Ahad, 13 Januari 2013

RAZLAN RAFII KATA LAIN NOOH PULAK KATA LAIN

Ini lagi satu cerita panas ni, kalau semalam Sangkakala berjumpa dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh saudara Razlan dan beliau mengatakan bahawa sesiapa yang mengikut Nik Aziz dan Hadi Awang dalam isu kalimah Allah adalah syirik (mengikut kata Datuk Haron Din), berbeza pula dengan kenyataan Mufti Johor ni.

Datuk Nooh Gadut mengatakan pula bahawa sekiranya kalimah Allah itu dibenarkan untuk menjadi kegunaan oleh bukan Islam, ianya boleh menjadikan seseorang itu Murtad.

Katanya kepada wartawan semalam, di dalam Al Quran jelas menerangkan kalimah Allah merupakan kalimah eksklusif untuk orang Islam sepertimana dalam Surah Thaha ayat 14 maksudnya, "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku".

"Jadi jelas barang siapa yang mengatakan agama semua sama, hukumnya murtad.

Kalau diamati kata kata mufti Johor ini, adakah kemungkinan bahawa Nik Aziz dan Hadi Awang telah murtad kerana membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah di dalam Bible berbahasa Melayu?

Masyaallah, jika ini terjadi, apa pula nasib para pengikut Nik Aziz dan Hadi Awang termasuklah ahli ahli Dewan Pemuda PAS Malaysia yang menyokong Hadi selaku presiden walaupun sebelum ini ditegah oleh Timbalan Mursyidul Am mereka Datuk Haron Din?

Minta dijauhkan perkara ini, sekiranya sampai ke tahap itu, Sangkakala rasa Nik Aziz dan Hadi perlu bertaubat dan kembali kejalan serta landasan yang sebenar, jangan kerana kuasa sampai diri menjadi murtad dan hilang segala semua amalan yang telah dilakukan selama ini.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: