Ahad, 13 Januari 2013

ANWAR IBRAHIM TAHU TENTANG ROYALTI MINYAK


Pernah memegang jawatan Menteri Kewangan dan Tmbalan Perdana Menteri adalah amat mustahil sekiranya Anwar tidak mengetahui bahawa Petronas tidak mampu untuk membayar royalti kepada mana mana kerajaan negeri dengan jumlah sehingga ke 20%.

Namun untuk memiliki kuasa Anwar mampu untuk mebohongi rakyat dengan mengatakan Petronas mampu untuk membuat pembayaran tersebut.

Sebegitu lama Anwar berada didalam kepimpinan kerajaan, mengapa kini setelah beliau dipenjarakan atas salah laku seks, barulah Anwar mengatakan semua adalah tidak benar atau ada penyelewengan?

Kenapa selama ini beliau hanya mendiamkan diri? Ini bermakna apa yang dikhabarkan oleh Anwar diketika ini adalah pembohongan semata mata demi untuk mengaburi mata serta pemikiran rakyat seterusnya akan memberikan undi kepada beliau.

Percaya atau tidak, jika Pakatan berjaya ke Putrajaya, segala janji yang diberikan akan hanya tinggal janji dan pada ketika itu tiada sesiapa  yang mampu utnuk melakukan apa apa. Jadi fikir fikirkanlah untuk memberikan kemenangan pada mereka dan seperti kata Timbalan Perdana Menteri, tidak ada sebab mengapa kita perlu menukar kerajaan yang ada kini.




Tiada ulasan: