Khamis, 31 Januari 2013

@NajibRazak MOHON SETIAUSAHA AGUNG MAPIM SERTA ABIM JANGAN PERGUNAKAN ORANG YANG TERTINDAS

Mohon pencerahan daripada MAPIM dan ABIM tentang perkara ini.

Artikel ini Sangkakala tujukan khas buat Setiausaha Agung MAPIM atau Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, CIKGU MOHD AZMI ABDUL HAMID.

Sangkakala menyanjung tinggi usaha usaha MAPIM yang ingin membina prasarana di Palestin seperti ingin membina hospital, sekolah dan sebagainya untuk kemudahan rakyat GAZA yang seagama dengan kita.

Ianya juga dapat menunjukkan bahawa perpaduan dan tali persaudaraan Islam sejagat terlalu utuh.

Malam tadi Sangkakala sempat pergi mendengar ceramah tentang GAZA di Alor Pongsu Bagan Serai dan secara peribadinya Sangkakala juga amat terharu dan sedih melihat video video klip yang ditayangkan semasa ceramah sedang diadakan.

Pengeboman dan pembunuhan rakyat GAZA yang tidak berdosa, termasuk kanak dan wanita turut menjadi mangsa keganasan rejim Zionis, semuanya ditunjukkan di video klip tersebut.

Tahniah juga Sangkakala ucapkan kepada MAPIM yang telah membawa 2 orang rakyat Gaza yang dikatakan mempunyai hubungan dengan salah seorang syuhada yang gugur syahid dalam mempertahankan Palestin.

Dengan ucapan beliau yang penuh semangat (berbahasa arab) dan diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu ianya amat menaikkan semangat untuk berjuang membela Islam.

Begitu juga dengan ucapan daripada Yang DiPertua ABIM negeri Perak, Suhaimi Bin Latip pada awalnya.

Namun apa yang lebih menyedihkan lagi ialah, Sangkakala melihat MAPIM seolah olah menggunakan 2 orang rakyat Palestin ini untuk kepentingan politik dan bukannya ikhlas untuk membantu mereka.

Bayangkan, dalam ceramah malam tadi, Setiausaha Agung MAPIM mengatakan bahawa pemergian Perdana Menteri pada kali pertama sudah dijulang sebagai wira negara, sedangkan beliau sendiri sudah 5 kali ke Palestin, adakah ini bermaksud Setiausaha Agung MAPIM ini juga mahu beliau diangkat sebagai wira negara?

Untuk pengetahuan Cikgu Mohd Azmi, Perdana Menteri tidak meminta diri beliau diangkat setinggi itu oleh rakyat Malaysia, tetapi kerana beliau adalah pemimpin tertinggi negara dan adalah menjadi kebanggaan kepada seluruh rakyat Malaysia apabila beliau adalah pemimpin negara pertama menjejakkan kaki ke Gaza selepas diserang oleh Zionis.

Perdana Menteri Malaysia sebenarnya ingin melihat sendiri situasi yang berlaku di Gaza kerana selama ini beliau hanya menerima laporan tentang keperitan serta kepayahan hidup rakyat Gaza.

Adakah kepergian Perdana Menteri itu dianggap sesuatu yang menyusahkan MAPIM?

Sangkakala juga ada melihat baru baru ini Datuk Ahmad Maslan turut sama sama hadir dalam pelancaran Tabung Gaza oleh MAPIM dan ini menjadi bayangan jelas bahawa usaha usaha MAPIM mendapat restu dari kerajaan serta Perdana Menteri.

MAPIM perlu melihat perkara ini sebagai sesuatu yang positif dan ransangan yang amat bermakna kerana restu dari kerajaan untuk usaha usaha MAPIM amat perlu dalam menerima sumbangan rakyat Malaysia.

Berbalik kepada ucapan CIKGU MOHD AZMI tadi, Sangkakala lihat MAPIM membawa 2 orang dari Gaza ini untuk kepentingan politik pembangkang dan perlu kita semua maklum, apa perasaan kedua dua orang rakyat Palestin ini sekiranya mereka memahami apa yang diucapkan oleh penceramah semalam.

Ini kerana kedua dua mereka tidak memahami bahasa Melayu dan sekiranya mereka memahami apa yang diucapkan oleh penceramah sudah pastilah mereka akan merasa sedih kerana perjuangan mereka di Gaza dipolitikkan di Malaysia.

Sangkakala juga merasa amat dukacita serta malu dengan sikap Setiausaha Agung MAPIM dengan apa yang terjadi malam tadi, mempergunakan orang yang tertindas untuk kepentingan politik dan Sangkakala rasa ini adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

Dengan wajah yang agak warak, CIKGU MOHD AZMI yang mewakili MAPIM dilihat tidak profesional dalam membezakan yang mana satu perjuangan jihad dan yang mana satu perjuangan politik, agenda yang dibawa tidak menepati sasaran yang diperlukan.

Satu lagi yang agak mengecewakan apabila Setiausaha MAPIM menyamakan Jalur Gemilang dengan bendera Amerika dan ini menampakkan bahawa MAPIM tidak pernah merasa bangga dengan Jalur Gemilang yang menjadi lambang negara.

Setiausaha MAPIM juga ada menyebut tentang slogan gagasan 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' adalah tidak benar sedangkan rakyat Malaysia menyambut baik slogan ini yang dilihat sebagai tranformasi kerajaan dalam menjaga kebajikan rakyat.

Sangkakala juga merasa curiga dengan kutipan individu yang dijalankan malam tadi, adakah ianya benar benar untuk membantu Gaza atau ianya untuk tabung politik pembangkang atau kedua duanya sekali.

Kerana apa Sangkakala katakan begitu? Kerana bagi Sangkakala, jika mereka (MAPIM) boleh mempergunakan 2 orang rakyat Palestin ini untuk ceramah politik, tidak mustahil MAPIM juga akan menggunakan kaedah sama untuk mendapatkan dana bagi perjalanan politik dengan menggunakan nama tabung Gaza.

Begitu juga dengan ABIM, sebuah angkatan belia Islam, sepatutnya tidak terpengaruh dengan dakyah politik tetapi perlu memperjuangkan anak anak melayu Islam di dalam negara.

Sangkakala tidak mengatakan bahawa mereka ini tidak memperjuangkan semua itu, tetapi bagi sebuah pertubuhan belia yang sedikit sebanyak menerima bantuan dari kerajaan berupa kewangan tidak sepatutnya Yang DiPertua ABIM Perak yang mengatakan bahawa pemergian Perdana Menteri ke Gaza tidak bermakna sekiranya Malaysia tidak mengiktiraf Hamas sebagai kerajaan.

Adakah YDP ABIM Perak ini tidak mengikuti perkembangan semasa dengan berkata begitu? Apabila Perdana Menteri menjejakkan kaki ke Gaza ini secara tidak langsung mengeratkan hubungan antara dua kerajaan dan tidak perlu rasanya kita sebagai kerajaan negara lain mengiktiraf kerajaan Hamas yang menang dalam pilihanraya Palestin.

ABIM perlu melihat perkara ini dengan agaka serius kerana ianya adalah tidak bertepatan dengan prinsip belia pada ketika ini.

Akhir sekali Sangkakala ingin memberi pesanan kepada MAPIM dan ABIM, berjuanglah kerana Allah SWT dan bukannya kerana politik sempit pembangkang, berjuanglah dengan ikhlas bukannya kerana ada udang disebalik batu.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biasalah bro .... semua nk jadi hero. Kalu dh kaki bangkang , bangkang pah cceroh.... berselindung atas NGO.
Bila nk dana mintak dgn kerajaan pulak