Satu perhimpunan diadakan selepas solat jumaat semalam untuk memohon campurtangan Sultan dalam isu pengambil alihan syarikat bekalan air Selangor atau SYABAS.
Himpunan itu sebenarnya dengan jelas telah menunjukkan bahawa pihak Pakatan Rakyat sebenarnya memang suka dengan perhimpunan namun ianya tidak sekali kali membantu rakyat di negeri Selangor.
Saham dalam SYABAS sebenarnya memang dimiliki oleh kerajaan negeri namun kerajaan negeri Selangor masih mahu menjadikannya sebagai isu politik dan kini cuba mengheret Baginda Sultan dalam kes tersebut.
Kita telah melihat, banyak kali baginda Sultan dihina serta dicaci oleh puak Pakatan dan kini mereka pergi untuk meminta Tuanku Sultan agar campur tangan?
SYABAS sebenarnya telah melakukan tugas dengan baik dan penuh dedikasi sepanjang Barisan Nasional memerintah di negeri itu, namun beberapa kejadian telah berlaku semasa pemerintahan Pakatan yang dilihat tidak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada syarikat tersebut.
Sebagai contoh, isu loji penyimpanan air Langat 2 telah mendapat tentangan hebat dari kerajaan negeri tersebut sedangkan ianya adalah untuk rakyat jelata.
Adakah perkara sebegini mereka perlu mengheret sekali baginda Sultan?
Nampaknya AMK serta pakatan rakyat Selangor tidak tau mengendalikan permasalahan yang timbul hingga menyusahkan banyak pihak.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan