengisi keperluan tenaga kerja.


Ini semua disebabkan oleh bantahan secara besar besaran kononnya kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri tidak mengambil berat tentang pengambilan pekerja tempatan bagi mengisi kekosongan beberapa sektor.

Ramai dikalangan rakyat Malaysia hari ini termasuklah yang selama ini menjadi penyokong kerajaan termakan dakyah pembangkang dalam isu 1.5 juta pekerja Bangladesh.

Angka 1.5 juta ini sengaja diputarbelitkan seperti mana yang berlaku pada PilihanRaya Umum ke 13 dimana kita mendapat perkhabaran bahawa 40 ribu warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi.

Tapi pada masa itu, penyokong kuat kerajaan menafikan perkara tersebut hinggalah akhir akhir ini kita dapat melihat ada segelintir penyokong kerajaan cuba mencari populariti dengan menempelak kerajaan kononnya dengan kemasukan pekerja asing ini maka peluang pekerjaan anak anak muda akan hilang.

Sangkakala nak tanya disini, berapa ramai anak muda yang mendaftarkan diri di Kementerian Sumber Manusia dan dalam sektor bidang apa mereka mendaftarkan diri?

Kalau pun ramai yang mendaftar, Sangkakala yakin mereka ini bukanlah mendaftar atas sektor yang biasanya dilakukan oleh pekerja asing ini kerana sektor 3D ini tidak diminati oleh anak anak muda.

Mungkin semenjak dua menjak ni ada la gambar kononnya anak muda cuci tandas hotel, itu pun perlu di tanya berapa kerat dan adakah itu kerja hakiki atau sengaja nak menunjukkan bahawa mereka juga sanggup untuk buat.

Sangkakala ada la tanya baru baru ni dengan sorang budak muda yang menganggur sama ada beliau sanggup untuk melakukan kerja dalam sektor binaan atau tidak, jawapan yang Sangkakala dapat ialah TIDAK, dan nampaknya anak muda ini lebih suka menganggur daripada melakukan kerja seperti itu.

Tapi akhirnya yang kena maki ialah Menteri walaupun kebodohan itu sebenarnya terletak pada mereka yang membantah apa juga kebaikan yang cuba dilakukan oleh kerajaan.

Angka 1.5 juta pekerja Bangladesh juga bukanlah untuk negara Malaysia, ianya adalah angka mereka yang berdaftat di Kementerian Sumber Manusia di Bangladesh dan sebanyak 39 buah negara telah memohon untuk mendapatkan pekerja pekerja ini mengikut keperluan termasuklah Malaysia, Sangkakala ulang, MENGIKUT KEPERLUAN, dan kalau keperluan hanya 200 ribu pekerja maka 20p ribu akan dibawa masuk, bukannya semua 1.5 juta.

Kadang kadang bila dikaji dan difikirkan semula, ada segelintir rakyat Malaysia yang badannya besar tapi otaknya agak kecik tak sepadan dengan badan hingga tak mampu untuk berfikir secara rasional.

Dan kini pembangkang berjaya untuk menghalang kemasukan pekerja asing dan kita perlu sama sama tunggu adakah pembangkang akan membuka kaunter peluang mencari pekerjaan bagi mengisi beberapa sektor yang dilihat agak kritikal untuk mendapatkan tenaga kerja.




Tiada ulasan: