Namun adakah penantian itu merupakan satu penantian untuk menjalankan tanggungjawab atau untuk melepaskan dendam amarah bagi Pembangkang?
Selama puluhan tahun, kerajaan Barisan Nasional memerintah tanah air, segala keperluan dan kemudahan disediakan, namun ianya seolah olah masih tidak mencukupi bagi segelintir rakyat yang menyokong Pakatan pembangkang.
Cuba kita renungkan kembali dizaman awal kemerdekaan dulu, kerajaan ini telah bertungkus lumus siang dan malam untuk membangunkan negara demi keselesaan rakyat jelata.
Kita dapat melihat kemajuan demi kemajuan kita kecapi sepanjang tempoh bermula dari kita mencapai kemerdekaan, hinggalah kini, pembangunan pesat yang penuh dengan keceriaan, adakah ini kita mahu sia siakan?
Apakah perjuangan nenek moyang kita dulu yang bergadai nyawa jiwa dan raga akan kita lupakan dan tinggalkan ianya di dalam lipatan sejarah cuma?
Warga Malaysia hari ini telah diberikan nasib yang amat baik oleh pejuang terdahulu serta kerajaan yang ada sekarang, tapi kita juga harus ingat adakah nasib generasi kita yang akan datang akan bertambah baik atau menjadi bertambah buruk sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Ini semua perlu kita kaji, kerana kuasa penentu masa depan anak cucu kita ada ditangan kita pada hari ini, kerajaan yang ada pada ketika ini dengan penuh semangat dan penuh rasa tanggungjawab memacu ekonomi serta kemajuan demi untuk masa depan anak cucu kita, dan oleh itu kita semua harus ingat sekiranya kita mengubah haluan ini kemungkinan besar, nasib anak cucu kita akan menjadi lebih teruk dari kita dan kemajuan ini akan terhenti hanya disini.
Bagi para pengundi, fikirkanlah nasib anak cucu kita, janganlah dibalikkan nasib mereka seperti nasib nenek moyang kita, jangan biarkan mereka bergadai nyawa untuk mempertahankan semula negara kerana kesilapan kita.
Ingatlah, hanya sekeping kertas yang akan menjadi penentu dimana kita dan siapa kita di bumi bertuah ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan