Jumaat, 25 Mac 2016

JAWAPAN YANG MENGEJUTKAN RAKYAT MALAYSIA #scs

Selama ini kita didendangkan dengan pelbagai tohmahan terhadap kerajaan serta Perdana Menteri hingga ada di kalangan penyokong tegar Barisan Nasional juga turut terikut ikut dengan apa yang dicanangkan.

Apa yang pasti kebiasaannya paluan tohmahan ini akan dibawa oleh pasukan pembangkang dan sejak akhir akhir ini kita dikejutkan dengan kelantangan beberapa orang bekas pemimpin serta yang masih menjadi pemimpin begitu kuat menghentam pentadbiran kerajaan di bawah YAB Perdana Menteri Malaysia.

Isu 1MDB begitu hangat diperkatakan apabila Tun Mahathir mula mempersoalkan perkara sama dan bermulalah episod tuduh menuduh hingga bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin turut sama dalam memperkatakan tentang keburukan kerajaan.

Kita juga pernah didengarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa Tan Sri Zeti Aziz, Gabenor Bank Negara telah bertemu dengan beliau dan mengatakan bahawa wang 1MDB bernilai lebih dari 1 Billion tidak di pindahkan dari kepulauan Caymen ke Singapura.



Namun semalam satu perkara telah mengejutkan dimana Tan Sri Zeti sendiri mengesahkan bahawa beliau tidak pernah berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin berhubung dengan perkara tersebut.

Persoalannya sekarang, adakah Tan Sri Muhyiddin sengaja mengada adakan cerita demi untuk menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri seterusnya mendesak Perdana Menteri untuk melepaskan jawatan?

Ada juga dikalangan beberapa orang pentaksub yang bersekongkol dengan konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri ini mengatakan bahawa Tan Sri Zeti mengambil langkah selamat supaya tidak di kenakan tindakan.

Untuk makluman, Sangkakala amat yakin bahawa Gabenor Bank Negara ini bukanlah sebodoh itu dan beliau amat tahu bahawa jika membocorkan rahsia kewangan kepada sesiapa sekalipun sudah dianggap bersalah, dan didalam kes ini Sangkakala percaya dan yakin bahawa Tan Sri Zeti memang tidak pernah berbincang apa apa berkenaan dengan kewangan 1MDB bersama Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Tapi seperti biasa, bila ada agenda tersembunyi maka pelbagai tohmahan akan dikeluarkan selagi matlamat tidak tercapai dan jawapan daripada Tan Sri Zeti benar benar memberikan kesan yang amat dalam terhadap mereka yang mengeluarkan tuduhan demi tuduhan selama ini.




Tiada ulasan: