Ahad, 25 Mac 2012
KERAJAAN SELANGOR PERLU KEMBALIKAN WANG RAKYAT
Pakatan Rakyat selalu mendendangkan kata-kata pulangkan hak rakyat kepada rakyat, dan ini menjadi menifesto mereka dengan mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional bertindak dengan tidak bertimbang rasa dan membebankan rakyat.
Mereka juga acap kali mengatakan bahawa wang yang digunakan oleh kerajaan itu adalah wang rakyat. Sebagai seorang rakyat pula, apa pengorbanan kita kepada tanah air ini? Tidak kira dari apa kaum dan agama sekalipun.
Kita yang sebenarnya tidak menyumbangkan apa-apa kepada negara ini, dan cuba kita fikirkan kembali apa sumbangan yang kita berikan kepada negara hingga Pakatan Rakyat mengatakan kerajaan mesti mengembalikan wang rakyat kepada rakyat.
Mungkin dalam konteks ini, Pakatan Rakyat megatakan bahawa setiap cukai itu adalah wang rakyat yang digunakan oleh kerajaan dan ianya mestilah dipulangkan kepada rakyat, Sangkakala kurang bersetuju dengan pendekatan yang digunakan oleh Pakatan ini. Mungkin ada sesetengah pembaca mengatakan Sangkakala berkata begitu kerana Sangkakala adalah penyokong tegar kerajaan.
Dalam artikel Sangkakala pada kali ini, Sangkakala ingin mengajak semua pembaca berfikir sejenak tentang apa yang diberikan oleh kerajaan dengan apa yang kita sumbangkan untuk negara.
Jika kita mengatakan bahawa cukai kerajaan itu adalah wang rakyat dan kerajaan harus memulangkannya semula, apa pula pendapatan kerajaan untuk memberikan segala macam subsidi serta bantuan dan pembangunan dalam negara? Sudah pastinya kerajaan tidak mempunyai pendapatan kerana kerajaan itu didokong oleh rakyatnya.
Sebuah negara adalah diibaratkan sebagai sebuah syarikat, pemilik syarikat ini adalah rakyat, jika pemilik sebuah syarikat tidak mengeluarkan modal untuk membangunkan syarikat tersebut, mana mungkin syarikat itu akan berkembang maju, dan jika pemilik syarikat tidak mengeluarkan modal maka pemilik tersebut perlu membuat pinjaman dan seterusnya ia akan menjadi beban kepada pemilik. itu adalah contoh yang Sangkakala berikan bagi sebuah negara.
Kita berbalik kepada cukai yang Sangkakala sebutkan tadi, jika ianya dikatakan wang rakyat yang perlu dikembalikan, lebih baik ianya tidak dikutip dan setiap rakyat tidak perlu membayar cukai kepada kerajaan, dalam konteks ini pula, Sangkakala mencadangkan agar kerajaan-kerajaan negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat supaya melupuskan segala bentuk cukai kepada rakyat dalam negeri mereka dan kita boleh lihat apa yang akan terjadi. Sebagai contoh, Sangkakala mencabar kerajaan negeri Selangor untuk memansuhkan bayaran cukai kerajaan negeri kepada rakyat Selangor, insyaallah dalam masa 2 tahun Sangkakala yakin, jika dahulunya negeri Selangor adalah negeri paling kaya di Malaysia akan menjadi miskin dan mungkin juga muflis kerana tiada sumber pendapatan dan jika kerajaan pusat pula memansuhkan semua cukai ini maka kadar sara hidup rakyat akan melonjak naik.
Jadi untuk memastikan kos sara hidup ini tidak melonjak maka cukai kerajaan perlu dibayar dan dengan bayaran cukai tersebut maka segala subsidi dan bantuan dari kerajaan akan berjalan dengan sempurna termasuklah pembangunan yang di cadangkan oleh kerajaan akan berjalan dengan lancar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan