Jumaat, 11 Mac 2016

SANUSI JUNID !!! JANGAN CUBA NAK UGUT AHLI UMNO #scs

Bekas Menteri Besar Kedah yang juga merupakan bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Sanusi Junid rasanya tak perlu nak ugut kononnya kalau Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Razak tak melepaskan jawatan maka BN akan mengalami kekalahan.


Sebab apa Sangkakala kata jangan ugut macam tu? Sebab dulu satu masa Sanusi juga dilihat gagal dalam mentadbir Kementerian Pertanian yang kononnya meminta rakyat menanam padi diatas bumbung kediaman dan bangunan.

Kalau nak meminta Najib Razak turun sebagai Perdana Menteri, siapakah yang akan menjadi pengganti? Tan Sri Muhyiddin Yassin? 

Sehingga kini, seorang pun pemimpin dari kalangan yang meminta Najib Razak melepaskan jawatan menyatakan siapa yang akan menjadi pengganti untuk jawatan tersebut dan sudah pasti kalau mengikut hiraki dalam parti maka Tan Sri Muhyiddin akan menjadi Perdana Menteri.

Dan perlu diingat, jika Tan Sri Muhyiddin mampu untuk memenangkan Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang, mahukah pembangkang duduk sebaris dengan beliau serta beberapa orang lagi termasuk Tan Sri Sanusi menandatangani deklarasi baru baru ini?

Disini kita dapat melihat bahawa jika Najib Razak tidak mampu untuk mempertahankan kerajaan sedia ada, sudah pastilah pembangkang akan menyokong Perdana Menteri untuk memegang jawatan tersebut sehingga pilihanraya akan datang kerana amat mudah untuk mematahkan Najib dan UMNO.

Tapi nampaknya Najib Razak mempunyai kekuatan mengekalkan kerajaan sehinggakan apabila dijemput oleh Tun Mahathir maka mereka mahu turut serta dan mungkin dalam pemikiran mereka bahawa dengan kekuatan Tun Mahathir dengan kuncu kuncunya maka pakatan pembangkang akan dapat menguburkan karier politik Najib dan seterusnya menaikkan Tan Sri Muhyiddin dan seterusnya akan memberikan laluan mudah untuk mereka menakluki Putrajaya dan yang paling penting, Anwar Ibrahim dibebaskan semula dari pertuduhan salah laku.

Agaknya ini yang Tan Sri Sanusi tak nampak dan apa yang penting bagi kumpulan ini, gerakan untuk menumbangkan Najib sebagai Perdana Menteri mesti dijayakan, nak kalah atau menang pilihanraya letak tepi.

Masa sudah berubah, gaya kepimpinan juga perlu berubah, jadi biarlah Najib Razak meneruskan perjuangan sebagai Perdana Menteri dan apa yang penting sepatutnya sokongan dari ahli mesti dikuatkan demi untuk memenangkan parti dan bukannya mengelirukan ahli serta rakyat dengan kenyataan kenyataan kurang bijak.



Tiada ulasan: